Penternak khinzir di NS sokong laksana hudud
SEREMBAN, 29 Julai (Hrkh) - Para penternak khinzir di Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap usaha Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum Islam.
Demikian menurut kandungan surat pengisytiharan mereka yang disampaikan kepada Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu majlis dialog dengan masyarakat bukan Islam di program sehari bersama masyarakat bukan Islam di Seremban, semalam (28 Julai). Berikut kandungan penuh memo berkenaan yang ditandatangani oleh wakil penternak tersebut:
Kami para penduduk, penternak dan pemohon tanah untuk penternakan babi di tapak baru yang telah dianiayai oleh Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Tan Sri Isa Samad dengan ini membuat pengisytiharan:
+ Menyokong usaha PAS melaksanakan hukum jenayah hudud dan qisas di negara ini bagi membanteras berbagai jenayah dan penyelewengan yang kian berleluasa.
+ Kami juga menyatakan pendirian menyokong pelaksanaan undang-undang tersebut di Negeri Sembilan sekiranya PAS diberi peluang memerintah negeri ini pada masa akan datang sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan PAS di Terengganu.
+ Sokongan yang kami berikan ini adalah hasil kesedaran bahawa di bawah pentadbiran Barisan Nasional, mereka ternyata gagal melaksanakan undang-undang dengan seadil-adilnya, apabila orang yang berkuasa seringkali terlepas dari hukuman apabila melakukan kesalahan.
+ Kami menaruh harapan sekiranya hukuman hudud dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan, para penjenayah kelas atasan yang merompak harta rakyat termasuk pencuri tanah milik rakyat jelata akan dapat diseret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman potong tangan jika telah terbukti kesalahannya.
Sekianlah, pernyataan sokongan dari kami. Terima Kasih.
Dipetik dari : http://tranung4.tripod.com/b07/harakah720.htm
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment