Seperti talam dua muka
Tuesday, 15 April 2008 02:30
MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah 'memutarbelitkan' bantahan orang ramai ke atas keputusan kerajaan negeri itu membuka ladang babi seperti yang diumumkan oleh Teresa Kok. Apa yang dibantah orang ramai adalah pemilihan tempat dan skala ladang babi yang dicadangkan itu.
Pemodenan ladang babi yang dicadangkan itu ialah satu pendekatan yang amat baik bagi menangani masalah pencemaran yang umum ketahui cara pengendalian ladang babi masa kini amatlah kotor sekali. Tiga opsyen yang kini ditimbulkan oleh Menteri Besar hanya satu permainan politik sahaja untuk meredakan bantahan orang ramai ke atas keputusan Kerajaan Selangor itu.
Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam menerima kenyataan bahawa daging babi adalah makanan mereka yang bukan beragama Islam.
Sebab itu tidak ada bantahan ke atas penjualan daging babi di pasar awam atau pasar raya asalkan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Di Jerman, disebalik pengurusan ladang babi itu menggunakan teknologi tinggi, tapaknya terletak jauh dari kawasan penempatan awam.
Pencemaran bau yang tidak selesa masih lagi wujud.
Selain itu pelepasan air kumbahan dari ladang babi ini walaupun sudah dirawat juga adalah satu persoalan yang perlu diselesaikan oleh pihak yang berkuasa khususnya Majlis Agama Islam Selangor. Inilah yang sebenarnya kekhuatiran yang disuarakan oleh rakyat.
Oleh itu sebagai menjaga kepentingan rakyat dan kebaikan serta keharmonian rakyat negeri Selangor, saya cadangkan Kerajaan Selangor melaksanakan pendekatan berikut:
(a) Tempatkan tapak ladang babi moden yang dicadangkan jauh dari kawasan penempatan awam khususnya kawasan mereka yang beragama Islam;
(b) Kecilkan skala ladang babi hanya untuk memenuhi permintaan domestik sahaja khususnya di negeri Selangor. Jangan jadikan negeri Selangor sebagai negeri pengeksport daging babi;
(c) Jangan jadikan pembukaan ladang babi ini untuk meraih sokongan politik daripada satu kaum tertentu;
(d) Jalankan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan buka hasil kajian kepada orang ramai;
(e) Semua keputusan yang berkaitan dengan ladang babi ini hendaklah dibuat secara telus khususnya pembiayaan pelaburan yang berjumlah RM100 juta, jumlah dan pemilihan penternak yang terlibat, taraf pemilikan tanah yang akan diberi kepada penternak dan keluasan kawasan serta jumlah daging babi yang akan dikeluarkan serta sasaran pasaran.
dipetik dari : http://www.kulitpisang.com/
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Cadangan untuk menggunakan pakar-pakar luar negeri untuk membuat kajian yang menyeluruh adalah dialu-alukan untuk menambah baik lagi pengurusan ladang babi yang dicadangkan ini. Kajian ini hendaklah juga mengambil kira faktor tempatan.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment