Oct 2, 2009

Singapura mengamalkan meritokrasi? my foot!

Lee Kuan Yew selalu menyalak mengatakan bahawa Singapura maju disebabkan meritokrasi. Kepala hotak dia. kalau cina penipu tetap lah penipu. Mana ada meritokrasi kat Singapura. Yang ada penindasan kepada rakyatnya terutama yang berbangsa melayu.


Cerita kemajuan Singapura terbina apabila Singapura dihalau keluar dari Persekutuan Malaya. LKY kemudian sedar tanpa sumber alam Singapura akan mati kelaparan dan kehausan. Untuk itu LKY kemudian menukar hala Singapura daripada bandar pelabuhan ke negara yang mengamalkan konsep perkhidmatan.

Untuk itu semua trade union telah dihapuskan. Semua hak-hak pekerja dimansuhkan dan mereka kena bekerja macam orang gila. Ini kerana tanpa labour law dan hak-hak pekerja maka tentunya ramai majikan akan ke Singapura. Inilah yang terjadi. Rakyat Singapura dikerah macam hamba untuk bekerja tanpa hak-hak pekerja. Apa yang mereka dapat ialah gaji. Itu sahaja. Kalau mereka melawan majikan alamatnya masuk penjaralah mereka.

Selepas itu, maka LKY sedar bahawa kemajuan tersebut mungkin tergugat disebabkan oleh jiran-jiran Melayunya. Untuk itu, orang Melayu mula dihakis kuasanya. Mula-mula kuasa sultan orang Melayu. Istana Kg Gelam yang ada telah dihilangkan sedikit demi sedikit ini bertujuan mengurangkan kuasa politik Melayu. Tanpa kuasa Istana tentunya tiada penyatuan orang Melayu. Inilah yang terjadi.

Kemudian kuasa ekonomi Melayu dihapuskan. Ini terjadi dengan adanya monopoli perniagaan oleh orang Cina Singapura. Orang melayu makin terhakis keupayaan di tanah air sendiri.

Lihat berapa kerat tanah milik orang di Singapura? yang ada pun dirampas oleh pihak berkuasa Singapura dan dibangunkan menjadi perumahan oleh HDB (Housing Development Board). Harga rumah di Singapura memang mahal. Berapa kerat orang Melayu yang ada rumah dan tanah?

Dari segi keselamatan, baru-baru ini ada seorang Melayu Singapura yang dilantik menjadi Jeneral. Lepas berpuluh-puluh tahun merdeka, baru seorang Melayu jadi jeneral. Berapa ramai kapten, leftenan atau sarjan Melayu dalam SDF (Singapore Defence Force)? Mungkin boleh dibilang dengan jari. Ini terjadi kerana LKY takut jika Singapura berperang dengan negara jirannya, taat setia askar Melayu akan beralih arah.

Bahasa Melayu yang dijamin haknya dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan kini menjadi bahasa tepi jalan. Bahasa Kebangsaan Singapura yang sebenar walaupun tak rasmi ialah bahasa mandarin/kantonis. Ini ternyata betul dengan melihat kepada iklan pengambilan kerja di Singapura yang meletakkan pengetahuan bahasa Cina tersebut sebagai syarat untuk bekerja. Itu tak kira lagi dengan papan tanda jalan di Singapura. Papan tanda tersebut sama ada dalam tulisan Cina atau Inggeris. Jadi mana bahasa Melayunya?

Dalam Perkhidmatan awam pula, lihat berapa ramai Menteri/Timbalan Menteri adalah orang Melayu. Jawatan penting seperti Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga Menteri Pertahanan atau Menteri Kesihatan TIDAK pernah diberi kepada orang Melayu. Itu tidak kira lagi pegawai awam melayu, berapa kerat orang Melayu yang ada jawatan tinggi dalam pentadbiran Kerajaan? apa yang paling menarik ialah jawatan-jawatan penting di Singapura banyak diberikan kepada orang Cina Malaysia. Tak percaya? ini adalah hakikat. Ramai orang Cina Malaysia yang duduk di Singapura menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan Singapura.

Ternyata, dasar yang diamalkan oleh Singapura selama ini bukan meritokrasi tetapi penindasan terancang kepada orang Melayu. Dan ingat Cina PAP adalah saudaranya iaitu Cina DAP. Adakah anda sedar?

0 Responses: