Oct 18, 2009

PKR: di ambang pepecahan!

Membaca berita di sini, sini dan disini benar-benar memberikan suatu gambaran yang luas dan jika dibaca between the lines, pastilah apa yang kita boleh dapat ialah dalam PKR sudah ada beberapa kelompok. Dan kelompok-kelompok ini sudah mula bercerekau sesama sendiri untuk kuasa, nama, pangkat dan habuan material. 


Penasihat PKR yang dituduh meliwat, sudah tidak berjaya mengawal pergeseran dalam Parti. Akibatnya pasti ada pepecahan. Si Zaid Ibrahim yang diarak keluar daripada UMNO dan dirai masuk dalam PKR pun nampak gayanya sudah nampak masa depan PKR. Kerana itu Zaid cuti enam bulan (yang nampak macam cuti terus rasanya). 


PKR merupakan parti gabungan Keadilan dan Parti Lembu (Parti Rakyat Malaysia) tetapi entah mana silapnya, PRM langung tengelam dalam PKR. Baik Presiden PRM atau ahli-ahlinya, langsung tidak nampak bayang. Kemana perginya mereka ini? adakah mereka juga membentuk kelompok sendiri dalam PKR?


Akhirnya, PKR akan jadi macam Semangat46. Hancur Lebur akibat tamak haloba. Dan akhirnya DSAI sebagai penasihat pun tidak mampu menasihat. Apatah lagi beliau seolah-oleh mengira hari untuk duduk dalam penjara sebagai peliwat tegar. 


Kepada Ahli PKR, tahniah atas usaha anda dalam parti, parti yang tak lama lagi akan karam. Ketua-ketua anda akan sama ada masuk PAS atau masuk UMNO. Mungkin ada yang akan membentuk parti serpihan yang mana parti itu pasti akan karam juga. 


www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: