Mar 6, 2012

KE MANA PSC ELECTION?

Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Berhubung Proses Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC Election) telah selesai membuat lawatan kerja ke tiga negara di Eropah. Lawatan kerja tersebut bermula pada 21 hingga 28 Februari membabitkan lawatan kerja ke negara UK, Jerman dan Denmark.

Menarik betul pilihan PSC ini. mengapa UK, Jerman dan Denmark? mungkin PSC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk melihat sistem pemilihan kerajaan di ketiga-tiga buah negara ini. UK menggunakan sistem first past the post [baca disini tentang sistem first past the post] dalam pemilihan wakil rakyatnya seperti di amalkan di Malaysia, Jerman pula menggunakan mix system representation yang mana ia melibatkan gabungan sistem first past the post dan proportional representation [baca disini tentang proportional representation] satu sistem yang mana orang jerman sendiri pening kepala manakala Denmark menggunakan sistem proportional repsentation sahaja.

Ini bermakan PSC telah melihat tiga sistem pemilihan yang berbeza. Namun apa yang hendak dikatakan adalah di Jerman PSC telah memilih antara lainnya untuk berjumpa yayasan Konrad Adenuer ( atau bahasa jermannya Konrad-Adenauer-Stiftung : baca disini tentang yayasan ini)

Kita tahu bahawa yayasan ini merupakan suatu yayasan yang menyokong gerakan zionis dan adalah tenaga pembiaya di belakang parti PKR dan Bersih.

Jadi apa ke bendanya yang dibuat oleh PSC di Yayasan Kristian tersebut? hanya PSC sahaja yang boleh menjawab.

Menyentuh Denmark, apa yang hendak dikatakan lagi. Denmark tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan di Malaysia. Negara yang lebih banyak tanah daripada manusia itu tidak mempunyai kes berkaitan proses pemilihan yang boleh dikaji oleh Malaysia. Seleksi terbaik sepatutnya adalah Itali atau Belgium.