Oct 4, 2009

Bagan Pinang: giliran ustaz N. Gobalakrishnan memetik ayat-ayat al-quran

Tak habis-habis dengan ustaz-ustaz kafir dalam Pakatan memetik ayat-ayat alquran. Dulu di Pulau Pinang, kemudian di Perak dan terkini di Bagan Pinang.

Dan macam biasa, tok guru dan PAS semua senyap. Diam terkedu dan bacul melihat orang kafir macam N.Gobalakrishnan mengunakan ayat-ayat al-quran di suatu kempen PRK N31 Bagan Pinang. Bayangkan si kafir ni yang dalam Dewan Rakyat pada awal tahun 2008 sibuk bertanya kenapa Kerajaan Persekutuan ada double standard dalam memberi bantuan kepada sekolah mubaligh Kristian. Kenapa hanya sekolah agama sahaja yang menerima bantuan dari Kerajaan Pusat dan kenapa bantuan tersebut tidak boleh diberikan kepada sekolah kristian tersebut.

Jadi akhirnya ternyata PAS parti yang sangat memperjuangkan agama islam berlandaskan al-quran dan hadis hanya mampu terdiam membisu dan tunduk layu dikala agama islam dipersendakan oleh si kafir kawan PAS dalam Pakatan.

Ternyata juga bahawa PAS hanya parti politik yang berselindung disebalik topeng agama islam dan sanggup membiarkan agama islam dipermainkan dan diperbodohkan.

Sekarang mari kita tunggu apa kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam hal ini. Mungkin akan ada fatwa terbaru dari Tuan Guru yang akan membenarkan kata-kata ustaz N.Gobalakrishnan.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: