Mar 26, 2010

MP PKR HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA: PILIHANRAYA KECIL LAGI LA GAMAKNYA

Al-Fatihah Buat Ahli Parlimen Hulu Selangor



MP Hulu Selangor meninggal dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak. Dr. Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor. 

Taminsari : Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al Fatihah. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Suara Politik

Sedikit ulasan tentang allahyarham Dr. Zainal Abidin.

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun. 

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk 
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia. 

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.



Asal sebagai cikgu 

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Mar 25, 2010

USTAZAH ISTERI AHLI BEKAS KETUA DEWAN ULAMA PAS PERLIS DIPAKSA BUAT SEKS?

KANGAR: “Dia hanya pentingkan kepuasan seks semata-mata. Dia tetap mahu saya layan (nafsu) dia walaupun tahu ketika itu saya sakit sebab naik bisul di punggung,” kata Siti Rosmala Mohamad, 38, isteri kepada bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman, 60.

Kenyataan itu dimaklumkan Siti Rosmala, yang juga seorang ustazah di sebuah sekolah menengah di Kodiang, Kedah ketika memberi keterangan sewaktu prosiding tuntutan fasakh di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, di sini, semalam.

Tuntutan fasakh itu difailkan Siti Rosmala di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, melalui peguamnya, Shazril Khairy Mustafa, pada 15 Februari 2008, manakala Abdul Rashid selaku defendan diwakili peguam, Zulmi Sabri. Siti Rosmala memaklumkan mahkamah bahawa suaminya itu hanya mementingkan kepuasan seks semata-mata, tanpa mengambil kira sama ada dirinya berada dalam keadaan sihat ataupun tidak.

Beliau berkata, pernah suatu ketika dia diminta melayani batin suaminya itu, sedangkan sebelum itu mereka sudah hampir seminggu tidak bercakap kerana bergaduh, apatah lagi sebelum itu dia dimarah dan dipukul suami.

“Malah, suami saya itu juga tergamak meminta saya melayani nafsu seksnya antara tempoh 30 Disember 2007 hingga 4 April 2008 lalu, sedangkan ketika itu kami sudah tidak bertegur kerana ‘perang besar.’

“Paling teruk, selepas selesai persetubuhan, suaminya itu terus mengarahkan supaya keluar dari bilik untuk tidur bersama anak,” katanya.
Sementara itu, Siti Rosmala berkata, demi memenuhi nafsu batinnya itu, suaminya tergamak mengheretnya dari ruang tamu ke bilik, walaupun ketika itu mereka tidak lagi bertegur sapa.

Paling menyeksakan katanya, suaminya juga mahukan seks sedangkan menyedari ketika itu dia terlalu sakit kerana dinaiki bisul pada punggung.

Hakim kemudian menetapkan 27 Mei nanti untuk sambung bicara.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

dipetik dari sini  

Mar 21, 2010

APABILA KETUA JADI KE- TUA!

Apakah tugas ketua? ketua adalah seorang pemimpin. Ketua mempunyai pengikut dan pengikut akan taat dan setia kepada pemimpin. Kata - kata ketua merupakan arahan dan perlu diikuti. Pemimpin/ketua ini tentunya dihormati dan disayangi (tak pun digeruni). Pemimpin juga akan memastikan pengikut-pengikutnya tetap dalam kesatuan mereka. ini untuk mengelakkan pecah belah, ingkar perintah dan keluar dari kesatuan. Kalau ada pengikut yang keluar kesatuan tak mengapa. Itu hak individu. Tapi kalau dah berlambak pengikut yang keluar kesatuan tentunya ada masalah dengan ketua/pemimpin. tentunya Ketua ini gagal menjalankan tanggungjawab mengawal dan memimpin pengikutnya. Kalau pemimpin yang gagal menjalankan tanggungjawab maka dia perlu ditukar. Sama juga jika ketua itu korup, berpenyakit jiwa/mental dan seorang yang lemah. Dia juga perlu diganti. 

 jadi, kalau ramai sangat ahli keluar parti, maka ini menunjukkan bahawa parti itu ada masalah. Dan tentunya Ketua/pemimpina parti itu juga ada masalah. Ini juga menandakan bahawa ketua itu adalah lemah dan tidak layak menjadi ketua apatah lagi menjadi penasihat parti. Maka gantikan sahaja Ketua itu. 

www.rencahmalaysia.blogpsot.com

MALAYSIAKINI YANG PENUH DENGAN BADUT DAN PENGKHIANAT SERTA AGEN PROVOKASI PEMUSNAH NEGARA!

Anda perlu membaca disini tentang Malaysiakini.

Komen pennulis ialah, Malaysiakini dipenuhi penulis anti Malaysia, Anti Kerajaan, anti keamanan, anti melayu dan anti kebangsaan.

Orang-orang dalam Malaysiakini hanyalah pencetus provokasi, pemusnah keamanan, penghancur perlembagaan dan paling penting mereka ini cuba memecah belahkan perpaduan negara dengan cuba memisahkan Sabah daripada Malaysia.

Jadi seharusnya mereka ini disumbat dalam ISA. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Mar 19, 2010

APABILA RAHSIA PKR SUDAH PECAH!l: UCAPAN PENUH YB LOMPAT BAYAN BARU

Teks Penuh Ucapan YB Bayan Baru di Parlimen 18 Mac 2010


Dato Yang Di Pertua,

Semalam saya telah mendedahkan suatu kebenaran yang terpendam begitu lama. Memang berhadapan dengan kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan, 'the truth hurts'. Sebab itulah kita dapat melihat reaksi yang bagaikan chimpanzee didalam sarkis semalam. kerana kebenaran itu menusuk kalbu mereka.

Nasihat saya kepada mereka, terimalah kebenaran dengan hati terbuka. kalau saudara memilih untuk terus hidup dibawah sindrom penafian 'denial syndrome' itu adalah ahak saudara. Tapi suatu ingatan daripada saya, kalau saudara memilih untuk hidup dibawah sindrom penafian kepada konspirasi pembohongan ini, kebenaran itu akan datang menghantui saudara dan menjadi suatu mimpingeri buat saudara kemudian hari nanti.

Sebenarnya saya memilih untuk membuat pendededahan ini kerana mereka memilih untuk memalukan dan mengaibkan saya serta keluarga. 'They hit below the belt' Mereka memilih untuk memfitnah dan membawa cerita palsu dengan niat untuk membunuh karektor dan peribadi saya. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali meneruskan fitnah dengan membuat kenyataan dua hari lepas bahawa proses pembersihan telah selesai dan PKR kini sebuah Parti yang bersih dari daki dan najis.

Saya ingin menegaskan bahawa memang Tuhan telah melakukan proses pembersihan didalam PKR. memang kami yang bersih dan suci sudah dikeluarkan daripada PKR, yang tinggal didalam PKR sekarang hanyalah mereka yang berdaki dan najis sahaja. saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku SHIT tulisan sasterawan negara Professor Emeritus Dato Shahnon Ahmad. Memetik kata-kata Dato Shahnon Ahmad, apa yang tinggal didalam PKR hari ini hanyalah SHIT sahaja. Dan Hari ini, di dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan SHIT tersebut supaya rakyat tahu dan tidak terus terpedaya dengan mainan politik silap mata PKR ini.

Pada 12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah daripada PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada mana-mana Parti. asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keyakinan saya kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat sudah diselubungi keraguan.

Keraguan saya adalah berdasarkan kepada landasan perjuangan Paktan Rakyat yang berteraskan reformasi dan pengubahan sudah menjadi agenda peribadi. ini terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September terbongkar, agenda merampas Putrajaya 'at all cost' keghairahan mereka terhegeh-hegeh menghantar deligasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB Bukit Lanjan, YB Machang dan lain-lain ke taiwan membontoti Ahli Parlimen Barisan Nasional demi melaksanakan agenda sempit mereka.

Saya masih teringat pada masa itu kami Ahli parlimen pakatan Rakyat diperkudakan, diperalatkan dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah lebih daripada mencukupi. saya masih ingat anrata nama-nama yang disebut adalah seperti YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang dan lain-lain. Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR.

yang Di Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah MP BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk PR membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan yang Di Pertuan Agong dikatakan sudah berkenan dan merestui YB Permatang Pauh sebagai PM ke 6. Malahan nombor plate kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6! kami disogok cerita kononnya Panglima ATM dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Peesekutuan oleh PR.

Pada masa itu, kami Ahli-Ahli Parlimen PR khususnya PKR pada masa itu diarah berada didalam kawasan Parlimen untuk mengambil alih kuasa tersebut yang dikatakan akan berlaku bila-bila masa. kami dibohongi kononnya salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadap Kerajaan Persekutuan dan menyokong PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Begitulah sandiwara pembohongan 16 September yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadapa perjuangan PKR, 'doubt has overtaken my faith'.

keyakinan saya terhadap perjuangan PR hancur berkecai apabila melihat amalan politik sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan YB Bagan, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. YB Bagan ini adalah pemimpin DAP yang sama yang dihambat dan ditendang keluar oleh DAP Melaka. ( YB Kota Melaka tentu tahu kisah ini ). sehingga terpaksa merempat ke negeri lain, iaitu Pulau Pinang. makin hari makin terserlah sikap diktatorial, chauvinis, ekstremis, anti islam dan berfikiran ala komunis beliau. dahulu slogannya ' malaysian Malaysia tetapi apabila slogan itu menjadi propaganda bankrap yang ditolak rakyat, slogan baru Middle malaysia pula dikompangkan. Slogan bertukar kulit, agenda jahatnya tetap sama!

Slogan baru ini jelas membuktikan agenda perkauman sempit yang dibawa oleh YB Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam terpinggir dan semakin teraniaya. bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya, malahan institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat Zakat menjadi mangsa politik chauvinis mereka, malahan cubaan membatalkan sambutan perarakan maulidurasul membuktikan sikap anti Islam yang menebal dibawah kepimpinan YB Bagan.

namun YB Bagan bukan sahaja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tomahan yang jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat didalam tender Kelab Golf Bukit Jambul melalui syarikat bermodal RM2 yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan. Saya telah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia.

dan yang paling malang, tindak tanduk diktatorial, chauvivis, ekstremis, anti Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan daripada YB Permatang Pauh, seorang pemimpin Melayu yang kononnya menjadi juara Islam, Juara Keadilan dan juara segala juara.

Dan sikap YB Permatang Pauh ini telah mengembalikan ingatan saya kepada lipatan sejarah yang lalu. Kini saya menyedari bahawa kita, rakyat dan negara ini berdepan dengan manusia yang bertopeng pelbagai watak raksaksa pelbagai wajah. Ini juga watak yang sama yang menyokong pemecatan mantan ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas pada tahun 1988 yang membawa kepada kehancuran badan kehakiman. Dan inilah badan kehakiman yang mempertikaikan kewibawaannya oleh YB Permatang Pauh hari ini. Alngkah Ironisnya, bagaimana roda keadilan berputar, dahulu beliau bertindak menzalimi badan kehakiman, kini beliau pula mendendangkan lagu dizalimi oleh institusi yang beliau zalimi.

Kita tidak lupa inilah juga wataknya yang membiarkan Almarhum Datuk Mufti Selangor Dato Ishak baharom dipecat, dan hari ini mendabik dada kononnya dia mahu memperkasa Institusi Islam. dan jangan lah kita lupa inilah orangnya yang semasa berkuasa dahulu menggelar sahibul fadilah Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am PAS sebagai ulama terompah!

Inilah orangnya yang menjadi Hang Tuah membinasakan Institusi Raja-Raja Melayu apabila kekebalan Raja-Raja Melayu berbangkit tahun 1980an. Dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Sejarah tidak berbohong, dan sejarah akan membuktikan bahawa kita sedang berdepan dengan seorang manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Political expediency at all cost. Putrajaya sudah menjadi seperti milik mutlaknya, tetapi saya yakin Putrajaya akan berubah menjadi mimpi ngeri beliau.

saya cukup yakin keputusan saya meninggalkan PKR dan berhijrah adalah tepat dan benar. Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan ini. saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya.

Dato Yang DiPertua, Yang Di Pertuan Agong dalam titah ucapan baginda melahirkan kedukacitaan tentang perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru termasuk media portal.

saya menyokong penuh titah Tuanku ini dan ingin menegaskan bahawa titah Tuanku itu sebenarnya ada kaitan dengan sikap political expediency at all cost ini yang tidak terhenti kepada politikus-politikus bertopeng ini, malahan menular ke mouthpiece mereka iaitu media portal MalaysiaKini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana perbuatan politik bertopeng pelbagai wajah ini memperkudakan media portal untuk agenda jahat mereka.

baru-baru ini saya telah terpilih mengikuti rombongan lawatan kerja deligasi Parlimen Malaysia ke Washington DC untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia - Amerika termasuk menambah baik hubungan dagangan Malaysia-Amerika. Ini termasuk lawatan ke Kongres, Senat dan US Trade Representative dan menghadiri forum tertutup yang dianjurkan oleh CSIS ( Centre For Strategic & International Studies ) Amerika Syarikat.

Saya sangat terkejut apabila penganjur daripada CSIS memaklumkan kepada kami bahawa ada menerima panggilan dari seorang pembantu khas YB Permatang Pauh bernama Aasil kazi Ahmad yang meminta pihak penganjur CSIS membatalkan forum tersebut. Ini adalah kerana selama ini YB Permatang Pauh telah memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak Amerika dan menentukan apa jenis maklumat yang boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran Amerika. Namun senario ini berubah dengan usaha gigih YB Rompin merangkap Duta Besar yang baru Ke Amerika dan YB padang Rengas Menteri di JPM. Usaha ini telah berjaya memecahkan topeng politik mereka.

Dato Yang DiPertua, setahu saya Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang 'spin doctor' bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka. Saya mendesak KDN untuk menyiasat watak bernama Aasil ini. Apakah dia mempunyai permit bekerja dalam negara ini, dan sama ada beliau sebenarnya antara dalang-dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan negara. Saya mengesaki Aasil adalah warga Amerika keturunan Pakistan, seorang warganegara asing yang pada saya adalah pengkhianat bagi negara ini. bagi saya. Malaysia tidak memerlukan pengkhianat asing seperti ini. Saya mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas dengan menghalau watak pengkhianat seperti ini.

selanjutnya semasa forum tertutup tersebut, hanya wakil media dari MalaysiaKini yang datang dari san Francisco dibenarkan oleh penganjur hadir membuat liputan. Apa yang mengejutkan saya, laporan awal mengenai forum tersebut tidak pula dilaporkan dalam MalaysiaKini, sebaliknya muncul dilaman portal kononnya dimiliki oleh Raja Petra, seorang fugitive yang bankrap yang kini didalam pelarian. Ini adalah laman web yang sering dipergunakan oleh pimpinan PR untuk melempar fitnah terhadap sesiapa yang menjadi sasaran mereka, terutamanya yang tidak sehaluan dan tidak menyokong mereka secara membabi buta. Ternyata laporan awal wakil MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!

Dan laporan mengenai forum berkenaan, yang disiar dilaman portal milik Raja Petra tersebut sarat dengan fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Sehari dua selepas itu, lamanweb malaysiaKini pula menyiarkan laporan mengenai forum tersebut dengan memetik daripada laman web milik Raja Petra tersebut, tetapi tanpa fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Ini jelas membuktikan MalaysiaKini dan Raja Petra bersekongkol 'hand in glove' dengan pemimpin PR untuk melakukan putarbelit laporan dan character assassination terhadap sesiapa juga yang menjadi batu openghalang kepada impian mereka merampas Putrajaya at all cost.

saya yakin dengan teguran Tuanku tepat pada masanya, dan saya menyokong penuh. saya mendesak Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh dan mendalam terhadap kedua-dua laman portal MalaysiaKini dan Raja Petra, terutamanya samaada mereka menerima pembiayaan kewangan daripada politikus-politikus bertopeng ini.

saya ingin mendedahkan bahawa sebenarnya Raja Petra ini hanyalah barua politikus-politikus bertopeng ini. Beliau ini hanyalah bertindak sebagai ghost writer, penulis berhantu sahaja. Penulis hantu sebenarnya adalah mereka yang menjadi mercenary writer- penulis-penulis upahan yang dibayar oleh mereka. Dan saya tahu Raja Petra kini dilindungi disebuah kediaman mewah di London milik pemimpin kanan PKR. InsyaAllah tiba masa yang sesuai saya akan dedahkan siapa dalang yang membiayai penulis-penulis hantu ini.

Saya ingin menyatakan bahawa saya kenal pasti salah seorang penulis MalaysiaKini iaitu Terence Netto adalah penulis upahan mereka yang menjadi spin doctor kepada politikus bertopeng ini. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas fahaman 'Machiavelli' boleh mati terkedu. Ini kerana Machiavelli merumus dasar matlamat menghalalkan cara untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Sebaliknya para politikus bertopeng ini menyalahgunakan dasar tersebut untuk mencapai agenda sempit kepentingan manfaat peribadi mereka.

Dato Yang Di Pertua, saya menjemput Dato dan mereka yang berminat untuk membaca semua tulisan Terence Netto ini dan membuat penilaian sendiri. tetapi saya yakin tiada rumusan lain yang akan dapat dibuat melainkan bahawa Malaysiakini, Raja petra, terence Netto adalah barua-barua dan penulis hantu kepada politikus-politikus bertopeng ini.

saya mendesak supaya Suruhanjaya Multimedia dan SPRM untuk menyiasat penulis upahan Terence Netto dan dalang-dalang dibelakang beliau. Negara ini tidak memerlukan manusia bertopeng seperti ini.

Dato Yang Di Pertua, teguran YDP Agong hendaklah diambil dengan serius. saya mengingatkan diri saya dan rakyat negara ini bahawa jika tiada sebarang tindakan serius diambil terhadap mereka ini, percayalah bahawa budaya fitnah memfitnah akan tumbuh subur dan mekar dalam negara tercinta ini. dan janganlah kita menyesali kelak apabila budaya ini menjadi lumrah dalam masyarakat kita. Sekiranya budaya ini berterusa, saya yakin itulah petanda kepada kehancuran tamadun dan peradaban negara Malaysia yang tercinta ini.

Dato Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini menegur pimpinan Kerajaan BN. Saya melihat keupayaan pimpinan PR menjalankan kegiatan memburukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara kita adalah kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan untuk menangani masaalah tersebut dengan serius dan terancang.

Contohnya, saya melihat perwakilan Malaysia diluar negara seperti Duta dan Diplomat gagal menjalankan peranan untuk membuat program penerangan yang jelas dan berkesan. Ada yang mengambil sikap tugasan mereka sekadar satu kerja mencari makan. habis waktu pejabat habislah tugas mereka. Saya percaya ramai para duta dan diplomat yang agak profesional dan pakar dalam tugasan mereka. Namun begitu kekadang mereka 'overlook' kepentingan politik dan impak sesuatu isu kepada negara.

Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya menilai semula strategi dan kaedah lantikan para duta dan perwakilan Malaysia ke luar negara. Terutamanya ke negara-negara kritikal seperti Britain, Australia, Turki, Indonesia, India dan negara Timur tengah. saya mencadangkan agar kerajaan melantik ahli politik berpengalaman sebagai Duta malaysia ke negara-negara kritikal ini. saya melihat bagaimana keputusan melantik YB Rompin sebagai Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat membawa kesan yang positif dalam menangani masaalah ini.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan para Diplomat kita. Saya sedar dan insaf ramai dikalangan mereka telah berjaya mengukir nama sebagai Diplomat yang hebat dan profesional. Nama seperti Tan Sri Razali Ismail adalah contoh yang pernah mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Namun saya berpendapat bahawa di negara-negara kritikal ini, seorang Duta yang mempunyai pendedahan dinamik dunia politik tempatan khususnya akan dapat memainkan peranan lebih efektif.

Akhirnya YB Tan Sri Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja YB TS Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja Yang Di Pertuan Agong yang pada saya memberi suatu garis panduan dan halatuju yang positif untuk dijadikan sebagai wadah untuk kerajaan melaksanakan dasarnya demi kebaikan dan kebajikan rakyat dan negara ini.

Sekian, Terima Kasih

Saya pohon menyokong.


Dipetik daripada

Mar 11, 2010

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan: Kontrak disambung lagi

Penulis dimaklumkan bahawa kontrak KSN akan disambung sehingga Jun 2011. Sayang seribu kali sayang apabila PM masih memilih Sidek sebagai KSN. Blog ini pernah bercerita tentang KSN di sini.

PM mungkin tidak tahu bahawa KSN ini tidak disukai oleh ramai orang. Dia dikatakan suka membuat keputusan mengikut emosi dan tidak berlandaskan peraturan. Ramai pegawai yang diturunkan pangkat hanya kerana kesilapan kecil atau pun hanya kerana tidak dapat melaksanakan sesuatu kerana kengkangan peraturan sedia ada. 

Bagi KSN ini, dia hanya menggunakan perasaan nya sahaja dalam membuat keputusan. Tanyalah sesiapa pun yang ada dalam mesyuarat dengan KSN, apa yang mereka lihat dan rasa. Ada beberapa pegawai yang memaklumkan penulis bahawa mereka akan buat pulut kuning kalau KSN ini tidak disambung semula kontraknya. 

MUngkin PM perlu melihat semula siapa yang dipilihnya kerana disebabkan oleh KSN inilah maka PRU12 BN kalah kerana kakitangan Kerajaan tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada Kerajaan. Penghargaan dalam bentuk bonus ini "malu" di minta oleh KSN dan akibatnya ialah Perak, Kedah, Selangor dan WP telah jatuh ke tangan pembangkang. 

Adaklah ini yang mahu PM lihat? orang yang menyebabkan kakitangan Kerajaan menjadi anti Kerajaan. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Mar 10, 2010

KELUAR PARTI: TIAN CHUA PUN NAK BLAH DARIPADA PKR?

Tian Chua pun nak keluar?


Semasa insiden di Kelab Sultan Sulaiman dua malam lepas, laman blog PKR melaporkan berikut:
Tetapi Tian Chua yang terkenal dengan reputasi sering menghalang trak polis dengan menjadikan dirinya sebagai 'perisai' kali ini menyeru orang-ramai supaya mengikuti arahan polis dengan memasuki premis Kelab Sultan Sulaiman.
Lain macam saja ini. Desas desus Tian Chua akan keluar parti sudah mula tersebar sejak Anwar lebih memberi keutamaan kepada Chua Jui Meng.

Malaysia Instinct menulis Kalau Tian Chua Pun Keluar Parti.....Sah PKR Akan Mati. Antara lain yang membuat mereka suspek ada kerana berikut:
Kalau mengetahui sikap Tian Chua selama ini, pertama sekali dia tidak akan bercakap kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia dan PKR adalah umpama minyak dengan air yang tidak boleh bercampur.

Namaun dia bersuara kepada akhbar itu dan memberikan jawapan dalam bentuk teka-teki.

"Kena tunggu saya buat pengumuman (mengenai pendirian sebenar), tunggulah...,"

Lojiknya, kalau dia tidak mahu tinggalkan PKR, pastinya dia akan cakap terus masa itu juga.

Mengapa pula dia suruh tunggu dulu?

Pelik bukan....Kalau perlu tunggu untuk tahu pendirian sebenar, maka memang tiddak boleh dinafikan bahawa Tian Chua sedang mempertimbangkan sama ada mahu kekal atau tidak.

Ramai Ahli Parlimen dan pemimpin PKR yang keluar parti itu pun asalnya bercakap dalam nada yang hampir sama.
Pengakhir kata:
Namun, apa yang pasti, jika Tian Chua keluar PKR...maka hampir 110 peratus pasti PKR akan terkubur tidak lama lagi.

Reformasi dan PKR itu Tian Chua dan Tian Chua itu adalah Reformasi dan PKR.
Habislah Anwar.

Ada teori kata Tian Chua tidak akan rayu lagi jika Mahkamah Tinggi menolak permohonan merayu atas hukuman enam bulan penjara. Dia akan membiarkan kerusi Batu di pertandingkan untuk diguna Anwar sebagai pentas.

Jadi UMNO jangan suka sangat pasal lompat parti. Kuatkan diri dan hentikan sengketa sesama sendiri.

dipetik daripada sini  

www.rencahmalaysia.blogspot.com

MYKMU : Artikel dalam MYKMU disekat kerana dikategorikan sebagai lucah?



Pada pagi ini apabila penulis cuba mengakses artikel yang terdapat dalam laman web MYKMU.net, penulis telah dikejutkan dengan capaian ini. Nampaknya artikel dalam MYKMU telah disekat atas alasan ia adalah "pornography". 

Adakah ini salah satu daripada cara terdesak yang digunakan oleh pihak anti Kerajaan dalam menghalang usaha rakyat daripada mengakses laman web pro Kerajaan? 

www.rencahmalaysia.blogpot.com 

Mar 9, 2010

Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan: Akhirnya yang berkuasa di bandar-bandar adalah bukan Melayu


Bagaimana hak & kuasa orang melayu di Pulau Pinang dan Selangor secara sistematik dihapuskan.?Sebelum isu Guan Eng khalifah sosialis cina melaka ini bangkitkan pilihanraya kerajaan tempatan,sudah terdapat usaha ini di Selangor,Usul untuk mengadakan election kerajaan tempatan (PBT) dibentangkan oleh Adun DAP pada 28 Okt 2008,yang menariknya ia mendapat sokongan padu oleh adun PKR dan DAP,manakala PAS tidak menyokong usul ini dan hanya berpeluk tubuh.

MB Selangor Khalid Gagap telah memaklumkan bahawa rangka kerja kearah itu perlu disusun bagi memastikan pilihanraya kerajaan tempatan terlaksana.

Aktivis masyarakat cina dan
india telah membuat pembentangan di mesyuarat MTES pada 3 Julai 2009.mereka telah perincikan langkah yang perlu dibuat bagi mengadakan pilihanraya tersebut cadangannya akan diadakan pada bulan Julai 2010.

Apakah implikasinya?

Jika ia diluluskan maka terhapuslah penguasaan kerajaan negeri pada kerajaan tempatan,dan masyarakat cina dan
india akan menguasai PBT di bandar.

Bayangkan berapa banyak PBT yang hanya di kuasai oleh orang melayu di seluruh Selangor dan Pulau Pinang?Berapa ramai melayu yang tinggal di kawasan bandar?Berapa ramai exco berbangsa melayu yang mengangotai exco PBT atas lantikan parti politik?

Adakah anda rela PBT punyai exco tempatan yang dikuasi oleh chauvanist cina dan menjadikan bandar bandar Selangor dan Pulau Pinang sebagai salah satu pusat pentadbiran mereka.

Pisau melihat isu dalam konteks negeri Pulau Pinang hampir keseluruhan kerusi exco PBT akan dikuasai oleh bukan melayu.

Usaha secara halus ini secara tidak langsung memudahkan gerak kerja menghambat orang melayu keluar dari bandar,malahan pelbagai implikasi akan timbul seperti bebas mendirikan kuil dan rumah ibadat ditanah milik kerajaan tanpa had.Menghapuskan kuota penduduk bumi di sesuatu kawasan perumahan,memudah milik hartanah dan pemberian lesen hiburan tanpa kawalan.

Implikasi pilihanraya PBT harus dilihat secara mendalam oleh kaum melayu,jangan hanya berkiblatkan parti politik anda menghalalkan cara tanpa memikirkan untung nasib bangsa sendiri.


Pisau kata " exco majlis perbandaran melayu bakal dihambat keluar" 

www.rencahmalaysia.blogspot.com 
Dipetik daripada sini 

APABILA MELAYU BERSATU PERJUANKAN HAK: SIN CHEW JIT POH KATA MELAYU BERKHAYAL!

www.Rencahmalaysia.blogspot.com

Dipetik daripada sini 


1. Pada 27 Februari lalu, 76 buah NGO Melayu telah berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur untuk bersatu/bergabung bagi mempertahankan hak-hak kaumnya yang semakin terhakis dan terancam.

2. Pada 2 Mac pula, Tay Ting Yan, Timbalan Editor SCJP, telah mengkritik dengan sinis usaha suci tersebut. Kritikannya bersandarkan fakta yang separa benar dan diputar-belitkan pula:

• Membandingkan kaum Melayu umpama orang kulit putih di Amerika dan kaum Han di China manakala orang Cina di negara ini pula umpama Red Indian di Amerika dan orang Tibet dan Uighur di China;
• Prakarsa 76 buah NGO Melayu itu adalah satu khayalan (Quixotic), umpama tindakan khayalan Don Quixote.

3. Fakta Tay adalah benar dari segi kedudukan bilangan majoriti / minoriti penduduk yang dibandingkan itu – Melayu / kulit putih / Han adalah golongan majoriti di negara masing-masing manakala kaum Cina / Red Indian / Tibet / Uighur adalah kumpulan minoriti di negara yang sama. SEMUA orang tahu hakikat ini.

4. Apa yang tidak benar ialah dari segi kedudukan ekonomi kaum / golongan yang dibandingkan itu. Kedudukan ekonomi kaum Melayu (majoriti) sama kedudukannya dengan ekonomi Red Indian / Tibet / Uighur (minoroti) iaitu berada di tahap yang lebih rendah dari orang Cina (minoriti) dan orang kulit putih / Han (majoriti). Hakikat ini juga diketahui oleh SEMUA orang.

5. Untuk berlaku adil dan tepat dari segi fakta, Tay sewajarnya membandingkan komposisi penduduk dan kedudukan ekonomi di Malaysia dengan negara-negara seperti Fiji dan Afrika Selatan, Uganda dan Rhodesia. Ianya sebanding di mana kaum minoriti / pendatang menguasai ekonomi negara-negara berkenaan.

6. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang sedemikian terhimpit itu dan ditambah pula oleh hak dan kuasa yang semakin terhakis serta terus diburu dengan pelbagai ancaman maka adalah naïf dan dangkal sekali untuk menyamakan usaha 76 buah NGO tersebut hendak membela serta mempertahankan hak kaum mereka sendiri (satu hakikat yang benar) dengan perbuatan bodoh Don Quixote itu.

7. Diharap SCJP dan Tay akan lebih bertanggungjawab lagi di masa hadapan dan berhentilah dari terus menghina kaum Melayu; sebaliknya berubahlah kepada paradigma baru iaitu berbaik sangka, tolong menolong antara satu sama lain di bawah payung 1Malaysia demi kemakmuran, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.
Terjemahan di bawah
Mengigau Dan Berkhayal Beramai-Ramai (2 Mac 2010)Penulis Tay Ting Yan sebagai timbalan editor akhbar ini
76 pertubuhan NGO Melayu dalam satu barisan tertubuhnya “PERKASA” berjanji mahu perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Saya tergesa-gesa melihat tarikh kalendar, hari ini bukan bertarikh 1 Mac 1946; memang betul hari ini bukan tarikhnya.
Jika perjuangan itu disebut pada tahun 1946, sudah tentu tepat pada masanya dan diterima dan boleh masuk akal.
60 tahun dahulu, orang-orang Bristish mahukan masyarakat yang terbuka dan adil di negara ini maka mereka merancang mahu tubuhkan “Malaya Faderation” tetapi tidak disenangi oleh orang-orang Melayu pada masa itu, kerana orang-orang melayu bimbang kedudukan orang-orang Melayu dan Islam tidak terjamin, sebab itu pada masa itu orang-orang Melayu bergerak dan berjanji mahu mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan Islam.
Tetapi sekarang ini adalah tahun 2010, adakah masa itu terencat kembali masuk pada tahun-tahun silam itu?
Penjajah yang memerintah kita telah lama berambus tinggalkan kita, perikatan dan Barisan Nasional sudah setengah abad terus memerintah tidak lepaskan kuasa, projek DEB sudah dilaksanakan lebih 40 tahun, orang-orang Melayu sudah pun berkuasa, berkedudukan, berpengalaman dan menjadi bangsa yang bermartabat.
Apa lagi yang mahu mereka pertahankan sekarang ini?
Cuba anda fikirkan dan bayangkan jika ada sekumpulan orang-orang Amerika kuiti putih mahu pertahankan kaum kulit putih, dan menolak hak orang-orang Red Indian yang curiga terhadap hak dan kuasa orang-orang kulit putih apa akan terjadi?
Ataupun NGO-NGO di negeri China mempertahankan hak orang-orang kaum Cina Han, supaya tidak dianiaya oleh orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur?
Di Amerika hanya dapat dengar orang-orang Amerika dengan sendirinya tubuhkan NGO-NGO pertahankan hak hak orang Red Indian, di negeri China, sebilangan orang-orang China yang sedar mahu perahankan hak-hak orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur yang dikatakan kaum minoriti.
Jika masa depan atau nasib sesuatu bangsa itu tergugat barulah dipetahankan, jika tidak ia hanya disebut Quixotic, jika tidak walaupun dikelilingi musuh, ia hanya untuk memenuhi kerakusan diri sendiri dan impian diri sendiri. Perkataan Quixotic ini datangnya dari perkataan Don Quixote penulis Spanyol 400 tahun lalu.
Don ceritakan kisah seorang penghuni di ceruk kampong, oleh kerana terlalu banyak membaca buku-buku cerita dongeng pahalawan, terjebak ke dunia khayalan, pada satu hari beliau ambil lembing dan perisai serta memakai baju besi pergi ke sebuah tasik untuk menjadi pejuang.
Apabila beliau nampak kincir angin beliau anggap itulah gergasi yang beliau mahu tewaskan, daun kipas kincir angin itu mematahkan lembing dan beliau terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.
Cerita kisah Don banyak jenakanya, akhirnya beliau sedar dari dunia khayalan itu, akhirnya beliau faham bahawa cerita di dalam buku cerita itu semuanya dongeng dan khayalan belaka.
Helo! Helo! Perkasa, GPMS, Mubarak dan lain-lain NGO-NGO Melayu, anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, berngigau dan dalam khayalan lagi? Cuepacs! Bukankah kamu semua pertubuhan Ngo kakitangan kerajaan? Kenapa tidak perjuangkan hak kakitangan kerajaan? adakah kamu semua termasuk salah haluan?
Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan perlembagaan Negara.
Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah Negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang-orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing.
Inilah yang sepatutnya dan masalah yang perlu difikirkan oleh kamu semua 76 buah NGO-NGO Melayu ini.

Mar 2, 2010

LOMPAT PARTI TIDAK SALAH EH LOMPAT PARTI PENGKHIANAT: TGNA? YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

LOMPAT PARTI TIDAK SALAH - NIK AZIZ

KOTA BHARU 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.klik

LOMPAT PARTI PENGKHIANAT - NIK AZIZ

KOTA BHARU 14 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya. klik


Dipetik daripada sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Terdapat 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan ANuwar Aljuburi... Pembangkang kata Umno beli... Pembangkang boleh cakap yang dia suka... tetapi yang meninggalkan PKR sebelum ini bukanlah seorang dua.. tetapi dah beratus ramainya...

Dari Ezam sampailah kepada Tan Tee Beng... ramai dah tu... Semua yang keluar ialah pendokong 'totok' reformasi yang berjuang bersama ANuwar sewaktu masa dahulu... orang yang percaya perjuangan Anuwar ... jadi bagaimana mereka boleh berubah hai sekelip mata dalam keadaan Pakatan Kuat dan PKR menjadi teraju... Jawapannya mudah kerana mereka rasa tertipu dengan Anuwar Aljuburi...

Strategi PKR bagi membunuh politik mereka pula dengan mendakwa UMNO membeli pemimpin ini... ianya hanya tuduhan niat jahat pemimpin Pakatan dan kroni mereka.. hakikatnya apa yang berlaku ialah masalah dalaman berlaku dalam PKR sangat teruk... semua pemimpin atasan sedang berebut kuasa.. ANuwar pula si tongong boneka DAP tak dapat mengawal dan 'favour' kepada beberapa pemimpin....

berikut ialah 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR:

1. Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu
2. Azan Ismail - Indera Mahkota
3. Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
4. Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah
5. Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh
6. Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah
7. Rashid bin Din - Merbok
8. Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor
9. Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang
10. Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Senarai nama ini sebenarnya diambil dari blog pembangkang Manjung Mari ni.. betul atau tidak ini hanya spekulasi semata-mata, kita tunggu tengok la dulu. Cuma kita harap sesangat lah, jangan ada pimpinan Pakatan yang menggelarkan mereka mereka ni sampah semata mata nak sedapkan hati penyokong saja dan sekaligus menutup kelemahan sendiri dalam pengurusan ahli.

Buktikan bahawa lompatan mereka mereka adalah disebabkan oleh ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin PKR sendiri mendokong perjuangan parti. Perlu telus dalam kenyataan bukan sekadar melepas diri dari tanggungjawab.

APa lagi... jom keluar beramai-ramai dari PKR!!!

dipetik daripada sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com