Ramai orang menyatakan bahawa kegagalan BN dalam pilihanraya ke 12 adalah disebabkan oleh pelbagai alasan tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan BN dalam PRU12 ini adalah disebabkan "sway" kakitangan kerajaan sendiri. Kakitangan kerajaan tidak lagi mengundi kerajaan. Kenapa? terdapat cakap-cakap bahawa jawapan kepada soalan itu ialah KSN Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Mereka beranggapan bahawa KSN telah gagal menbuatkan kakitangan kerajaan berpuas hati dengan polisi kerajaan. Maka tidak hairanlah disebabkan oleh KEGAGALAN KSN SENDIRI maka kakitangan kerajaan tidak lagi menaruh kesetiaan dan kepercayaan kepada kerajaan sendiri. Dan kakitangan kerajaan pun mengundilah pembangkang. Tahniah KSN.
Tan Sri KSN mesti mengambil tahu hal ini. Walaupun secara asasnya beliau telah merombak delivery system di Malaysia ini tetapi dasar itu kurang/tidak popular langsung dikalangan penjawat awam. Dari cakap-cakap yang diterima, dasar-dasar KSN ini hanya membebankan beban tugas yang ditanggung oleh penjawat awam. KSN mesti "review" semula dasar-dasar beliau. Ataupun golongan ini meminta supaya KSN "undur" dari kerusi KSN. Lebih mudah dan senang kalau begitu.
menurut cakap-cakap tersebut antara kegagalan KSN ialah :
1. Mendapatkan saguhati untuk tahun 2007.
Dengan bermodalkan "segan" untuk berbicara kepada PM tentang saguhati itu dan "gaji sudah dinaikkan" maka KSN telah gagal mendapatkan apa yang dipinta oleh penjawat awam Malaysia.
Kalau KSN, sebagai ketua penjawat awam negara, beliau "segan" berjumpa PM untuk dan berbicara tentang hal saguhati anak buahnya( penjawat awam seluruh Malaysia) maka beliau tidak layak menjadi KSN. Beliau tidak layak menjadi ketua kepada penjawat awam di Malaysia.Kalau beliau tidak mampu bersuara, siapa lagi yang boleh diharapkan oleh penjawat awam Malaysia? . Oleh itu seharusnya beliau "undur" diri dari menjadi KSN.
KSN , yang gajinya tinggi berkali ganda dari seorang pegawai awam biasa, boleh hidup senang tanpa saguhati. Tetapi bagaimana pula seorang PAR yang mendapat gaji sekitar RM 800- ke Rm 1200 untuk membeli baju sekolah anak, baju raya anak dan ect..bagaimana PAR ini hendak menguruskan kewangan beliau? untuk pengetahuan KSN, sebulan selepas gaji naik, harga barangan naik mendadak sehingga 30% untuk sesetengah barangan. Perkara ini harus difikirkan oleh KSN.
2. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)
PTK adalah menyusahkan dan tidak memberi manfaat kepada ramai penjawat awam. INi terbukti apabila hanya mereka yang tahu menghafal dan kemudiannya "memuntahkan" maklumat itu dalam peperiksaan PTK yang layak mendaki pangkat. Golongan yang menghafal ini terdiri daripada kakitangan yang masih muda dan/atau banyak masa menghafal kerana tidak banyak buat kerja.
Bagaimana pula dengan makcik/pakcik yang hanya tinggal 2 tahun lagi untuk bersara. Mereka ini amat mahir dalam pekerjaan mereka tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat hanya kerana gagal hafal untuk PTK?.
Jadi, PTK harus diubahsuai kalau tidak dimansuhkan. Tetapi ini pun KSN gagal buat. fperkara ini harus difikirkan oleh KSN. .
Cukuplah disenaraikan 2 sebab utama mengapa KSN gagal menjadi "bos" yang baik. Dan disebabkan itu terdapat cakap-cakap supaya KSN letak jawatan. Ini lah juga punca mengapa kakitangan kerajaan mengundi parti pembangkang kerana mereka rasa kecewa dengan tindakan ketua mereka KSN.
Untuk maklumat lanjut baca petikan dari utusanonline di bawah ini :
CUEPACS ancam boikot sambutan 1 Mei
SUNGKAI 2 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengancam akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan, jika lima tuntutan mereka terhadap kerajaan tidak dipenuhi.
Presidennya, Omar Osman berkata, tindakan memboikot itu adalah keputusan yang diambil dalam satu mesyuarat bersama 120 kesatuan yang bergabung di bawah CUEPACS hari ini.
Katanya, kedua-dua sambutan Hari Pekerja yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia melibatkan kakitangan sektor awam dan swasta pada 3 Mei dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei depan membabitkan ahlinya di seluruh negara.
‘‘Kita mahukan kerajaan memberikan respons yang cepat dalam tuntutan ini dan memberikan tempoh sehingga 29 Mei untuk kerajaan membuat keputusan.
‘‘Keputusan itu diambil secara sebulat suara kerana kami pernah menuntut kepada kerajaan dan JPA sebelum ini supaya mempertimbangkan lima tuntutan yang melibatkan kepentingan kakitangan awam seluruh negara.
‘‘Tindakan ini bukan satu ugutan kerana kami telah mengemukakan tuntutan ini sejak berapa lama dan perbincangan juga telah diadakan sebelum ini tetapi sehingga kini belum ada kata putus daripada kerajaan,” katanya.
Kelazimannya setiap tahun sambutan Hari Pekerja akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dengan 120 kesatuan yang bergabung di bawah CUEPACS di sini hari ini.
Lima tuntutan CUEPACS ialah bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan, kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun dan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).
‘‘Kami sudah menilai semua tuntutan tersebut yang keseluruhannya membabitkan perbelanjaan tidak sampai RM2 bilion,” katanya.
Katanya, tindakan kerajaan yang menarik balik elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan sebanyak 10 peratus yang diberikan kepada kakitangan dalam jawatan kritikal pada Februari lalu telah memburukkan lagi keadaan.
‘‘Kami pernah menghantar kertas kerja mengenai honorarium dan elaun lanjutan persaraan wajib kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada September tahun lalu selepas mengadakan perbincangan bersamanya di Putrajaya.
‘‘Tetapi, sehingga kini tiada sebarang jawapan daripada KSN walaupun sudah enam bulan berlalu menyebabkan semua ahli kongres dan gabungan persatuan memaksa kami mengambil tindakan tersebut,” katanya.
Omar berkata, mereka bagaimanapun bersedia untuk berbincang semula sekiranya pihak KSN bersedia untuk mempertimbangkan tuntutan daripada CUEPACS tersebut.
‘‘Kami memberikan tempoh sehingga 29 Mei depan untuk menjalankan rundingan terhadap kelima-lima tuntutan kami selama ini.
‘‘Kami tidak berganjak daripada keputusan kami untuk memboikot kedua-dua sambutan itu pada bulan depan jika pihak berkenaan tidak membalas sebarang jawapan untuk membincangkan perkara itu.
‘‘Bagaimanapun, ini bukannya perkara baru, lagipun tuntutan ini diminta untuk dipertimbangkan sejak tahun lepas dan selepas ini, kami akan menghantar surat kepada KSN bagi membincangkan isu ini sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya tentang nasib kakitangan awam di lima negeri di bawah kerajaan pembangkang, Omar berkata, kerajaan negeri tidak boleh melakukan sebarang diskriminasi terhadap kakitangan berkenaan.
Katanya, kalau wujud sebarang diskriminasi, mereka boleh mengemukakan aduan kepada CUEPACS untuk tindakan selanjutnya.
‘‘Kita akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri terbabit untuk berbincang.
‘‘Ingin saya tegaskan ialah segala insentif yang diberikan kepada kakitangan awam sebelum ini mestilah dikekalkan dan mereka perlu menjalankan tugas yang tidak bercanggah dengan sektor awam,” katanya.
1 Responses (Leave a Comment):
Assalamualaikum...
saya dari kementerian pelajaran malaysia, Bahagian Perolehan Pengurusan Aset..
kami ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap unit pengurusan BPPA kami yang tidak mengikut pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2011, apabila kami menyuarakan di dalam mesyuarat tentang peruntukan yang baru. mereka seolah-olah tidak mengambil tahu dan malah memperbodohkan kami..
Kami berharap sangat pihak Tuan/Puan dapat membantu kami menyelesaikan kekusutan yang kami alami sekarang..
Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan,
Salam 1Malaysia
Dari kami Warga BPPA..
Assalamualaikum..
Post a Comment