Black 14: Khalid putar belit kenyataan tiada dalam senarai
Written by utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 April - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman hari ini menafikan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan sebagai penceramah pada perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.
Menurut beliau, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah memutarbelitkan kenyataan apabila mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis.
Beliau menegaskan, situasi itu bercanggah dengan surat permohonan yang dikemukakan oleh pejabat Menteri Besar itu kepada polis pada 8 April lalu.
"Menerusi surat berkenaan, mereka memaklumkan hanya tiga pemimpin tertinggi sepatutnya berucap iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Abdul Khalid serta Timbalan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman, Datuk Mokhtar Ahmad.
"Dalam surat itu juga tidak dinyatakan nama Anwar sebagai salah seorang yang akan memberi ucapan pada malam itu tetapi apabila polis mendapat tahu beliau berucap ia telah melanggar kebenaran yang kita berikan sehingga membawa kepada satu perhimpunan tanpa permit," katanya.
Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa penganjur diminta membuat permohonan permit tetapi tidak diendahkan oleh pihak penganjur.
"Justeru, kita akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab memutarbelitkan kebenaran yang diberikan," katanya selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-38 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, polis hanya memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan majlis makan malam sebaliknya bertukar menjadi perhimpunan dihadiri kira-kira 10,000 penyokong Anwar bagi meraikan 'Black 14', sambutan tahunan sempena memperingati tarikh Anwar dijatuhkan hukuman untuk kes pertamanya pada 1999.
Tegas Muhammad Sabtu, beliau menyangkal dakwaan Menteri Besar itu hari ini yang mengatakan bahawa beliau telah menyenaraikan nama Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) sebagai antara penceramah yang akan hadir.
Sementara itu, Muhammad Sabtu berkata, empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Khalid Ibrahim; Azmin dan Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shahril diminta untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan haram itu.
"Jika mereka tidak dapat ke IPK Selangor, mereka boleh pergi ke mana-mana balai polis berhampiran untuk diambil keterangan. Mereka diberi peluang untuk datang dalam tempoh beberapa hari.
"Jika gagal, polis akan menggunakan Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk memanggil keempat-empat mereka memberi keterangan," katanya.
Muhammad Sabtu menegaskan, sekiranya mereka enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, perkara itu akan dibawa kepada Majistret yang mana mahkamah boleh mengeluarkan waran supaya mereka menghadirkan diri sebagaimana yang diarahkan.
Katanya, ini kerana perhimpunan itu tetap tidak mendapat permit daripada polis.
"Tidak timbul sama ada ia berjalan dengan aman atau tidak kerana setiap perhimpunan awam perlu mendapat permit terlebih dahulu demi menjamin ketenteraman orang awam," katanya.
...........................
p/s
Walau apapun alasan polis untuk menjaga ketenteraman awam, PKR dan konco-konconya pasti tidak dapat menerima hal ini. Mereka pasti mengungkit kes perhimpunan MELAYU di Pulau Pinang yang dikatakan tiada permit. Untuk mereka ini, kes perhimpunan di PP itu juga akhirnya tamat apabila pemuda-pemuda Melayu bersurai. Mereka bersurai dengan aman. Tanpa banyak bantahan. Mereka yang berkumpul pula tidaklah begitu ramai berbanding perhimpunan di Kampung Bharu ini.
Harus juga difikirkan logik akal. Kalau dah ramai sangat pasti berlaku kekecohan. Disemarakkan pula dengan ucapan berapi-api saudara anwar ibrahim pasti mendatangkan masalah. PKR pula disebabkan sudah menang di WPKL dan Selangor mula bernada angkuh. Bayangkan gabungan aspek keangkuhan disebabkan kemenangan PKR , kebanjiran manusia,aspek lokasi yang kurang sesuai untuk perhimpunan seramai itu dan ucapan dari pemimpin mereka, adalah tidak mustahil sesuatu yang buruk boleh berlaku. Jadi sebelum nasi menjadi bubur lebih baik dicegah. Itupun pihak Polis sudah banyak bertolak ansur.
Tapi, apa pun sebab logik yang diberikan, PKR dan penari-penarinya tidak akan dapat menerimanya. Bagi mereka, kuasa mereka perlu dipertontonkan. Harus diledakkan. Biar dunia tahu siapa PKR. Biar dunia tahu kuasa PKR. Tetapi mereka lupa, pemimpin PKR kebanyakkan adalah dari UMNO. Mereka yang gagal mendapat tempat dan mendapat kepentingan dalam UMNO. Jadi PKR merupakan platform terbaik untuk mereka mendapatkan semula apa yang mereka gagal dapat dalam UMNO.
oo..sebelum terlupa ... sukalah sekiranya dapat diberikan sedikit petunjuk tentang bagaimana PKR mendapatkan sumber kewangan untuk kempen PRU12 tempoh hari. Kalau BN sudah kita tahu dari mana datangnya wang tersebut (Khazah, UEM etc.,) tetapi bagi PKR sangat sedikit ketahuan akan "financial assistant" yang PKR dapati. Bukan sedikit jumlahnya (kalau setakat derma , berapa sangatlah boleh dapat untuk diberikan kepada semua ahli yang bertanding), jadi persoalanya, siapa yang memberi dan apa habuan yang dapat diberikan semula? no free lunch di dunia ini, terutama dalam politik. Apa kata anda?
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment