Apr 30, 2008

Kerajaan Negeri Perak in hot soup: MB sangat berani?


Pengarah Jaip diarah bertukar 24 jam


Oleh Mohd Feroz Abu Bakar dan Nurhayati Abllah



IPOH: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury, diarah bertukar ke jabatan lain dalam tempoh 24 jam kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Pakatan Rakyat.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selepas memanggil Jamry ke pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini kira-kira jam 8 pagi semalam. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Image001ek9Difahamkan, Jamry mengosongkan pejabat pagi semalam juga kerana Muhammad Nizar mengarahkan Dr Abdul Rahman memastikan Pengarah Jaip itu ditukar dalam tempoh 24 jam.


Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat dan Pas, meskipun diberi tempoh 40 hari berbuat demikian.

Jamry juga dikatakan tidak diberi peluang mempertahankan diri.

Mohammad Nizar ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Muzakarah Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Perak, bagaimanapun berkata pertukaran Jamry adalah proses biasa dalam pentadbiran negeri. Image003fr1


Mengenai dakwaan bahawa Jamry ditukarkan kerana tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu perkara itu dan meminta soalan berkenaan ditanya kepada Pengarah Jaip itu sendiri.

"Tidak ada sebarang masalah dan sebab khusus pertukaran itu. Ia adalah proses biasa dan dia sekarang ditempatkan ke pejabat SUK," katanya.

Sementara itu, Jamry berkata, beliau akan memberi kenyataan secepat mungkin selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Saya tidak boleh beri kenyataan sebelum menghadap Tuanku Sultan," katanya ketika dihubungi di sini.


Jamry, mula bertugas sebagai Pengarah Jaip tiga tahun lalu, dijangka dipindahkan ke jabatan Persekutuan sama ada di negeri ini atau kembali ke Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya.

Difahamkan, Dr Abdul Rahman sudah mengeluarkan surat pertukaran Jamry, tengah hari semalam.

Bekas Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir ketika dihubungi pula menganggap tindakan Muhamad Nizar itu tidak wajar kerana dibuat tergesa-gesa.


dipetik dari: www.bharian.com.my


www.rencahmalaysia.blogspot.com


 

0 Responses: