"BN: Inilah Barisan kita yang ikhlas berjuang...siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi.."
Minda Pengarang: Perbahasan berkualiti uji kewibawaan wakil rakyat
SEMUA 222 Ahli Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 8 Mac lalu, diketuai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat semalam. Dengan selesainya urusan itu termasuk pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dua timbalan speaker, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, maka lengkapnya proses demokrasi berparlimen. Istiadat pembukaan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
Untuk selama dua minggu mulai esok, Dewan Rakyat akan bersidang, dimulakan sesi soal jawab dan kemudian perbahasan. Persidangan kali ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) diwakili 140 ahli dan 82 lagi ahli pembangkang iaitu 31 wakil dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (28) dan Pas (23).
Tidak syak lagi sidang Parlimen ke-12 ini akan menjanjikan kerancakan tersendiri, apatah lagi dengan penampilan 99 muka baru daripada pelbagai latar belakang. Senario itu, sudah tentu mewarnai corak perbahasan nanti, sekali gus menguji kebijaksanaan Speaker dan dua timbalannya yang baru - semuanya dari Sabah dan Sarawak. Bagi Pandikar Amin, pengalamannya selama 20 tahun dalam bidang politik, mempunyai latar belakang perundangan dan pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, boleh membantunya mengawal keadaan dan kerenah ahli Dewan. Kita berharap semua ahli Dewan mematuhi Peraturan Mesyuarat jika tidak mahu menghadapi masalah, termasuk diarah keluar Dewan.
Kita percaya perbahasan, soalan atau jawapan di Dewan Rakyat kali ini tidak lagi dibuat secara hentam keromo saja kerana lebih ramai ahli Dewan melakukan kajian mendalam mengenai sesuatu isu, malah ada yang mempunyai pasukan penyelidik tersendiri.
Era ahli Dewan terutama di barisan jemaah Menteri dan timbalan menteri untuk memberi jawapan 'ala kadar' seperti dakwaan akan disiasat, tunggu arahan atau sedang diteliti, sudah berlalu. Maknanya, pengetahuan mereka mengenai bidang tugas kementerian, dasar kerajaan dan hala tuju negara, perlu lebih mendalam.
Mereka juga perlu bekerja lebih kuat terutama dalam membuat penyelidikan dan memahami segala isu membabitkan kementerian masing-masing. Pada masa sama, segala permainan serkap jarang terutama daripada kalangan pembangkang semata-mata untuk menguji kebolehan seseorang, tidak harus berlaku lagi. Setiap ahli Dewan, jika ada sesuatu yang hendak dikemukakan, perlu menyertakan bukti kukuh supaya ia tidak ditangkis.
Sebahagian besar ahli Dewan kini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dan ilmu dalam pelbagai disiplin, menyebabkan semua pihak terutama jemaah menteri harus lebih berhati-hati apabila memberi jawapan. Jemaah menteri tidak boleh lagi terlalu mengharapkan teks jawapan disediakan ketua jabatan, lebih-lebih lagi apabila berdepan soalan tambahan serta soal jawab secara spontan.
Selain itu, rakyat juga berpeluang mengikuti gerak geri mereka melalui siaran langsung di televisyen selama 30 minit bagi sesi soal jawab setiap hari menerusi RTM 1. Kita berharap langkah menyiarkan secara langsung dari Dewan Rakyat membantu meningkatkan lagi mutu perbahasan dan mendisiplinkan ahli Dewan. Rakyat akan dapat menilai kebolehan wakil yang mereka lantik ketika mengambil bahagian dalam perbahasan sama ada mereka melontarkan pandangan bernas dan idea baru atau hanya menjadi pak lawak dan bersikap samseng ketika bertikam lidah.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment