ADOI! Haprakah buat lawak hari ni wehhH!! KaHhKahHhkAhhH! Sebab ape? Laporan berita palsu mereka sebelum ini mengatakan T. Nathan iaitu bapa kepada mangsa jambatan runtuh itu meninggal akibat terlalu sedih yang tidak terhingga. Nah! Ni ayat daripada Haprakkah!:
"Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya. Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan."
Sedih giler siottt! Pandai gile orang-orang PAS HAPRAKKAH ni buat story palsu. Nak tembak kerajaan kononnya tetapi berita dia sendiri terima pun tak betul dan sahih. Oit! Apa lu orang Haprakkah main hentam ka masukkan berita palsu?! What the fish are you Haprakkah?! Pagi ni dia mintak maaf pulak!
"Bapa mangsa jambatan runtuh program perkhemahan 1 Malaysia, T. Nathan tidak meninggal sebagaimana yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini. Sehubungan itu, Harakahdaily memohon maaf kepada keluarga T Nathan dan pembaca akibat salah lapor ini."
Adoiyai Haprakkah! Baik bungkus saja portal tak berguna tu wei! Nak salahkan kerajaan tak guna, itu bukan JKR. Kahkahkah! Inilah diantara kegagalan-kegagalan portal pembangkang. Ni bukan yang pertama kali, berkali-kali sudah. Memang benar kata Nik Abduh, bloggers pembangkang ni memang reti nak buat fitnah sajork! Ini termasuklah web Haprakkah sendiri! Satu-satunya akhbar online yang paling tidak berprestij! Bagi anugerah Penyapu memang padan sekali! Sekian
P.S
Kalau berita yang sepenting kematian orang pun Harakah salah lapor (yakni tidak mengesahkan terlebih dahulu sumbernya) maka nampak gayanya berita lain dalam Harakah pun mungkin tidak disahkan sumbernya. Jadi memang betullah Harakah selama ini main "masak" cerita yang tidak cukup sifat, diadun sedemikian rupa tanpa mengesahkan sumber berita itu. Dan akhirnya, ditulis demi kepentingan politik PAS.
Dulu Harakah dalam Lidah Pengarangnya selalu menjerit meminta Menteri yang buat silap supaya letak jawatan, adakah kita akan melihat Sidang Pengarang PAS letak jawatan disebabkan hal ini?. Perlu diingat, kes-kes kematian adalah matan (penting), ini bukan macam berita sukan yang boleh diolah dan apabila salah boleh diundur kebelakang.
Berita tentang kematian adalah sensitif. Ia melibatkan empumya diri (yang mati), keluarga, sahabat handai dan pihak yang berwajib. Apabila kematian orang salah dilaporkan, natijahnya adalah kesan buruk yang terpalit pada yang dikatakan mati.
Kesimpulannya, Harakah adalah akhbar politik. Jadi kalau sudah politik itu politik lah jugak penyampainnya. Apa saja berita walau tidak sah sumber atau tidak benar akan diolah demi kepentingan PAS. Inilah Harakah. Surat kabar politik. Dan macam orang politik dalam PAS: mereka juga tidak boleh dipercayai.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment