www.rencahmalaysia.blogspot.com
Oct 3, 2009
Mustafa Ali: Mengapa bendera UMNO boleh dipasang di Bagan Pinang ?
Mustafa Ali lagi sekali sebagai Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan pendek akal. Beliau agaknya gagal membaca Peraturan 11(2)(b) & (c) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981 berkaitan lambang/simbol yang boleh digunakan dalam sesuatu Pilihanraya itu.
Kepada Mustafa, lain kali kalau nak bercakap pun tanyalah Penasihat Undang-Undang PAS. Kalau tidak cakap anda itu macam cakap setengah tiang. Memalukan PAS sahaja. Mungkin sudah masanya anda letak jawatan dan undur diri kerana anda ini dilihat suka cakap tanpa berfikir.
Secara asasnya dan untuk memudahkan, bendera UMNO/BN boleh dipasang kerana simbol sesuatu parti yang bertanding boleh digunakan. Dalam hal ini, lambang dacing BN adalah lambang BN. UMNO merupakan salah satu komponen BN yang mana BN adalah suatu pertubuhan yang didaftarkan.
Menurut Proviso dalam Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981 -
"Dalam perenggan ini "parti politik" ertinya mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], yang Suruhanjaya Pilihan Raya berpuas hati adalah ditubuhkan bagi maksud politik."
Jadi disebabkan itulah mana simbol UMNO/BN boleh digunakan pasal mereka dah daftar. Kepada Mustafa, kalau nak simbol parti Pakatan Pembangkang itu dipasang dalam PRK atau PRU maka daftar lah Pakatan tersebut sebagai suatu entiti politik. Barulah bendera PKR dan DAP boleh dipasang.
Tapi iyelah, dah dekat setahun berpakat, sampai la ni pun tak boleh nak daftarkan Pakatan Pembangkang tu. Gamaknya payah sangat nak berpakat untuk dapatkan satu dasar yang sama untuk kesemua parti pembangkang. PAS nak negara islam, DAP kata no way, PKR pula terumbang ambing tak tahu ke arah mana, dasar PKR pun tak jelas.
Untuk makluman tambahan kepada Mustafa, dalam konteks Suruhanjaya Pilihanraya dan juga undang-undang pilihanraya, Pakatan pembangkang ini dalah parti haram.
Disini disertakan Peraturan 11 tersebut--
"PILIHAN RAYA YANG DIPERTANDINGKAN
amirrash Oct 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment