Malaysia, sebuah negara merdeka selama 50 tahun. Mempunyai 14 buah negeri. Didiami pelbagai kaum dan budaya. Diramaikan dengan kedatangan pelbagai bangsa asing yang menumpang senang di tanah MELAYU.
Namun selepas hampir 50 tahun merdeka, kedudukan melayu di Tanah Melayu mula tergugat. Kenapa? .
Etnik Cina dan India yang mendatang ke Tanah Melayu memang diakui sejak dahulu memegang ekonomi Malaysia. Tanpa mereka mungkin malaysia tidak akan maju seperti sekarang yang menyaksikan kemusnahan besar-besaran ekosistem dan alam sekitar demi nama pembangunan.
Etnik ini mula memainkan jari jemari mereka dalam politik. Mereka ini yang dulu memegang ekonomi sekarang menumpukan pula kepada politik yang selama ini dipegang dan dikawal oleh kaum bumiputera termasuk melayu.
Dasar Ekonomi Baru yang menghasilkan golongan Melayu kaya dicemburui. Adakah dengan menunjukkan kesilapan yang sedikit maka harus dinafikan kebaikan yang diterima?
Adakah hendak dinafikan tanpa bantuan DEB ini akan ada Melayu kaya? akan ada institusi pendidikan khas untuk melayu? adakah akan ada badan yang menyelaras bantuan kewangan untuk melayu?
Orang Melayu harus sedar, Kehancuran DEB bukannya disebabkan oleh dasar atau kerajaan , tetapi ia disebabkan oleh tekanan dan kengkangan kaum lain yang menghalang sebarang usaha untuk memecahkan monopoli mereka dalam bidang perniagaan.
Jika dilihat, kaum ini memang suka melihat bangsa melayu bergasak sesama sendiri. Memang suka melihat melayu berpecah belah. Mereka memang telah lama mengidam kerusi PM. Dalam Barisan Nasional cita-cita mereka ini tidak akan terhasil kerana UMNO sememangnya telah berjaya dari dulu mengawal tindak tanduk pemimpim kaum ini.
Kegagalan kaum ini dalam Barisan Nasional memaksa mereka melihat kepada pembangkang. Bohong kalau dikatakan mereka ini tidak mempunyai niat untuk memerintah negara. Sekirang temasik boleh ditawan mereka tidak mustahil Malaysia juga mampu dijinakkan.
Kini mereka dalam Pakatan Rakyat. Entah apa yang dipakatkan mereka untuk menipu rakyat. Bayangkan, bagaimana si PAS boleh bekerjasama dengan DAP. Kita maklum mereka ini tidak sebulu dan selalu hentam menghentam. PKR pula walaupun dikawal oleh Melayu tetapi nampak gayanya menari tarian singa dan naga. Sekiranya ini terjadi, dan sekiranya apa yang dikatakan oleh DSAI itu benar, maka tidak mustahil kita akan ada TPM dari kaum bukan melayu. dan silap-silap haribulan, boleh dapat PM bukan Melayu. TAHNIAH PAKATAN RAKYAT.
Dalam dinamika politik dan aliran semasa kini terdapat suatu isu yang sangat menarik. Isu sijil halal. Tengok sahaja kes sijil halal. Ada sibongok dan sibahalul dari kaum lain yang cuba mempertikaikan kenapa perlu sijil halal. Kenapa perlu dibayar sijil halal itu. Bagi mereka, sijil halal ini hanya menyebabkan kos (nampak tak , hanya duit dalam fikiran mereka, kalau boleh semuanya hendak percuma), apa yang mereka tidak nampak ialah sijil halal ini akan memberikan suatu jaminan tentang mutu, prosedur penyediaan dan produk yang dihasilkan itu supaya ia akan selaras dengan hukum syarak.
Bagi kaum yang tidak faham akan unsur halal ini memang mereka akan pertikaikan. Tetapi sijil halal ini bukan compulsory tetapi sekadar ancillary kepada perniagaan meraka. Sijil ini bukan wajib ia bersifat voluntary, jika mahu pohon, jika tidak mahu biarkan sahaja.
Jika mereka mahu menjual produk makanan sebagai contoh kepada orang islam maka perlu ada jaminan bahawa proses penghasilan itu adalah bersih dan suci selaras dengan syarak. Adakah kaum ini faham akan keperluan oranh islam? dengan adanya sijil halal ini maka maklumat tentang keperluan masyarakat islam akan lebih senang difahami.
Tetapi seperti biasa ia dipolitikkan. Apa yang lebih menyedihkan melihat beberapa Melayu baru yang bersetuju dan bersengkokol dengan kaum ini menidakkan sijil ini. Alasannya "oo...ini umnoputra yangpunya"..umnoputra myfoot. Golongan ini lagi keji dari kaum tadi. Golongan pengkhianat bangsa dan maruah melayu.
Maka hasilnya selepas ini, dengan mengambil contoh sijil halal ini tadi, kita akan lihat bagaimana kaum ini mula menjentik punggung si Melayu Baru menidakkan kawalan atas mereka. Selepas perniagaan, maka politik akan jadi sasaran utama. Selepas itu, apa yang tinggal untuk si Melayu? apa yang tinggal?
oii..Melayu bangunlah. Jangan menari dibawah lagu si singa dan Naga. Dalam barisan boleh kita kawal. Diluar sana siapa nak kawal? si Mamat yang nak cepat jadi PM? si Parti Islam yang sanggup ber"kawan" ngan si Roket?
si Roket yang seharusnya sekarang bermimpi kerusi PM atau kerusi TPM?
Bangun sebelum terlewat.
siapa yang bagi mereka gunakan perkataan Pakatan rakyat. Aku rakyat. tetapi aku tidak berpakat dengan mereka. Adakah ? adakah?
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment