May 7, 2008

Raja Petra: Raja segala Raja, Kebal segala kebal, tak takut dengan sesiapa hatta Undang-Undang?

BAHAGIAN 1

Raja Petra yang bebas dan ingin kebebasan bersuara !

Siapa Raja Petra Kamaruddin ?

Beliau adalah seorang penulis blog Malaysia berbangsa Melayu, dikenali sebagai penulis yang membangunkan laman Malaysia Today yang berbahasa Inggeris dan juga Melayu yang mana di dalam laman tersebut beliau menerbitkan satu siri rencana berbentuk komentar terhadap politik Malaysia. Beliau juga dengan nama Peter atau singkatan RPK di kalangan penulis-penulis blog di lamannya.

Dilahirkan pada tahun 1950, Raja Petra telah mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith. Pada umur 13 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution. Raja Petra Kamarudin pernah menjadi penjual motosikal dan pengedar beras. Beliau memang meminati motosikal semenjak kecil lagi.

Pada 14 April 1973, semasa berumur 23 tahun, beliau telah berkahwin dengan Marina Lee binti Abdullah yang pada masa itu berumur 18 tahun.[petikan diperlukan] Marina Lee Abdullah, kacukan Siam-Cina,[petikan diperlukan] merupakan seorang penerbit buku.[1] Raja Petra dan Marina mempunyai lima orang anak (Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara[1]) dan dua orang cucu.

Raja Petra merupakan seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Beliau merupakan sepupu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesebelas, dan Sultan Selangor yang ketujuh.[2] Ibunya merupakan seorang berketurunan Wales.[2]
Penglibatan politik

Raja Petra merupakan ahli Parti Keadilan Nasional (sekarang dikenali sebagai “Parti Keadilan Rakyat”) yang terkehadapan—parti yang ditubuhkan sebagai satu tindakalas penangkapan bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.[2] Pada 11 April 2001, Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan perdana menteri Mahathir bin Mohamad pada ketika itu.[2][1] Beliau telah dibebaskan dari pada pusat tahanan 52 hari kemudian.[3]

Raja Petra Kamarudin telah memulakan laman Malaysia Today dan blognya untuk memudahkan suatu perbincangan terbuka terhadap senario politik dan sosial Malaysia. Dalam tulisan atas taliannya, beliau selalunya sangat lucu, penuh dengan jenaka dan kadangkala kritis terhadap pembangunan politik di Malaysia. Di dalam rencananya di Malaysia Today, beliau menyokong ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan di dalam sistem politik Malaysia. Dia selalu mengecam politik wang, rasuah, dan polarisasi etnik yang tertanam jauh di dalam masyarakat Malaysia.

Pada 23 Julai 2007, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Ketua Penerangan UMNO, telah membuat satu laporan polis terhadap Malaysia Today pada pukul 12.57 p.m. di stesen polis Tun H.S. Lee, di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121 (B) dan Seksyen 123, Seksyen 4 dari Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 263 dan Seksyen 266 dari Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk satu masukan blog pada 11 Julai di dalam laman berkenaan yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, merendah-rendahkan Islam dan cuba membuat hasutan dan keganasan di kalangan kumpulan etnik tempatan.[4]

Raja Petra Kamarudin membalas balik dengan menerbitkan satu rencana di dalam Malaysia Today, memukul balik Muhammad Muhd Taib dengan tuduhan-tuduhan hipokrasi dan rasuah. Satu laporan polis kedua telah dibuat terhadap Raja Petra yang dipercayai telah dilakukan setelah terbitnya rencana berkenaan, dan Raja Petra telah disaman ke balai polis Dang Wangi pada 25 Julai 2007, dan disoal siasat selama lapan jam.[5] Isterinya pula telah disoalsiasat selama sejam.[6]

Selepas dibebaskan setelah disoalsiasat, Raja Petra Kamarudin memberikan alasannya kenapa Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadapnya, menyatakan bahawa kerajaan ingin melenyapkan penulis-penulis blog sebelum pilihan raya Malaysia.
Kontroversi
Saman fitnah RM4 juta

Pada 26 Mac 2008, Raja Petra Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta setelah tidak menghadirkan diri dalam kes saman fitnah oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi[7].

Selain Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (PKR),Ketua Pengarang akhbar PKR, Suara Keadilan dan editornya turut diperintah membayar RM3 juta atas kes yang sama.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.

Mahkamah memutuskan Raja Petra sebagai defendan pertama didapati memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam sebuah laman webnya Malaysia-Today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk: Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya?

Itulah serba ringkas kisah hidup manusia bernama Raja Petra Kamarudin. Blogger kedua diwawancara di RTM Kadir Jasin yang pernah menjadi Ketua Pengarang NST setelah stesen yang sama diperli kerana membawa propaganda kerajaan.

Dalam politik pihak kerajaan dan pembangkang akan selalu mencari kesalahan antara lawan masing-masing. Cuma kesibukan kerajaan memerintah menjadikan perdebatan tidak hangat seperti pembangkang. Kerana mereka tidak dibebani apa apa tanggungjawab atau komitmen.

Tidak terkecuali juga RPK / PAS / DAP yang selalu merasakan kerajaan zalim, mengongkong rakyat, mengekang kebebasan bersuara, mengenakan ISA dan berbagai bagai lagi isu yang sama diucapkan mana mana pembangkang.

Yang peliknya jika anda kaji apa yang dilakukan dan dipraktikkan tidak sama dengan percakapan mereka yang bertubi-tubi menyerang kerajaan.

Apa dalilnya ? anda jangan cepat menuduh saya tidak suka penulis blog kegemaran anda ?

Nanti dulu, kita kena dengar satu persatu dan secara terperinci apa yang cuba saya sampaikan di sini.

Kebebasan bersuara? Itu benda yang subjektif.

Anda kata kebebasan bersuara dari sudut mana ?

saya rasa dari sudut tv, radio dan media cetak ,kan ?

Mahukah anda berhenti mengutuk kerajaan jika sebenarnya anda sendiri tidak faham apa itu kebebasan !

Dan sanggupkah anda menghentikan kecelaruan penulisan penulis blog yang suka menembak bertubi tubi kepada pihak kerajaan hingga tiada lagi ruang untuk anda menatap pujian positif terhadap perkembangan negara hari ini.

Jika anda menonton TV1 rancangan blog malam Ahad lepas, tentu anda akan terkejut kerana perantara malam itu menyebut tentang jumlah pembaca internet lebih ramai dari pembaca surat khabar konvesional.

Ini dilaporkan oleh The Star seperti kata pengacara malam tersebut yang memberitahu fakta 1.5 juta pembaca telah mengunjungi Malaysia Today setiap hari. Ia melebihi dari surat khabar tertinggi di negara kita iaitu Sin Chew yang mencatat edaran sebanyak 1.13 juta sahaja edarannya sehari ..

Jika benar kebebasan tidak diberikan kerajaan, tentu sudah lama kita akan lihat internet akan ditapis dan disekat aksesnya kepada Malaysia Today..

Kedua, akhbar biasa terhad jualannya hingga isi artikel lebih khusus kepada rakyat di sini sahaja.

Tetapi tahukah anda bahawa semua penduduk dunia boleh mengakses artikel anda dan satu dunia boleh membaca kutukan anda kepada kerajaan walhal ia tidak benar dan bersifat fitnah !

Contoh di atas kes saman hingga RPK telah diperintahkan membayar saman sebanyak 7 juta kerana menfitnah UUM dan Tan Sri Nordin Kardi atas artikel yang disiarkan berkaitan dakwaan sijil palsu.

Ini satu contoh bagaimana begitu seriusnya dakwaan tersebut yang berdasarkan fakta tidak tepat, kerana ia menghancurkan reputasi pihak yang terkena kesan tulisan tidak bermoral tersebut .

Bayangkan jika ianya menfitnah negara ?? tentu lebih bahaya dan teruk kesannya sebelum kita berjaya menerangkan kembali isu yang diputar belitkan itu.

Kerajaan kerana terpaksa bercakap dan membuat kenyataan dengan menjaga hati semua pihak dan terikat dengan ISA dan OSA .

Jika benar RPK inginkan kebebasan dan mahu kebebasan bersuara, saya ingin tanya kenapa hanya komen komen tertentu sahaja dipamerkan di laman Malaysia Today ? anda cubalah kutuk sedikit pasti komen anda tidak akan disiarkan di dalam laman tersebut.

Saya cabar kepda RPK jika benar inginkan kebebasan maka ‘ bebaskanlah’ semua komen di Malaysia Today dan biarkan ia diterbitkan tanpa pengawasan dari anda sebagai owner laman…Tentu sekali ia tidak akan terjadi.

Begitu juga dengan kerajaan, anda mendesak dihapuskan lesen suratkhabar sedangkan anda sendiri takut memberi ‘lesen’ kepada pembaca mengkritik sebebasnya apa sahaja yang mereka ingin perkatakan asalkan dalam lingkungan batas batas tata susila dan undang undang negara.

Jadi, siapa yang tidak bebas sebenarnya ? Siapa takut dikutuk ? dan mana satu lebih praktikal teorinya ?

dan mana yang lebih bahaya ??

Tentulah blog dan web online sebenarnya ….kerana ia dibaca seluruh dunia.

Dipetik dari: http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: