Oct 12, 2009

Bagan Pinang: UMNO menang sebab UNDI POS?

1. KEMENANGAN BN di Bagan Pinang memanglah dijangka tetapi Majoriti yang diperolehi menunjukkan Gelombang Biru sudah datang. Kesabaran ahli-ahli BN berdepan provokasi kasar Pakatan Rakyat mendapat pulangan yang menakjubkan.

 2. Majoriti Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.

 Pengarah Pilihanaraya PAS kata BN menang kerana Pengundi Pos...Namun, jika kita berikan sebahagian besar secara percuma 4,000 Undi Pos kepada PAS pun, apakah mereka akan menang juga...

 3. BN menang di semua daerah mengundi termasuk 3 daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

 4. Calon PAS, Pesuruhjaya Negeri hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18saluran mengundi. 

 5. Kemenangangan ini merupakan Gelombang Sokongan rakyat yang bermula di Bagan Pinang kepada kepimpinan YAB DS Najib Tun Razak sebagai PM. 

 Setiap Hari, Setiap M/S Harakah, Setiap Penjuru Calon BN di Bagan Pinang difitnah, dan dikata apa sahaja demi untuk memaksa pengundi Bagan Pinang mengundi calon Pas. Namun akhirnya, Allah SWT membuka hati-hati mereka untuk memberi kemenangan kepada BN.

 6. Momentum ini perlu diteruskan, PM sudah memberi 2 point penting. Pertama Selangor perlu kembali kepada BN, dan Bandar Tun Razak perlu kembali juga kepada BN. 

 7. Pendukung BN perlu meneruskan sifat Tabah, Tenang, dan Sabar menghadapi Kerakusan, Kekasaran dan Keangkuhan mereka.

dipetik daripada Jentayuabaka

 p.s

Penulis bersetuju sangat dengan perenggan 3. Kalau lah undi Pos penentu, kenapa pula PAS kalah si semua peti undi?. Orang kalah memang macam tu. Di PRK Manek Urai, UMNO hampir-hampir nak memang. Pada masa itu dah ada bukti rakyat sudah menerima UMNO dan tak nak hukum UMNO lagi. PAS kata bahawa itu bukan bukti rakyat sudah menerima UMNO. Ternyata sekarang ini rakyat memang menerima UMNO kembali. Apa yang orang tua-tua nyanyuk dalam PAS akan kata agaknya lepas ini? 

 www.rencahmalaysia.blogspot.com 

0 Responses: