Senator…Datuk Seri Anwar Ibrahim ?
Setelah banyak teka teki politik lain sudah terjawab kini ramai yang nak tahu arah tuju Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas 15 April ini bila Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR) lepas dari tempoh edah hukuman penjaranya dan bebas berpolitik dalam ertikata sebenar.
Desas desus yang paling hangat berlegar mengatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melepaskan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bagi memberi laluan Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil untuk mendapat tiket masuk ke parlimen.
Ia berlegar seiring dengan jangkaan Khalid juga akan melepaskan jawatan Setiausaha Agung PKR kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang bakal berdepan asakan kuat daripada pemimpin BN negeri yang kini menjadi pembangkang.
Bagaimanapun Ahad Menteri Besar Selangor itu menafikan khabar angin kononnya beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding,.
Katanya adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi tentang perkara berkenaan kerana penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai banyak masa untuk berfikir mengenainya.
Menurut Khalid sekiranya Anwar membuat keputusan untuk kembali aktif dalam politik, beliau boleh bertanding di mana-mana 31 kawasan Parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum 8 Mac.
Cerita Anwar nak bertanding dalam pilihanraya kecil bukalah satu rekaan sesiapa tetapi itulah yang dicanang sendiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu semasa berceramah di sana sini sebelum pilihanraya.
Itu cerita sebelum pilihanraya dimana Anwar sendiri tidak pernah bermimpi pembangkang akan berjaya tawan empat negeri lagi termasuk Selangor yang kini ditabir oleh Menteri Besar dari PKR.
Jika ada pilihanraya kecil PKR juga sedar bahawa BN pastinya berjuang habis-habisan untuk menebus prestasinya yang teruk masa pilihanraya umum.
Kemenangan mahupun ketewasan Anwar akan memberi impak besar kepada BN, PKR juga kepada Pakatan Rakyat.
Daripada segi undang-undang, Anwar boleh kembali aktif dalam politik mulai 15 April ini, setelah berakhirnya tempoh larangan selama lima tahun bagi beliau untuk berbuat demikian berikutan pensabitan kesalahannya dalam kes rasuah.
Bagaimanapun peraturan pilihan raya menetapkan bahawa pilihan raya kecil hanya boleh diadakan enam bulan selepas tarikh sesuatu pilihan raya sebelumnya.
Dalam pada mengelak ‘perang besar’ di pentas pilihanraya kecil kini angina yang bertiup kuat mengatakan Anwar mungkin masuk ke parlimen menerusi pintu jawatan Senator.
Tanpa perlu wang ringgit, tenaga jentera atau poster parti, lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat boleh mencadangkan Anwar dilantik senator bagi membolehkannya bersuara di Dewan Negara.
Selangor sendiri ada dua kuota Senator dan Khalid sebagai Menteri Besar serta wakil rakyat gabungannya pasti tiada masalah mencadang serta mencalonkan Anwar dilantik Senator.
Seorang Senator layak dilantik sebagai Menteri.Itu kalau senator berkenaan adalah dari parti pemerintah.
Namun, soalan yang lebih menarik sebenarnya, apakah Senator juga boleh dilantik Perdana Menteri?.
Ikut ceritanya ia pernah berlaku di Britian yang mana sistem di negara ini adalah dari acuan negara bekas penjajah itu.
Maka timbul cerita Anwar mengintai jawatan Perdana Menteri menerusi laluan mudah itu.
Ini semua dikaitkan dengan dakwaan yang sering diperbualkan oleh kalangan pemimpin PKR adanya sebilangan ahli parlimen BN yang nak lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.
Dalam bidang politik yang terkenal dengan ungkapan “ nothing is impossible ” andaian tentang semestinya tiada tanda titik.
Mengambil kira semua spekulasi itu mungkin Datuk Seri Hadi Awang Hadi Awang dan Lim Kit Siang boleh bayang-bayangkan bagaimana bentuk rupanya jawatan Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Kedua yang kerap diperbualkan oleh pihak pembangkang tu.
dipetik dari: http://www.kpmu.net/
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment