www.Rencahmalaysia.blogspot.com
1. Pada 27 Februari lalu, 76 buah NGO Melayu telah berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur untuk bersatu/bergabung bagi mempertahankan hak-hak kaumnya yang semakin terhakis dan terancam.
2. Pada 2 Mac pula, Tay Ting Yan, Timbalan Editor SCJP, telah mengkritik dengan sinis usaha suci tersebut. Kritikannya bersandarkan fakta yang separa benar dan diputar-belitkan pula:
• Membandingkan kaum Melayu umpama orang kulit putih di Amerika dan kaum Han di China manakala orang Cina di negara ini pula umpama Red Indian di Amerika dan orang Tibet dan Uighur di China;
• Prakarsa 76 buah NGO Melayu itu adalah satu khayalan (Quixotic), umpama tindakan khayalan Don Quixote.
3. Fakta Tay adalah benar dari segi kedudukan bilangan majoriti / minoriti penduduk yang dibandingkan itu – Melayu / kulit putih / Han adalah golongan majoriti di negara masing-masing manakala kaum Cina / Red Indian / Tibet / Uighur adalah kumpulan minoriti di negara yang sama. SEMUA orang tahu hakikat ini.
4. Apa yang tidak benar ialah dari segi kedudukan ekonomi kaum / golongan yang dibandingkan itu. Kedudukan ekonomi kaum Melayu (majoriti) sama kedudukannya dengan ekonomi Red Indian / Tibet / Uighur (minoroti) iaitu berada di tahap yang lebih rendah dari orang Cina (minoriti) dan orang kulit putih / Han (majoriti). Hakikat ini juga diketahui oleh SEMUA orang.
5. Untuk berlaku adil dan tepat dari segi fakta, Tay sewajarnya membandingkan komposisi penduduk dan kedudukan ekonomi di Malaysia dengan negara-negara seperti Fiji dan Afrika Selatan, Uganda dan Rhodesia. Ianya sebanding di mana kaum minoriti / pendatang menguasai ekonomi negara-negara berkenaan.
6. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang sedemikian terhimpit itu dan ditambah pula oleh hak dan kuasa yang semakin terhakis serta terus diburu dengan pelbagai ancaman maka adalah naïf dan dangkal sekali untuk menyamakan usaha 76 buah NGO tersebut hendak membela serta mempertahankan hak kaum mereka sendiri (satu hakikat yang benar) dengan perbuatan bodoh Don Quixote itu.
7. Diharap SCJP dan Tay akan lebih bertanggungjawab lagi di masa hadapan dan berhentilah dari terus menghina kaum Melayu; sebaliknya berubahlah kepada paradigma baru iaitu berbaik sangka, tolong menolong antara satu sama lain di bawah payung 1Malaysia demi kemakmuran, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.
Mengigau Dan Berkhayal Beramai-Ramai (2 Mac 2010)Penulis Tay Ting Yan sebagai timbalan editor akhbar ini76 pertubuhan NGO Melayu dalam satu barisan tertubuhnya “PERKASA” berjanji mahu perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Saya tergesa-gesa melihat tarikh kalendar, hari ini bukan bertarikh 1 Mac 1946; memang betul hari ini bukan tarikhnya.Jika perjuangan itu disebut pada tahun 1946, sudah tentu tepat pada masanya dan diterima dan boleh masuk akal.60 tahun dahulu, orang-orang Bristish mahukan masyarakat yang terbuka dan adil di negara ini maka mereka merancang mahu tubuhkan “Malaya Faderation” tetapi tidak disenangi oleh orang-orang Melayu pada masa itu, kerana orang-orang melayu bimbang kedudukan orang-orang Melayu dan Islam tidak terjamin, sebab itu pada masa itu orang-orang Melayu bergerak dan berjanji mahu mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan Islam.Tetapi sekarang ini adalah tahun 2010, adakah masa itu terencat kembali masuk pada tahun-tahun silam itu?Penjajah yang memerintah kita telah lama berambus tinggalkan kita, perikatan dan Barisan Nasional sudah setengah abad terus memerintah tidak lepaskan kuasa, projek DEB sudah dilaksanakan lebih 40 tahun, orang-orang Melayu sudah pun berkuasa, berkedudukan, berpengalaman dan menjadi bangsa yang bermartabat.Apa lagi yang mahu mereka pertahankan sekarang ini?Cuba anda fikirkan dan bayangkan jika ada sekumpulan orang-orang Amerika kuiti putih mahu pertahankan kaum kulit putih, dan menolak hak orang-orang Red Indian yang curiga terhadap hak dan kuasa orang-orang kulit putih apa akan terjadi?Ataupun NGO-NGO di negeri China mempertahankan hak orang-orang kaum Cina Han, supaya tidak dianiaya oleh orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur?Di Amerika hanya dapat dengar orang-orang Amerika dengan sendirinya tubuhkan NGO-NGO pertahankan hak hak orang Red Indian, di negeri China, sebilangan orang-orang China yang sedar mahu perahankan hak-hak orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur yang dikatakan kaum minoriti.Jika masa depan atau nasib sesuatu bangsa itu tergugat barulah dipetahankan, jika tidak ia hanya disebut Quixotic, jika tidak walaupun dikelilingi musuh, ia hanya untuk memenuhi kerakusan diri sendiri dan impian diri sendiri. Perkataan Quixotic ini datangnya dari perkataan Don Quixote penulis Spanyol 400 tahun lalu.Don ceritakan kisah seorang penghuni di ceruk kampong, oleh kerana terlalu banyak membaca buku-buku cerita dongeng pahalawan, terjebak ke dunia khayalan, pada satu hari beliau ambil lembing dan perisai serta memakai baju besi pergi ke sebuah tasik untuk menjadi pejuang.Apabila beliau nampak kincir angin beliau anggap itulah gergasi yang beliau mahu tewaskan, daun kipas kincir angin itu mematahkan lembing dan beliau terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.Cerita kisah Don banyak jenakanya, akhirnya beliau sedar dari dunia khayalan itu, akhirnya beliau faham bahawa cerita di dalam buku cerita itu semuanya dongeng dan khayalan belaka.Helo! Helo! Perkasa, GPMS, Mubarak dan lain-lain NGO-NGO Melayu, anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, berngigau dan dalam khayalan lagi? Cuepacs! Bukankah kamu semua pertubuhan Ngo kakitangan kerajaan? Kenapa tidak perjuangkan hak kakitangan kerajaan? adakah kamu semua termasuk salah haluan?Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan perlembagaan Negara.Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah Negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang-orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing.Inilah yang sepatutnya dan masalah yang perlu difikirkan oleh kamu semua 76 buah NGO-NGO Melayu ini.
0 Responses:
Post a Comment