Oct 8, 2009

Bagan Pinang: Pemuda PAS ada Ilmu Kebal tak lut senjata?

Peristiwa pergaduhan yang diwar-warkan di FaceBook Pakatan, di Suratbakar Harakah (baca: SERAKAH), di SMS dan juga diblog-blog Pakatan nampaknya memang hebat.

Rupanya-rupanya dalam diam, PAS telah mengajar ilmu kebal kepada pemuda-pemudanya. Tetapi PAS lupa nak ajar ilmu keberanian dalam diri pemuda-pemuda tersebut. Ini terbukti dalam espisod "pergaduhan" tersebut, pemuda-pemuda PAS yang kebal dan tak lut senjata lari lintang pukang menyelamatkan diri apabila digempur oleh pemuda-pemuda BN.

Jadi, akhirnya disini dapatlah disimpulkan bahawa pemuda-pemuda PAS yang kebal itu takut juga mati. Adakah mereka lupa mereka kalau mati konfirm masuk syurga sebagaimana yang Nik Aziz fatwakan? hanya tuhan yang tahu (opss..tambah Nik Aziz..kecik hati dia nanti).

Lihat disini dan disini betapa hebatnya pemuda PAS kerana walaupun baju koyak ditetak (kesan koyakkan tu memang licin macam kena potong ngan gunting tajam, simetri sungguh) tetap badan pemuda itu tak ada luka. Apa agaknya ilmu yang PAS beri pada dia.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: