Karpal mahu jadi ICON anti ISLAM dikalangan bangsa asing
Perbuatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) adalah amat biadab dan tidak bersopan.
Karpal singh yang sememangnya amat sensitif dengan isu yang berkait dengan agama Islam dan cuba membuktikan kepada bangsa asing bahawa beliau lah icon dikalangan pembangkang yang sentiasa menentang apa saja yang berkait dengan Islam sekali lagi melenting dangan campurtangan Sultan Perak ke atas isu penukaran Pengerusi Jaip oleh Menteri Besar Perak.
Apakah Karpal sememangnya tidak tahu atau sengaja tidak tahu bahawa pihak istana berhak menentukan arah tuju peraturan agama Islam di negeri Perak. Karpal Singh sebagai berkata, sebarang kenyataan yang dibuat oleh Sultan Perak perlu mendapat nasihat daripada pegawai undang-undang dan Sultan tidak berhak untuk memecat atau menukar mana-mana pegawai kerajaan termasuk di JAIP.
Kelmarin, Sultan Perak, Sultan Azlan menitahkan pertukaran serta-merta yang diarahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury ditarik balik. Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry Selasa lalu telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
Sikap kurang ajar pemimpin DAP itu mencabar titah Tuanku Sultan Azlan Shah dibantah oleh semua pemimpin UMNO Perak. Sikap DAP sebegini akan menimbulkan kemarahan rakyat terutama dalam kalangan orang Melayu. Inilah akibatnya apabila pembangkang seperti DAP diberikan tampuk pemerintahan dan menjadi keras kepala. Mujur mereka tidak dapat menawan kerajaan Federal dan sekiranya mereka menawan kerajaan Federal, mungkin mereka juga akan biadab kepada DYMM yang dipertuan Agung.
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, Sultan Azlan memberikan amaran yang agak keras kepada Karpal Singh dan berkata Sultan mempunyai hak di sisi perlembagaan negeri dalam konteks hal ehwal agama Islam negeri.
Katanya, telah bertahun-tahun segala urusan berkaitan dengan adat resam dan agama Islam perlu dirujuk dan diperkenankan oleh Sultan.''Karpal Singh tiada hak bagi memberi apa jua pandangan. Ingat, Sultan Perak pernah jadi Ketua Hakim Negara.''Jangan Karpal lupa akan sejarah Perak dan jadi seperti JWW Birch," katanya.Zainol Fadzi mencabar Mohammad Nizar selaku Menteri Besar supaya menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan kenyataan kedua-dua pemimpin DAP tersebut. Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO memberi amaran kepada Karpal Singh supaya jangan mempertikaikan adat resam orang Melayu dan agama Islam.
''Kita akan pertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu ini," katanya.Beliau juga membidas Koo Ham kerana turut membuat kenyataan berbau perkauman yang meminta mana-mana pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan baru supaya meletakkan jawatan.''Kenyataan itu berbau perkauman kerana 80 peratus daripada pegawai kerajaan Perak adalah orang Melayu," katanya.
dipetik dari:
www.kpmu.net
www.rencahmalaysia.blogspot.com
May 7, 2008
Karpal si biadap?: Apabila belang mula kelihatan..
amirrash May 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment