May 17, 2010

BN KALAH DI SIBU!

Seperti biasa orang-orang Cina telah mengundi DAP. Sudah sampai masa Kerajaan mengajar orang-orang Cina untuk mengundi Kerajaan. Untuk itu, Kerajaan perlu HENTIKAN SEMUA BANTUAN KEPADA ORANG-ORANG CINA DALAM APA-APA BENTUK sehingga Kerajaan tahu apa yang bermain dalam kepala hotak si Cina-CIna ini. Sehingga itu, tak perlu dibazirkan berjuta-juta kepada mereka. Simpan untuk pribumi Sabah/Sarawak/Melayu.

BN perlu tahu, bahawa SUPP/MIC/MCA sudah gagal dalam mendapatkan sokongan kaum yang mereka wakili sedangkan UMNO sudah pun mendapat semula mandat/kepercayaan orang-orang Melayu. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 13, 2010

REAKTOR NUKLEAR MALAYSIA: APABILA DAP PERSOALAN CADANGAN NUKLEAR MALAYSIA







DAP melalui Lim Guan Eng KM PP [klik sini untuk baca ]  telah meminta Kerajaan Persekutuan untuk menimbangkan semula pembinaan reaktor nuklear pertama Malaysia.  LGE menyatakan bahawa Malaysia mempunyai simpanan tenaga sebanyak 40% dan sebenarnya hanya memerlukan 20% sahaja. Dengan adanya reaktor ini ia akan menambah lagi simpanan tenaga elektrik Malaysia. LGE berpendapat bahawa ini tiada gunanya. 


Apa yang LGE kurang faham ialah kos menghasilkan tenaga elektrik tersebut. Pada masa ini tenaga elektrik Malaysia dihasilkan melalui beberapa cara. Pada masa ini penghasilan elektrik adalah melalui gas asli (60%), arang batu (24%) dan tenaga air (hidro) [Klik sini ] 






 Kos penghasilan tenaga tersebut adalah seperti di rajah di bawah ini.






Jika kita dapat mengurangkan kos tenaga tersebut maka kos elektrik dapat dikurangkan dan ia pasti dapat mengurankan tarif elektrik yang sedang dikenakan kepada rakyat [Klik ini untuk lihat tarif elektrik ]. Dengan kata mudahnya, reaktor nuklear dapat menghasilkan tenaga elektrik dengan lebih banyak dan lebih murah yang mana ia akan menjadikan elektrik lebih murah kepada rakyat. 


Inilah  yang sebenarnya LGE kena tahu. LGE kena faham kos penghasilan elektrik bukannya berapa banyak elektrik yang disimpan. 


Untuk pemahaman lanjut tentang reaktor nuklear di Malaysia, sila layari artikel di bawah ini


Tenaga Nasional Bhd (TNB) Menetapkan sasaran operasi memulakan tenaga nuklear Loji pertamanya menjelang tahun 2025. FAQ Kuasa Elektrik Nuklear di bawah adalah bagi meningkatkan penerimaaan orang awam untuk merealisasikan cadangan penggunaan teknologi nuklear di Malaysia.
(Sumber : http://livewire.hq.tnb.com.my/corporateinfo/NuclearPower/default.aspx)

01. Berapakah kuasa elektrik yang dijanakan oleh sebuah loji kuasa nuklear secara am?


Secara am loji kuasa nuklear menjana kuasa elektrik di antara 500 MWe hingga 1500 MWe. Pada tahun 2007, purata penjanaan kuasa elektrik yang dihasilkan oleh sebuah loji kuasa nuklear adalah 850 MWe.


Terdapat 439 buah loji jana kuasa nuklear yang beroperasi di 30 buah negara di seluruh dunia. Peratusan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh loji kuasa nuklear ini adalah 16% daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik dunia.

02. Apakah perkembangan penjanaan kuasa nuklear di dunia?


Sehingga 30 Ogos 2007, sejumlah 439 buah loji nuklear dengan jumlah keupayaan 371,671 MWe sedang beroperasi di 30 buah negara, di samping 30 buah loji lagi dengan jumlah keupayaan 23,414 MWe yang masih dalam pembinaan di 12 buah negara. Selain itu, 41 buah loji lain dengan anggaran jumlah keupayaan 43,000 MWe sedang dirancang di 11 buah negara, manakala 113 buah loji lain dengan jumlah keupayaan 82,000 MWe turut dicadangkan.
03. Berapakah pecahan tenaga yang dihasilkan oleh loji jana kuasa nuklear berbanding loji-loji jana kuasa lain?


Pada 2005 loji-loji nuklear yang beroperasi dianggarkan menyumbang 20% daripada jumlah penjanaan kuasa elektrik seluruh dunia pada tahun 2005, berbanding dengan 48% bagi arang batu, 7% bagi kuasa hidro, 15% bagi gas asli , 7% bagi minyak dan petroleum dan 3% tenaga boleh diperbaharui. Keadaan ini berbeza dengan situasi Malaysia, yang bergantung pada gas asli bagi 62% daripada jumlah penjanaan elektrik negara dalam tahun 2005, berbanding 28% bagi arang batu, 7% bagi kuasa hidro dan 3% bagi minyak dan petroleum.

04. Apakah kelebihan sumber tenaga nuklear?


Secara umum, loji kuasa nuklear mempunyai rekod keselamatan yang sangat cemerlang sejak hampir 60 tahun yang lalu apabila loji kuasa nuklear mula dibina pada tahun 1950-an. Sumber tenaga nuklear mampu:


i. menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara kerana semua jenis bahan api nuklear, iaitu uranium, torium atau plutonium, mengandungi tenaga spesifik (specific energy) yang tinggi.



ii. keselamatan perbekalan tenaga negara tentunya akan lebih terjamin, terutama dalam keadaan pengurangan (depletion) sumber tenaga yang lain di dalam negara, terutama simpanan atau rizab minyak mentah dan gas asli negara.

iii. Dari segi perlindungan alam sekitar, kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon (carbon burden) yang jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang dijana, dan berjaya mengurangkan kira-kira 8% daripada jumlah penghasilan karbon dioksida dunia berbanding dengan sumber tenaga lain. Keseluruhan rantaian bagi penjanaan kuasa nuklear (production chain) daripada perlombongan uranium sehingga kepada pelupusan sisa nuklear hanya menghasilkan di antara 1 hingga 6 g karbon bagi setiap kilowatt-jam elektrik.
05. Berapakah jumlah bahan api nuklear berbanding dengan bahan api lain yang diperlukan untuk ...


Berikut adalah jadual perbandingan penggunaan bahan api yang diperlukan bagi penjanaan sesebuah loji jana kuasa elektrik berkeupayaan 1000 MWe tanpa henti selama setahun:06. Bolehkah loji jana kuasa nuklear ini menghasilkan letupan seperti bom atom jika berlaku sebarang kemalangan?


Secara umum, adalah sesuatu yang mustahil bagi sesebuah loji jana kuasa nuklear untuk menghasilkan letupan seperti bom atom akibat kemalangan dan kegiatan sabotaj. Ini kerana komposisi bahan yang digunakan sebagai bahan api untuk penjanaan elektrik adalah amat berbeza dengan bahan-bahan yang terdapat dalam bom.


Kejadian kemalangan di Chernobyl, suatu kemalangan yang paling dahsyat dalam sejarah tenaga nuklear dunia tidak menghasilkan letupan yang kuat seperti bom atom walaupun diakui terdapat beberapa siri letupan yang menyebabkan pembebasan bahan radioaktif ke udara.
07. Berapa banyakkah sisa nuklear yang dihasilkan oleh loji-loji nuklear di dunia?


Sisa-sisa nuklear yang dihasilkan pada masa kini, 97% daripadanya dikategorikan sebagai sisa peringkat rendah dan sederhana. Sisa ini biasanya dibuang di tempat pembuangan sisa nuklear yang ditetapkan dan tidak akan mendatangkan risiko atau kemungkinan cemaran.


Bagi sisa-sisa peringkat tinggi yang dianggarkan sebanyak 12,000 tan dihasilkan di seluruh dunia, kaedah pengurusan sisa ini adalah berbeza dengan mengambil kira kesan dan risiko yang mungkin dihadapi pada masa hadapan.
08. Mengapa sesetengah orang membantah penggunaan teknologi nuklear ini untuk penjanaan tenaga elektik?


Isu berkaitan bantahan ini adalah rumit dan biasanya ia dipengaruhi oleh faktor persepsi berbanding fakta sebenar. Namun kebanyakan bantahan adalah berpunca daripada keraguan terhadap teknologi itu sendiri, seperti soal-soal keselamatan, pengurusan sisa nuklear dan kemungkinan digunakan untuk tujuan persenjataan.
09. Berapa bilangan loji jana kuasa utama yang terdapat di Malaysia?


Bilangan loji jana kuasa elektrik utama di Malaysia adalah 32 buah di Semenanjung Malaysia dan 15 buah di Sabah dan Sarawak. Jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana oleh kesemua loji jana kuasa ini ialah 20,663 MWe dengan kapasiti penjanaan sebanyak 96,060 GWh per tahun.
10. Berapa peratus sumber bahan api yang digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik di Malaysia?


Peratusan sumber bekalan bahan api yang digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik di Malaysia berdasarkan jumlah penjanaan eletrik negara sebanyak 90,060GWh adalah seperti di bawah
11. Mengapa tenaga elektrik dari sumber nuklear tidak digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia?


Di sesetengah tempat, penggunaan tenaga elektrik berasaskan nuklear boleh menjadi lebih mahal berbanding penggunaan arang batu, gas atau lain-lain. Secara umumnya, ia bergantung kepada kos arang batu atau bahan api tersebut di mana tenaga elektrik tersebut dijana.
12. Mengapa tenaga nuklear kini menjadi perhatian masyarakat dunia sebagai sumber tenaga masa depan?


Ini disebabkan di kebanyakan tempat di dunia, tenaga elektrik yang dihasilkan daripada loji kuasa nuklear adalah lebih murah berbanding daripada sumber alternatif yang lain. Ia juga disifatkan sebagai ‘teknologi bersih’, iaitu tanpa pembebasan karbon dioksida ke atmosfera.


13. Apakah faktor-faktor yang mendorong semakin banyak negara bercadang untuk melaksanakan program tenaga ...


Berikut adalah faktor-faktor yang terlibat:


• peningkatan tahap keselamatan kendaliannya hasil perkembangan teknologi;


• pemendekan masa pembinaan loji-loji tersebut, iaitu dari 10 hingga 12 tahun menjadi 3 

hingga 6 tahun;

• pemanjangan jangka hayat loji-loji tersebut dari 25 hingga 40 tahun ke 60 tahun


• peningkatan keberkesanan penggunaan bahan api uranium dalam loji-loji tersebut
14. Apakah alternatif lain selain teknologi nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik?


Ya, bagi loji jana kuasa berskala besar, arang batu dan gas biasa digunakan sebagai bahan api bagi mendapatkan bekalan elektrik secara berterusan dan stabil. Arang batu mudah diperolehi dan secara relatifnya adalah murah. Namun begitu, bagi setiap 1 kilowatt-jam tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan arang batu, sejumlah 1 kilogram karbon dioksida terhasil. Penggunaan gas sebagai bahan bakar pula bergantung kepada harga pasaran yang tidak menentu .Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy), contohnya kuasa angin, walaupun bersih, namun ia tidak dapat membekalkan tenaga elektrik secara berterusan.
15. Adakah penggunaan kuasa nuklear ini ekonomik?


Bagi sesetengah negara, terutama negara-negara yang tidak mempunyai sumber tenaga alternatif, penggunaan kuasa nuklear ini adalah sangat ekonomik. Di Malaysia, walaupun kita mempunyai sumber-sumber tenaga seperti minyak dan gas, sumber-sumber ini amat terhad dan semakin berkurangan. Jika mengambil kira faktor alam sekitar seperti penghasilan karbon dioksida, kuasa nuklear adalah sangat sesuai di digunakan di Malaysia untuk penjanaan elektrik.
16. Apakah perbandingan kos modal bagi pembinaan loji jana kuasa nuklear berbanding sumber-sumber tenaga lain?


Kos perbandingan modal boleh dirujuk pada graf di bawah


17. Apakah perbandingan kos penjanaan bagi loji jana kuasa nuklear berbanding loji-loji lain?


Perbandingan kos penjanaan loji-loji boleh dirujuk di bawah:


18. Bagaimana dengan jaminan bekalan bahan api nuklear secara berterusan?


Oleh kerana bahan api nuklear mengandungi tenaga yang banyak berbanding dengan bahan api lain, penggunaan tenaga nuklear mampu mempertingkatan keselamatan perbekalan tenaga negara untuk tempoh jangka panjang. Risiko terputusnya bekalan bahan api nuklear akan mudah ditangani dengan menyimpan stok bahan api nuklear untuk beberapa tahun, kerana sesebuah loji jana kuasa nuklear berkeupayaan 1,000 MWe hanya memerlukan 100 tan metrik uranium untuk mula beroperasi, dan daripada jumlah ini, cuma 30 tan metrik uranium yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik sepanjang sesuatu tahun.
19. Adakah penggunaan kuasa nuklear selamat ?


Secara umum, jika dirujuk kepada bilangan loji kuasa nuklear di seluruh dunia, penggunaan teknologi nuklear adalah yang paling selamat. Ini dapat dibuktikan dengan pengalaman pengoperasian yang melebihi 12,600 tahun reaktor* diseluruh dunia. Reka bentuk loji kuasa nuklear ini juga sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa supaya masalah besar atau kemalangan dapat dibendung di dalam struktur loji itu sendiri.


* tahun reaktor ditakrifkan sebagai jumlah keseluruhan tahun beroperasi bagi setiap reaktor di seluruh dunia
20. Bagaimanakah sisa nuklear diuruskan?


Semua sisa diproses terlebih dahulu supaya tidak lagi aktif seterusnya ditempatkan dalam bekas-bekas tertentu dan diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak seperti sisa daripada bahan bakar lain yang kebanyakannya dilepaskan ke persekitaran. Sesetengah sisa adalah tinggi radioaktivitinya, tetapi lazimnya ia dalam kuantiti kecil yang mudah diuruskan. Bagi pelupusan sisa-sisa radioaktif dengan kepekatan tinggi, ia akan disimpan jauh di perut bumi (long term disposal in deep geological depository) bagi suatu tempoh masa panjang.
21. Di manakah sumber uranium boleh diperolehi?


Sumber uranium ini boleh didapati dengan meluas di seluruh dunia. Dalam tahun 2005, tujuh belas buah negara mengeluarkan uranium, di antaranya ialah Kanada (27.9%), Australia (22.8%), Kazakhstan (10.5%), Rusia (8.0%), Namibia (7.5%), Nigeria (7.4%), Uzbekistan (5.5%), Amerika (2.5%),Ukraine (1.9%) dan China (1.7%). Walau bagaimanapun di seluruh dunia usaha pencarian lombong-lombong baru uranium giat dijalankan bagi memenuhi permintaan yang dijangka bertambah pada masa hadapan.


Selain itu, uranium yang telah digunakan boleh dikitar dan digunakan semula.
22. Adakah aktiviti perlombongan uranium boleh menjejaskan alam sekitar?
Benar, semua aktiviti perlombongan yang tidak dipantau akan menjejaskan alam sekitar. Perhatian dan tindakan daripada pihak berkuasa bagi memantau aktiviti perlombongan sumber bahan mineral termasuk uranium, arang batu dan bahan-bahan lain adalah amat diperlukan dalam perkara ini.
23. Adakah keselamatan (safety) penggunaan tenaga nuklear terjamin?


Tidak. Semua loji jana kuasa elektrik tidak sepenuhnya selamat. Namun, kajian oleh pelbagai pihak telah membuktikan bahawa operasi loji-loji jana kuasa nuklear pada amnya adalah jauh lebih selamat daripada pendedahan manusia kepada sumber sinaran dan keradioaktifan semula jadi dan buatan manusiayang lain. Contohnya, dedahan yang diterima semasa proses sinar-X perubatan adalah 2000 kali lebih tinggi daripada dedahan yang diterima oleh seseorang yang tinggal berhampiran dengan loji kuasa nuklear. Graf di bawah menunjukkan perbandingan dedahan yang berkaitan.


24. Apakah perbandingan kemalangan jiwa bagi sumber tenaga nuklear berbanding sumber tenaga lain di dunia?


Walaupun telah berlaku beberapa kemalangan serius di loji-loji jana kuasa serta loji-loji pemprosesan bahan api nuklear pada masa lalu, khususnya kemalangan di Chernobyl, Ukraine, pada 1986, di Three Mile Island, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 1979, dan di Windscale(Sellafield sekarang), United Kingdom pada 1957, hanya kemalangan di Chernobyl yang mengakibatkan kemalangan jiwa pekerja dan orang awam, di samping kemalangan jiwa pekerja dalam kemalangan di loji pemprosesan bahan api nuklear di Tokaimura, Jepun, pada 1999 dan di Khysthm, Russia, pada 1957. Jika dibandingkan dengan industri dan aktiviti manusia dalam bidang lain, secara keseluruhannya, bilangan kemalangan nuklear adalah jauh lebih kecil, walau pun kesan sesuatu kemalangan nuklear mungkin lebih besar dan serius.

Perbandingan Kemalangan Jiwa Dalam Kemudahan Sektor Tenaga Di Dunia


Mengikut Sumber Tenaga Pada Tahun 1970 Hingga 1992
(Sumber: University of East Anglia; Paul Scherrer Institut
dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)


25. Adakah loji jana kuasa nuklear selamat daripada bencana alam sekitar?
Ya, loji-loji jana kuasa nuklear telah terbukti selamat daripada bencana alam. Ini adalah kerana sebelum sesebuah loji jana kuasa nuklear didirikan, data tentang pelbagai aspek ciri tapak tersebut dikumpul dan dianalisis bagi mengkaji kesesuaiannya sebagai tapak loji jana kuasa nuklear. Sesuatu tapak loji yang telah dipilih itu perlu dibuktikan selamat untuk selama 100 tahun ke hadapan dengan membuktikan yang tapak berkenaan selamat selama 100 tahun ke belakang.


Untuk tujuan ini, data tentang pelbagai aspek ciri berikut diperlukan bagi mengkaji kesesuaiannya sebagai tapak loji jana kuasa nuklear, iaitu:

i. ciri-ciri demografi
termasuk taburan penduduk persekitaran, corak penggunaan tanah, sumber makanan penduduk, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, daging, produk tenusu, penggunaan air bawah tanah, dan sumber pendapatan serta pekerjaan;

ii. ciri-ciri meteorologi
termasuk arah aliran dan corak pengalihan udara, ciri-ciri penyebaran atmosfera serta mikroiklim, kejadian meteorologi terdahulu yang ekstrem, seperti ribut, taufan, penyonsangan atmosfera, kabus tebal (stagnation weather) dan kesan lain;

iii. ciri-ciri seismik dan tektonik
termasuk kompilasi katalog sejarah gempa bumi meliputi kawasan sehingga 300 kilometer sekeliling, aktiviti volkanik, seperti penerobosan bahan volkanik ke permukaan bumi, seperti di Kampung Batu Hitam, Kuantan, Pahang;

iv. ciri-ciri geologi dan geoteknik
termasuk keadaan batuan asas (base rock) serta kesan peluluhawaan (weathering) terhadapnya, dan amplikasi pergerakan seismik;

v. ciri-ciri geomorfologi dan oseanografi
termasuk tindakan oseanografi normal dan ekstrem, pergerakan angin, ombak, tsunami, pasang surut arus laut, kesan-kesan litoral atau pesisir pantai, serta geomorfologi pantai atau evolusi bentuk pantai, dan profil kedalaman pesisiran (coastal bathymetry);

vi. ciri-ciri hidrogeologi dan hidrologi
termasuk ciri geokimia dan geofizik, sejarah banjir sungai dan pasang-surut air laut, sifat hidrolik bagi bahan-bahan sub-permukaan, keseimbangan hidrologi, perbandingan di antara arus sungai dan hujan, penyejatan (evapo-transpiration), kondensasi atau pemeluwapan, larian permukaan (surface runoff), penyerapan hujan (precipitation infiltration) dalam batuan merekah dan terluluhawa, ciri-ciri sistem akuifer di kawasan sekeliling dan arus serta potensi kegunaan sumber air bawah tanah;

vii. ciri-ciri alam sekitar dan ekologi
termasuk pencirian flora, fauna, hidupan akuatik, pergerakan spesis migrasi, seperti burung, dan kesan pembinaan loji nuklear terhadapnya; dan,

viii. ciri-ciri aktiviti manusia
termasuk pengenalpastian sumber-sumber potensi aktiviti manusia terhadap keselamatan loji nuklear, seperti aktiviti industri gas dan minyak, ketenteraan, lapangan terbang, struktur empangan, saluran paip, dan sistem pengangkutan darat, laut dan udara yang mungkin berbahaya kepada loji nuklear.
26. Adakah loji kuasa nuklear memerlukan air yang banyak?


Tidak, jumlah air yang digunakan adalah sama dengan loji jana kuasa lain. Secara umum, loji kuasa nuklear ditempatkan berhampiran pantai bagi membolehkan air laut digunakan bagi tujuan penyejukan.
27. Adakah loji kuasa nuklear pada masa ini boleh digunakan bagi aktiviti selain daripada penjanaan kuasa elektrik?


Secara am, loji kuasa nuklear hanya boleh digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik kerana ia akan sentiasa dipantau oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melalui aktiviti safeguard dan tertakluk kepada Perjanjian Ketakcambahan (NPT). Walau bagaimanapun terdapat loji kuasa nuklear yang tidak tertakluk kepada NPT dan boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan.
28. Selain menghasilkan tenaga elektrik, adakah teknologi nuklear dapat digunakan untuk tujuan lain?


Selain daripada menghasilkan tenaga elektrik, loji-loji kuasa nuklear generasi keempat ini mampu menghasilkan hidrogen cecair yang boleh diedarkan melalui sistem paip untuk digunakan sebagai bahan api gantian petroleum bagi sektor pengangkutan, industri, domestik, komersial dan juga sektor-sektor lain. Hidrogen cecair ini juga boleh digunakan sebagai bahan dinginan kriogenik (cryogenic coolant) untuk talian penghantaran elektrik berkeupayaan tinggi yang berasaskan superkonduktor.
29. Apakah tahap penggunaan tenaga nuklear di Malaysia dan apakah bidang-bidang dan perbandingan ...


Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia selama ini hanya tertumpu untuk tujuan keamanan, dalam bidang-bidang yang selain daripada penjanaan kuasa elektrik, khususnya dalam bidang-bidang perubatan, perindustrian, pertanian dan pemeliharaan alam sekitar. Penggunaan seperti ini adalah lazim bagi kebanyakan negara membangun dan adalah berbeza daripada negara-negara maju yang lebih tertumpu kepada penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan kuasa elektrik.
30. Adakah projek tenaga nuklear dapat menampung kenaikan harga minyak dan gas yang bertambah mahal?


Projek tenaga nuklear bukan bertujuan untuk menampung kenaikan harga minyak dan gas yang bertambah mahal tetapi sebagai alternatif kepada penjanaan sumber tenaga elektrik. Ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber minyak dan gas untuk penjanaan tenaga elektrik.
31. Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap penggunaan tenaga nuklear di Malaysia?


Penerimaan masyarakat Malaysia secara umumnya adalah sangat rendah. Namun, jika rakyat Malaysia diberi maklumat yang jelas mengenai kebaikan tenaga nuklear, sentimen negatif rakyat terhadap penggunaan nuklear dapat dikikis. Oleh itu, kerajaan tidak ada masalah untuk melaksanakan penggunaan tenaga nuklear pada masa hadapan.
32. Bagi rantau Asia Tenggara, negara manakah yang mempunyai perancangan untuk membina ...


Di kalangan negara-negara di Asia Tenggara, Indonesia telah mengambil keputusan untuk membina 4 buah loji jana kuasa nuklear dengan jumlah keupayaan 4,000 MWe menjelang tahun 2016, sementara Vietnam akan membina 2 buah loji kuasa nuklear dengan jumlah keupayaan 2,000 MWe menjelang tahun 2018, dan Thailand akan membina 2 buah loji kuasa nuklear dengan keupayaan 2,000 MWe menjelang tahun 2021.
33. Dari segi ekonomi, adakah Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan program kuasa nuklear?


Tahap pembangunan ekonomi dan industri negara difikirkan telah berada pada tahap yang sesuai dengan tahap dijangka akan membolehkan penyerapan teknologi dan keupayaan yang perlu dibangunkan, berdasarkan kepada kedudukan Malaysia berbanding dengan negara-negara lain yang telah terlebih dahulu melaksanakan program penjanaan kuasa nuklear.


34. Adakah Malaysia bersedia ke arah penggunaan tenaga nuklear dari segi pembangunan modal insan?


Ya, beberapa langkah bagi memantapkan pembangunan modal insan telahpun dilakukan, di mana seramai 322 Pegawai Penyelidik yang terlatih dalam pelbagai bidang teknologi nuklear dan juga teknologi yang berkaitan.


Selain daripada itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merancang dan melaksanakan pelbagai program dengan kerjasama agensi-agensi kebangsaan dan antarabangsa yang lain. Program-program ini termasuk dalam aspek-aspek berikut:

i. Mendapatkan kerjasama luar untuk mengadakan latihan dalaman mengenai kuasa nuklear; iaitu latihan asas sehingga peringkat pakar, secara berperingkat untuk kakitangan terbabit sebagai persediaan negara untuk membangunkan loji jana kuasa nuklear di masa hadapan;

ii. Menghantar kakitangan terbabit untuk latihan luaran yang dianjurkan oleh negara-negara lain yang mempunyai loji kuasa nuklear dan badan-badan antarabangsa yang berkaitan seperti Agensi Tenaga Atom Antarabagsa (IAEA), Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA) dan Perjanjian Kerjasama Serantau bagi Penyelidikan, Pembangunan dan Latihan berkaitan dengan Sains dan Teknologi Nuklear di Asia dan Pasifik (RCA);

iii. Mendapatkan kerjasama luar untuk kursus kuasa nuklear berkumpulan dalam Malaysia dan tempat untuk latihan individu jangka sederhana dan panjang di luar negara; dan,

iv. Mencadangkan bidang pengajian sains dan kejuruteraan nuklear diwujudkan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia, menyediakan draf struktur kursus ijazah bidang kuasa nuklear, mengkaji serta menyediakan rangka dan mata pelajaran bagi kursus ijazah, profesional dan separa profesional berkenaan dengan kuasa nuklear, dan akhir sekali menyenaraikan tenaga pengajar pakar dalam bidang ini dari seluruh dunia. Pada tahun 2007, Senat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membuat keputusan untuk menubuhkan Fakulti Sains dan Kejuruteraan Nuklear dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bercadang untuk menawarkan bidang kejuruteraan nuklear pada peringkat sarjana. 



Sehubungan dengan itu kedua-dua universiti tersebut telah meminta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membantu merancang kursus ijazah kuasa nuklear dan mengkaji serta menyenaraikan mata pelajaran yang sesuai dan mendapatkan khidmat tenaga pengajar di kalangan pakar dari seluruh dunia untuk bidang sains dan kejuruteraan nuklear. Setelah itu, timbul minat institusi-institusi pengajian tinggi tempatan lain untuk memulakan kursus pengajian sains dan kejuruteraan nuklear di universiti mereka.
35. Adakah perlaksanaan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia akan ditentang oleh pihak-pihak tertentu ...


Tidak. Malaysia melaksanakan program tenaga nuklear untuk tujuan bekalan kuasa elektrik, kerana Malaysia bukan sahaja telah menandatangani triti dan perjanjian yang membuktikan bahawa negara ini telah menolak sama sekali sebarang hasrat untuk membangunkan senjata nuklear, tetapi juga telah mempelopori inisiatif antarabangsa untuk mengharamkan pembangunan, pemilikan atau pun penggunaan senjata nuklear oleh semua pihak. Amerika Syarikat, Persekutuaan Rusia, Perancis, China, Kanada, Argentina dan Brazil telah menjalin kerjasama dua hala bagi membantu Malaysia membangunkan keupayaan untuk melaksanakan program penjanaan tenaga nuklear kelak, terutamanya dari segi pembangunan modal insan dan kepakaran berkenaan.




www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 4, 2010

KEADILAN/PEMBELAAN TERPILIH PEMBANGKANG: ANTARA MOHD BAKRI, TEO DAN AMINUL

ADUN DAP Langgar Pelajar, Di Mana Keadilan Untuk Mangsa?

Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku. Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?

Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit. Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama juga seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.


Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu miskin tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Siap bawak gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan. Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang masih terlantar di hospital dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR ? Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam?

dipetik dari sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 2, 2010

KICKDAFELLA, HUSAM, PAS DAN RM 4 JUTA

Ulasan Blog ini akan adalah pendek sahaja. Pertama, Kickdafella adalah ular. Ular yang dijaga untuk digunakan ke atas orang lain yang akhirnya memakan tuan. Jadi kemana pun ular pergi ia tetap berbahaya dan berbisa. Tak boleh dibuat kawan atau dipelihara.

Kedua, Husan menggunakan KICK DA FELLA sebagai agen propaganda. Bukan sahaja untuk menyerang musah dalam UMNO tetapi juga menyerang musuh dalam PAS. HUSAM juga menggunakan KICK DA FELLA sebagai agen untuk menaikkan nama beliau. Senang kata KICKDAFELLA adalah anak ikan kepada Husam.

Ketiga, PAS sebagai parti Islam yang tidak taksub kepada duit. Nampaknya imej ini adalah imej palsu. Imej yang sebenar ialah PAS mempunyai dana wang yang cukup banyak dan kemaruk duit dari konsesi balak, derma ahli PAS dan juga "derma" tauke-tauke balak Singapura. Duit dah banyak dan  dengan mudah RM4 juta dileburkan kepada KICK DA FELLA. Mungkin inilah kot duit derma ahli PAS. Digunakan untuk memfitnah orang. Tahniah la ahli PAS. Duti anda telah menjadi saham di neraka. Dan satu lagi, kalau PAS boleh leburkan RM4juta untuk perang saraf, agaknya berapa juta lagi sanggup dihabiskan oleh PAS untuk memusnahkan musuh-musuhnya.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

PARTI KOMUNIS MALAYA MENGGUNAKAN AYAT-AYAT ALQURAN UNTUK MENIPU ORANG KAMPUNG

Tajuk di atas adalah sebagaimana berita ringkas RTM tahun 1983. pada  tahun 2010  taktik tersebut masih juga digunakan. Lihat petikan berita di bawah ini.


www.rencahmalaysia.blogspot.com



May 1, 2010

Aminulrasyid Amzah: APABILA ADA YANG MENANGGUK DI AIR KERUH


Kes budak umur 15 tahun yang mati ditembak Polis menjadi hangat dan hangit. Hangat apabila ibu si arwah mengatakan anaknya budak baik dan bukan seorang penjenayah dan hangit apabila ada ahli politik/badan bukan kerajaan yang cuba menjadi hero dengan menangguk di air keruh.

Blog ini tidak mahu mengulas benda yang masih dalam siasatan tetapi apa yang ingin dikupas oleh blog ini ialah sikap segelintir pemimpin politik dan NGO. Mereka ini cuba berlagak hero, ambil contoh Khalid Gereja MP PAS Shah Alam. Beliau dalam blog nya [klik sini] mengambil peluang mempamerkan keheroaan nya dengan mengeluarkan kenyataan media dengan hanya berdasarkan persepsi. Khalid sebagai pemimpin politik yang memang mula dibenci oleh penduduk Melayu Shah Alam akibat kisah sokongan ke atas penggunaan nama Allah oleh gereja Kristian menggunakan kes aminul ini untuk mendapatkan sokongan Melayu. Inilah modal dan saat untuk beliau menunjukkan kepada orang Melayu bahawa beliau adalah pendokong Melayu. Dasar opportunis. Dasar orang politik. Inilah juga yang dibuat oleh ramai lagi orang politik. Mereka menggunakan kes ini untuk mendapatkan simpati. Simpati kepada mereka dengan menimbulkan benci kepada Polis yang memang selama ini dikatakan sebagai penghalang kejayaan pembangkang. Entah apa yang bermain di otak pemimpin pembangkang sekarang. 

Dulu DAP dengan justice for Teo Beng Hock yang juga menghentam SPRM salah satu organ Kerajaan yang dikatakan penghalang kejayaan PR; dan sekarang PAS dengan justice for aminulrasyid yang menghentam Polis. PR akan mencuba sepenuh tenaga untuk menghancurkan  kredibiliti  dua organ Kerajaan ini (Polis dan SPRM) yang mana tentunya dengan kehancuran Polis dan SPRM pastinya PR berharap mereka akan berkuasa di Malaysia.

Berbalik kepada pemimpin NGO seperti GPMS, ternyata mereka ini juga cuba mencari populariti. Mereka bercakap berkenaan keadilan kepada Keluarga si mati tetapi tidak bercakap keadilan bagi pihak Polis. Adakah ini keadilan yang cuba dicapai oleh NGO-NGO ini? kalau inilah keadaannya,maka ternyata keadilan adalah perspektif semata-mata. Keadilan untuk popular. Bagi pemimpin seperti ini untuk menjadi glamour maka perlu disensasikan apa saja yang boleh mengundang sokongan orang ramai. Termasuk kes-kes seperti ini. Mereka gagal mengulas tentang kedudukan anggota polis pada masa itu yang mana jalan terakhir untuk menghalang pemandu kereta itu (aminul) daripada terlepas ialah dengan menembak kereta tersebut setelah usaha lain gagal.

Dari satu segi yang lain, apabila melihat fakta kes ini, ternyata ada 3 perkara yang perlu dijawab. Pertama, Keluarga si Mati gagal mengawas anak/ahli keluarga mereka sehinggakan budak berumur 15 tahun boleh menyusup keluar rumah pada pagi hari tanpa pengetahuan keluarga. Kedua, bagaimana budak yang berumur 15 tahun boleh memandu kereta keluarga? tentunya dia ini tiada lesen memandu. ketiga, ada perkara yang menarik berdasarkan kepada report polis kawan si mati [baca report disini] si mati membawa kereta dengan lajunya tanpa menghiraukan keselamatan orang ramai; kawan si mati terdengar bunyi tembakan polis  ke tayar kereta tetapi si mati tetap meneruskan pemanduan tanpa berhenti? apa maknanya ini?

Secara peribadinya, blog ini merasakan bahawa pertama, keluarga si mati gagal mengawal anak/ahli keluarga mereka. kedua, keluarga memang tidak tahu apa aktiviti anak/ahli keluarga mereka. ketiga, pasti sebelum ini keluarga membenarkan anak mereka memandu tanpa lesen walaupun mereka tahu ia menyalahi undang-undang dan membahayakan keselamatan orang lain. keempat, remaja sekarang amat advance. kalau kita cuba menyamakan pemikiran remaja umur 15 tahun sekarang dengan remaja umur 15 tahun tahun 1980'an ternyata kita SANGAT-SANGAT SILAP, remaja sekarang amat-amat bijak dan nakal berbanding remaja pada tahun-tahun 80`an dan 90`an.. Kelima, pengaruh video game. Anda pernah dengan Grand Theft Auto? [klik sini untuk baca kes tentang pengaruh GTA di Amerika]. GTA merupakan satu video game yang mana anda sebagai seorang penjenayah akan mendapat point dengan membuat kekacauan. Kekacauan anda itu dibuat melalui kenderaan. Anda akan dapat pangkat antara tertinggi dengan membunuh/melanggar anggota polis. Adakah si arwah sebenarnya terpengaruh dengan game ini? 

Untuk penamat, anda digesa membaca artikel di bawah tentang kes JPJ baling kerusi kepada mat motor yang heboh pada tahun 2006. Ada cadangan untuk menyaman keluarga mat motor itu kerana membiarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen. Mungkin juga ini perlu dipertimbangkan untuk dibuat kepada keluarga si Aminulrasyid ini. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com
-----------------------------------------------

Kes baling kerusi: Polis akan ambil keterangan ibu bapa 
KANGAR: Polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa pelajar yang cedera setelah terjatuh daripada motosikalnya dipercayai dibaling dengan kerusi logam ketika cuba mengelak sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Md Diah hari ini berkata ibu bapa pelajar itu akan dipanggil untuk diambil keterangan secepat mungkin memandangkan adalah satu kesalahan membenarkan anak mereka yang tidak memiliki lesen menunggang motosikal ke sekolah.

Polis dan JPJ boleh ambil tindakan saman terhadap ibu bapa pelajar berkenaan selain pelajar itu sendiri, katanya pada sidang media selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim melawat pelajar terbabit, Muhammad Taufik Meh, di wad Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Muhammad Taufik, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SMKSs), yang tidak memiliki lesen memandu dan tidak memakai topi keledar terjatuh daripada motosikalnya dipercayai dibaling dengan kerusi ketika cuba mengelak sekatan jalan raya JPJ di Km8, Jalan KangarArau semalam.

Ketika kejadian, pelajar itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Belat Raja, Tambun Tulang, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari SMKSS, untuk mengambil ibunya Norhalita Abdullah, bagi urusan pertukaran sekolah.

Penduduk sekitar yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya bertindak di luar batasan apabila memukul dua anggota JPJ yang bertugas berikutan mendakwa penguatkuasa itu bertindak keterlaluan dengan membaling kerusi ke arah pelajar terbabit.

Sementara itu, Yusof berkata pihaknya telah mengambil keterangan anggota JPJ yang terlibat dan saksi insiden berkenaan selain mengadakan perbincangan dengan Pengarah JPJ Perlis Zahari Awang Senik.

Katanya polis ketika ini sedang mengenal pasti penduduk kampung yang terlibat dalam kejadian memukul itu.

Zahari yang turut hadir pada sidang media itu berkata pihaknya masih belum dapat memastikan siapakah yang membaling kerusi itu seperti didakwa dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan.

Beliau berkata dua anggota penguatkuasa yang ditumbuk itu bertugas seperti biasa hari ini dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka sekiranya didapati benar bertindak secara keterlaluan itu.

Selain itu, JPJ juga mungkin akan menyaman pelajar terbabit, katanya. BERNAMA