Perspektif dan pandangan adalah hak peribadi namun ia bukan suatu hak yang membolehkan kita menyatakan sesuatu tanpa batasan. Apa yang perlu dipatuhi dalam blog rencahmalaysia ini ialah hak untuk bersuara tetapi tidak melampaui batas agama dan norma ketimuran. Menjadi berbeza pendapat itu lumrah dan ia adalah indah.
______________________________________________________
Apabila kita melihat kepada senario pilihanraya yang ada sekarang ini, pasti kita semua mampu melihat sesuatu yang nyata bahawa UMNO/BN hendak memenangi semula hati rakyat. Hanya dengan itu saja lah survival UMNO/BN akan terjamin.
Kita semua sedia maklum bahawa pengundi terutama kaum Cina dan India telah menolak BN. Kaum Melayu pula 50% sudah menolak UMNO/BN. Ini terbukti dengan kemenangan calon parti pembangkang di tempat-tempat majoriti Melayu seperti di Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.
Untuk terus dipilih rakyat, UMNO/BN telah menabur habuan untuk menarik hati pengundi. Kawasan penduduk Cina dan India mendapat habuan yang menarik. Bayangkan apa yang kaum ini dapat semasa PRK di Perak? amat lumayan. Begitu juga dengan kawasan pengundi Melayu yang mengundi Pembangkang seperti Manek Urai yang turut diberi habuan menarik.
Tetapi bagi semua PRK tersebut, UMNO/BN KALAH.
Tetapi itu bukan intipatinya. Intipati entri ini ialah berkaitan perasaan penyokong HARDCORE UMNO/BN.
Sebenarnya habuan yang diberikan kepada "pengundi bukan penyokong UMNO/BN" amat menyakitkan hati pengundi UMNO/BN. Ini kerana penyokong UMNO HARDCORE ini (yang betul-betul serta benar-benar menyokong UMNO/BN) tidak mendapat apa-apa imbuhan atas kesetiaan mereka malahan habuan itu diberikan pula kepada "penyokong bukan UMNO/BN".
Ini menjadikan golongan pengundi UMNO/BN ini terasa hati dan tidak tidak mahu mengundi. Ia memberi gambaran seolah-olah bahawa mereka ini tidak dipedulikan oleh UMNO/BN.
Sebagai contoh, dalam satu kawasan penduduk Melayu, India dan Cina. Majoriti Melayu menyokong UMNO/BN. Ada pengundi Cina dan India yang memang diketahui menyokong pembangkang. Hanya disebabkan UMNO/BN hendak dapatkan undi Cina dan India ini maka Kerajaan Persekutuan pun "menghadiahkan" bantuan RM3 juta untuk sekolah Cina dan India. Mana bantuan untuk sekolah orang Melayu yang sah-sah mengundi UMNO/BN? akhirnya penyokong UMNO/BN (kaum Melayu) ini tadi merasa sakit hati dan terus mengundi pembangkang. Apa yang terjadi? pastilah UMNO/BN kalah teruk disana kerana orang Cina dan India tetap undi pembangkang ditambah dengan undi majoriti Melayu. Ini yang terjadi. Ini yang patut UMNO/BN lihat.
Disebalik keghairahan untuk mendapatkan undi penyokong pembangkang, penyokong sendiri dianaktirikan. Sebenarnya, penyokong sendirilah yang lebih patut diutamakan sebab kalau mereka ini "lari" dari UMNO/BN, sudah tentu berakhirnya riwayat UMNO/BN nanti.
UMNO perlu mengambil iktibar kisah perajurit yang bertugas melawan komunis dahulu. Perajurit ini diambil sebagai anggota keselamatan atas kontrak selama 20 tahun dan apabila tamat kontrak tersebut mereka hanya diberikan beberapa ribu duit saguhati. Kini mereka hidup merempat.
Berbanding komunis yang menyerah diri. Apabila komunis ini ditahan dan diberi pengampunan oleh Kerajaan, setiap seorang daripada komunis tersebut akan diberikan wang beribu ringgit dan tanah 5 ekar seorang!. Oleh itu, hidup senang lenanglah si komunis ini.
Berbanding komunis yang menyerah diri. Apabila komunis ini ditahan dan diberi pengampunan oleh Kerajaan, setiap seorang daripada komunis tersebut akan diberikan wang beribu ringgit dan tanah 5 ekar seorang!. Oleh itu, hidup senang lenanglah si komunis ini.
Jadi, perajurit-perajurit yang berjuang melawan komunis ini berpendapat bahawa lebih baik mereka masuk komunis dan melawan kerajaan kerana akhirnya mereka akan dapat tanah dan duit serta jaminan hidup yang lebih baik berbanding daripada menjadi anggota keselamatan dan melawan komunis yang akhirnya hidup merempat!.
Jadi, inilah iktibar yang perlu UMNO/BN pelajari sebenarnya.
Jadi, inilah iktibar yang perlu UMNO/BN pelajari sebenarnya.
Jadi kepada UMNO/BN, janganlah menjadi seperti "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan"
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment