Beberapa hari ini meletup kisah TGNA yang mahu adakan EGM, maka berbondong-bondonglah pengkritik dan juga penyokong mengulas hal itu dalam blog masing-masing.
Saya tidak mahu mengulas hal itu kerana ternyata ada masalah besar alam pimpinan PAS selepas PRU12. Macam ada yang tak kena. Mungkin selepas PRU12 mereka sudah mendabik dada hingga hilang tujuan asal membentuk parti PAS? hanya Allah yang tahu.
Apa yang ingin disentuh ialah cerita separuh masak dalam media rasmi PAS iaitu HARAKAH.
Antara kolum yang menarik dalam HARAKAH ialah berkenaan komen seorang penulis berkenaan dengan kemenangan di Bagan Pinang. Penulis itu menyataka bahawa kemenangan BN di sana adalah kemenangan rasuah kerana calonnya adalah perasuah.
Ini yang sangat menarik hati, penulis itu (pada gambarnya nampak sudah tua) masih pendek akal. Dia masih ingin menyalahkan pengundi yang memilih Tan Sri Isa. Adakah majoriti lebih 3,000 itu tidak tahu memilih? dia seolah-olah ingin menyatakan bahawa pengundi di kawasan tersebut bodoh? kalau itulah niat dia maka dia sudah sangat tersasar. Pengundi majoriti adalah penduduk dikawasan tersebut, mereka tahu apa yang terjadi. Mungkin penulis itu perlu turun padang dan membaca post mortem yang telah dibuat oleh PAS pusat. Baru tahu ada yang terjadi sebenarnya.
Sikap yang tidak mahu menyalahkan diri sendiri atas kesilapan dan kekalahan serta angkuh akibat kemenangan ditempat lain menjadikan orang seperti penulis tadi bongkak dan bongok. Akibatnya PAS akan dipenuhi oleh orang-orang separa masak yang mana pepecahan akan terjadi disebabkan oleh idea orang-orang bodoh ini. INi yang terjadi dalam PAS sekarang. Mungkin EGM akam dapat membersihkan PAS dari sampah-sampah ini.
p.s
Tua-tua bodoh kepalang.
0 Responses:
Post a Comment