Oct 3, 2009

Apabila Mustafa Ali bercakap tanpa fakta: SPR nafi dakwaan PAS mengenai pemilihan POS di Bagan Pinang

Apabila Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS apabila mengatakan bahawa hanya terdapat 1,200 orang pengundi pos di Kem tentera dalam DUN Bagang Pinang berbanding 4,604 orang yang pengundi pos berdaftar maka SPR cepat-cepat mengeluarkan kenyataan untuk membetulkan Mustafa Ali.

Mustafa menuduh bahawa seramai 3,404 pengundi pos itu tidak wujud kerana sudah bersara atau sudah tidak berkhidmat di kem tersebut.

Ini yang menarik apabila orang politik bercakap hal peraturan. Orang politik macam yang saya kata dulu hanya lembu. Mereka ini mana tahu hal pentadbiran dan peraturan pentadbiran. Apa yang mereka tahu cakap ikut akal dan fakta separuh masak. Adun semua sekali dan campak kepada pengikut mereka. Pengikut pula akan lahap maklumat itu tanpa usul periksa. Inilah budaya dalam PAS. Bodoh sombong.

Secara asasnya, pendaftaran pengundi pos adalah berdasarkan tempat bertugas. Dan sebagai tentera mereka boleh dihantar berkhidmat ditempat lain walaupun kem mereka di tempat lain. Sebagai contoh, mereka bertugas di hutan Pahang tetapi kem mereka di Johor. Sekiranya ada PRK atau PRU maka tentulah fizikalnya mereka tiada di kem tersebut tetapi undi mereka tetap di situ. Takkan lah satu batalion kena pulang ke kem semata-mata untuk mengundi. Ini yang Mustafa gagal atau memang tak faham-faham.

Satu lagi, ada isu berkenaan dengan latihan tentera yang diadakan pada tarikh PRK tersebut yang dituduh pembangkang ada muslihat politik iaitu untuk mendapatkan undi pos tentera tersebut. Darpada maklumat yang didapati daripada sebuah forum, latihan tersebut telah dirancangan setahun lepas dengan bajet dan persiapan telah disiapkan. Adakah dengan itu bermaksud bahawa latihan yang telah dirancang itu perlu dihentikan? tarikh-tarikh yang dipilih merupakan tarikh yang tentunya telah dipertimbangkan secara rapi oleh tentera. Pemilihan tarikh lain tentunya mendatang masalah lain kepada tentera dan mungkin kalau dipilih tarikh lain bermakna latihan itu perlu dibuat pada tahun hadapan.

Jadi, sebelum bercakap biarlah dengan otak dan bukan dengan kepala lutut. Kepada Mustafa janganlah memandang kepada agensi Kerajaan sebagai anjing. Agensi seperti Tentera, Polis dan SPR adalah kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk semua. Sekiranya Mustafa berfikiran begitu maka jelaslah beliau ada sikap takut kepada bayang-bayang sendiri. Kakitangan kerajaan adalah manusia punya hati akal dan fikiran. Mereka tahu mana yang betul dan salah. Dalam hal ini hasil hentaman berterusan kepada agensi ini maka kakitangan Kerajaan merasakan bahawa pembangkang anti mereka bukannya anti BN/UMNO. Maka makin jauhlahlah undi kakitangan Kerajaan kepada Pembangkang.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: