Dec 14, 2010

JEFFREY KITINGAN: BYE2 PKR-KAPAL SEMAKIN KARAM!

Makin ramai yang telah meninggalkan PKR. Terbaru Jeffrey Kitingan pun hendak meninggal PKR. Apa sudah jadi dengan PKR? Penulis merasakan bahawa mungkin sebelum PRU13 PKR akan menjadi Parti Ke Rahmahtullah. [klik sini untuk baca kisah kitingan]

Klik sini untuk lihat muka-muka yang telah meninggalkan PKR.

Nov 20, 2010

TEGURAN KHAS UNTUK RAIS YATIM - MENTERI KEBUDAYAAN MELAYU LA SANGAT

Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah seorang menteri Melayu. Kata-kata beliau mencerminkan kebudayaan Melayu, lemah lembut dan bersopan santun.

TAPI sayangngya Rais Yatim mungkin tak tahu bahawa Akademi Seni Warisan dan Kebangsaan (ASWARA) di bawah seliaan kementerianya adalah tempat berkembangnya budaya anti Melayu. Budaya yang dibawa oleh ASWARA adalah sangat teruk. Lihat saja pemakaian pelajar-pelajar melayu di sana. Macam tak cukup baju tak cukup duit nak beli kain.

Rais, pergilah tengok di ASWARA. Betapa teruknya pemakaian pelajar-pelajar kat sana. Ada yang terselak baju. Ada yang senteng baju. Ada yang kain terbelah sampai nampak bontot. Itu tak kira lagi puting susu yang nak terjojol keluar.

INikah ASWARA? tukar nama la. Dari Akademi seniwa warisan kepada Akademi seni Maksiat. Mungkin dalam rangka kerja ASWARA seni itu bermakna less baju less kain. 

Nov 14, 2010

POLITIK MALAYSIA MASIH POLITIK KAUM

Ada satu perkara dalam politik Malaysia yang tidak akan berubah untuk satu jangka masa yang lama.

Perkara itu ialah politik perkauman. Ini adalah fakta. Malaysia ditubuhkan atas sebab politik perkauman. Kalau tak kerana itu sampai kiamat Malaysia tetap akan jadi koloni British yang laparkan bahan mentah Malaysia.

Parti-parti yang ditubuhkan atas nama politik perkauman terus hidup manakala parti yang kononnya ditubuhkan atas nama perpaduan pelbagai kaum (multi racial party aka MCP) ada yang telah ditalkinkan atau pun sebenarnya menjadi  single racial party aka SRP.

Parti Negara adalah contoh terbaik parti MCP yang telah ditalkinkan. Ditubuhkan oleh Pengasas UMNO iaitu Dato' ONN parti yang memperjuangkan agenda pelbagai kaum ini dikebumikan tak sampai beberapa tahun penubuhannya. Parti Negara ditalkin kerana idea satu parti untuk semua kaum adalah sesuatu yang tidak rasional terutama pada masa-masa negara baru hendak merdeka.

PKR, DAP, PPP dan Gerakan adalah antara parti-parti MCP yang telah menjadi SRP. Lihat sahaja siapa yang menduduki kerusi apex parti tersebut. Dari Atas sampai bawah, yang banyak menganggotai parti tersebut adalah kaum dari satu kaum sahaja dan mereka ini yang mendominasi arah tujuan dan perjuangan parti tersebut.

Ambil contoh PKR. Siapa pemimpinya? Anwar dan anak beranak serta Azmin dan the geng. Mereka ini Melayu. Berapa kerat pemimpin kaum lain dalam PKR?

Contoh terbaik pula ialah DAP. DAP menyatakan bahawa mereka adalah MCP. Tetapi jika dilihat susun atur pucuk pimpinan parti tersebut, ternyata yang mengawal, yang menentukan dasar, yang menyumbang duit, yang menjadi propaganda adalah kaum Cina dan isu Cina. Mana datangnya "multi racial? DAP? Berapa kerat orang India dan Melayu dalam DAP? Berapa kerat pula individu bukan cina yang dapat menjadi pemimpin DAP dan dihormati dalam DAP?. Lihat saja sayap pemuda DAP. Ada atau tidak bukan Cina dalam sayap parti tersebut?

PPP dan Gerakan merupakan parti yang ditubuhkan atas nama MCP. Masing-masing ditubuhkan pada tahun 1953 di perak dan 1968 di PP. Masing-masing mengatakan bahawa mereka memperjuangkan multi racial interest. Tetapi hakikatnya kedua-dua parti ini ialah parti India dan parti Cina. Dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbinya, didominasi oleh kaum-kaum itu. Hala tuju dan agenda perjuangannya juga ditentukan oleh kaum-kaum tersebut.

Soalan yang ditanya, mengapa blog ini membangkitkan hal MCP dan SRP. Jawapannya mudah. Perjuangan politik Malaysia dari dulu hingga kini akan sentiasa dibayangi oleh kaum. Walaupun sekuat mana hujah menyatakan bahawa ideologi satu parti satu kaum ini telah diterima, namun sejarah membuktikan bahawa penerimaan itu hanyalah bersifat kosmetik sahaja. di luar nya memang nampak cantik. Cantik mengenai hak sama rata, hak untuk semua, tetapi di dalam parti itu,yang mendominasi akan memperjuangkan hak kaum dominasi tersebut.

Manusia tetap manusia. Lebih-lebih lagi dalam politik. Sokongan itu adalah nyawa. Jadi, kalau anda adalah seorang pemimpin Cina dalam DAP adakah anda akan membuat agenda bukan Cina dalam DAP? tentu tidak. Anda tahu bahawa DAP adalah parti yang 90% didominasi CIna. MAlahan sumber kewangannya pun kemungkinan besar 99% datangnya dari sumbangan kaum CIna. Adakah anda akan melawan mereka yang menyokong anda? anda tahu bahawa DAto' Onn lebur dalam Parti UMNO disebabkan ideologi kesaksamaan kaumnya. Jadi ada belajar daripada hal ini yang mana akhirnya anda pun membawa agenda Cina dalam DAP.

Jadi janganlah tertipu dengan slogan bahawa parti-parti MCP ini memperjuangkan hak semua bangsa sedangkan mereka adalah rasist. Mereka lebih rasis daripada parti perkauman. MCP ini hanya menggunakan topeng MCP kerana tahu bahawa jika mereka adalah SRP pastinya mereka sudah awal-awal lagi ditalkinkan kerana mereka tahu bahawa politik perkauman sudah dibawa dengan baik oleh UMNO, MCA dan MIC. Dan mereka tahu bahawa mereka tiada ruang untuk menyelit dalam politik perkauman ini.


WAJIB LULUS SEJARAH, 13 MEI DAN DAP

Akhirnya DAP membawa utusan malaysia dalam dewan di DUN PP. Dalam sejarah itu terjadi. Kononnya atas alasan bahawa Utusan menyemarakkan rasa benci kepada DAP atas sebab komentar kolumunis Utusan mengenai peristiwa 13 Mei yang perlu dijadikan sebagai hari yang diingati. Hari muhibbah kata Utusan macam yang PAP Singapura (abang kepada DAP) buat. Di Singapura PAP menggunakan 13 Mei sebagai hari perpaduan kaum. PAP bersungguh-sungguh membuat demikian kerana mahu masyarakat Cina di Singapura mengingati kejadian tersebut. Mengapa demikian? tentulah sebab yang paling nyata, peristiwa 13 Mei mengingatkan masyarakat Cina Singapura bahawa ia mungkin terjadi lagi. Dengan ingatan tulus ikhlas tersebut pastilah PAP akan terus mendapat undi Cina Singapura yang tak mahu Melayu berkuasa semula di Singapura.

Senario ini berbeza di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Melayu yang mana peristiwa 13 Mei diingati sebaliknya oleh masyarakat Melayu. Sudah tentu ini menakutkan DAP. Kalau rakyat Malaysia faham sejarah, tentu-tentu peristiwa 13 Mei dan DAP tidak dapat dipisahkan. Akhirnya DAP tahu bahawa hari tersebut akan menyebabkan DAP "bungkus" pada PRU13 nanti.

Jadi, disebabkan ini maka subjek sejarah yang wajib lulus pada SPM nanti tentu tidak disenangi oleh DAP. Yelah mana taknya, sejarah tak pernah menipu. Terutama kepada si penipu dan pengacau. Kerana dengan adanya sejarah maka kisah mereka takkan hilang.

Oct 31, 2010

ANGKASA, CUEPACS DAN CAJ RM 1

Cerita di bawah memang menarik pun kepada semua kakitangan awam.

[klik sini untuk baca temubual dengan Angkasa oleh radio tempatan mengenai isu yang hampir sama]

.....................................................

Kalau anda kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman kewangan membabitkan ANGKASA yang mana potongan tersebut di buat kepada gaji anda, maka wajib anda kisah hal ini.



Selama ini potongan gaji anda itu bukan percuma. Untuk transfer potongan tersebut dari pusat pembayar (PTJ) kepada institusi yang memberi pinjaman tersebut (macam koperasi),anda (ya anda) kena bayar FI RM 10 (duit caj) . Fi ini diambil oleh Angkasa. Padanlah tahun lepas (2009) sahaja Angkasa untung RM2.6B!.


Sekarang ini Kerajaan akan mewartakan bahawa fi yang boleh dikenakan adalah RM 1. Ini pastinya menjimatkan kakitangan Kerajaan. Tetapi bagi Angkasa, ini adalah malapetaka. Selama ini kalau tak kerana transaksi ini tentu dah lama Angkasa mati muflis. Bayangkan berapa ramai kakitangan yang meminjam wang menggunakan Angkasa, dengar kabar sampai 800,000 ribu orang daripada 1.3 Million kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman begitu. Bayangkan, tiap-tiap bulan Angkasa goyang kaki dapat 800,000 x RM 10!. Jadi tentu-tentu bila Kerajaan nak buat begitu, Angkasa melompat.


Angkasa dah bersuara. Mereka tetap nak untung. Walaupun yang rugi nanti orang Kerajaan. Tapi apa yang CUEPACS buat? CUEPACS senyap. Membisu macam orang bisu, pekak macam orang tuli dan membutakan mata macam orang buta. CUEPACS bab-bab ini memang tak boleh harap. Kalau bab naikkan gaji, mintak bonus memang dialah juara. Patutnya CUEPACS pada masa ini kenalah bersetuju dan menyokong penuh dasar Kerajaan itu kerana ia pasti menguntungkan warga kakitangan Kerajaan. Dan CUEPACS patut lebih aktif lagi dengan mencadangkan kepada Kerajaan supaya semua faedah pinjaman membabitkan kakitangan Kerajaan dikenakan hanya 1-2% sahaja berbanding 3-6% sekarang.


Jadi Haji Omar, kamu duduk sebagai Presiden CUEPACS kena lah bersuara. Kalau boleh buat memorandum terus kepada PM. Tapi melihat gaya sekarang, rasanya si Haji Omar ini pasti akan macam biasa, senyap aja.




dipetik daripada : www.ideapelampau.blogspot.com


Oct 10, 2010

KISAH 1MDB, PHB DAN DPSB

Satu Malaysia dah kenal apa dia 1MDB. 1MDB adalah nama kepada 1 Malaysia Development Corporation yang dulunya dikenali sebagai TIA Berhad (Terengganu Investiment Agency) . Antara yang dikaitkan dengan 1MDB adalah Jho Low. Pemuda Cina ini adalah antara yang duduk dalam BOD 1MDB.


Apa yang menariknya tentang JL ialah dia ini merupakan orang yang dikatakan membawa
Mudabala Development Corporatioan (MUDALA) ke Malaysia. MUDALA ini dikatakan akan melabur sebanyak RM22Bilion dalam projek di Malaysia.

Dari laporan yang diterima, JL pernah bersekolah di UK dan dia ini memang baik dengan seorang putera arab daripada Abu Dhabi. Putera raja ini kemudiannya memberikan JL menguruskan pelaburan putera tersebut. Atas sebab itu maka JL dapat membawa pelaburan putera itu ke Malaysia. Dan pastinya pelaburan itu adalah dalam bentuk MUDALA. Dan JL dikatakan dilantik menjadi special advisor kepada seseorang yang sangat hebat.

Jadi, apa kena mengena nama PHB dan DPSB dalam tajuk di atas?. Apa yang ramai orang tahu ialah 1MDB telah diberikan hak untuk membangunkan kawasan TUDM Sg Besi dan kawasan di sekitarnya iaitu kawasan Dataran Perdana. Kedua-dua kawasan ini bernilai jutaan ringgit dan keuntunganya pula adalah bernilai RM150 Bilion dalam masa 10 tahun.

Apa yang orang ramai tidak tahu ialah sebelum ini, kawasan Dataran Perdana telah diserahkan untuk dimajukan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). PHB pula dipunyai olehYayasan Bumiputera.

Jadi, siapa pula DPSB? DPSB adalah Dataran Perdana Sdn Bhd sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. DPSB telah diberikan hak untuk "memajukan" Dataran Perdana. Kedua-dua PHB dan DPSB akan mendapat untung besar sekiranya mereka berjaya membangunkan tanah Dataran Perdana.

Untuk mendapat tanah di Dataran Perdana. PHB dan DPSB telah membelanjakan jutaan ringgit untuk pampasan dan urusan tanah. Urusan ini pula membabitkan usaha selama 10 tahun.

Setelah menandatangani perjanjian beli tanah dengan Pejabat Tanah dan Galian, dan hanya menunggu masa untuk PTG menukar nama dalam geran tanah tersebut, tiba-tiba PHB dan DPSB ditolak tepi dan tanah tersebut diberikan kepada 1MDB!. Nasib baik BOD PHD dan DPSB tidak melatah. Kalau tidak hmm...

Jadi, iktibar dari cerita ini adalah hak yang sepatutnya diberikan kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya di berikan kepada orang lain. Kesian bumiputera, kalau tidak tanah di Sg Besi dan sekitarnya pasti milik bumiputera.

http://www.rencahmalaysia.blogspot.com/

Sep 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 2010

Dengan rasa rendah dirinya blog ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Semoga raya ini akan mengeratkan silaturahim antara kita. Dan jangan lupa anda pulang ke kampung halaman untuk diraikan, bukan untuk dikebumikan, jadi berhati-hati di Jalan raya.



ADUN PKR CINA BERTAHMID DALAM SURAU: MENGENANG KISAH AIDILFITRI 2009 HARAP JANGAN BERLAKU LAGI

Chan Ming Kai, ADUN PKR Bertakbir & Bertahmid.

Jika sebelum ini Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) dan Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran di atas pentas ceramah PAS, Xavier Jayakumar (ADUN PKR Seri Andalas) masuk ke dalam masjid ketika bulan puasa dan memberi ceramah, Teresa Kok (Ahli Parlimen DAP Seputeh) pernah masuk masjid dengan memakai skirt, kini giliran Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) pula bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung, Simpang Pulai pada 19 September 2009, iaitu pada malam Hari Raya Puasa (baca sini).

ADAKAH PAS ITU KHAWARIJ DAN OLEH ITU PAS ADALAH PARTI YANG SESAT LAGI MENYESATKAN?

PAS mengatakan UMNO adalah sesat dan menyokong UMNO akan masuk neraka. Membaca tulisan di bawah ini pasti membuatkan anda berfikir, adakah UMNO yang sesat atau PAS yang sesat lagi menyesatkan?

.................................................................

Oleh : Syeikh Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql


Dasar pemikiran dan ciri-ciri Khawarij pada abad ini (jama’ah takfir wal hijrah) sebagai berikut.

Pertama : Mengkafirkan. Hal ini mencakupi :
1. Mengkafirkan para pelaku dosa besar dan menganggap mereka keluar dari agama dan kekal selamanya di dalam neraka, sebagaimana pendapat Khawarij terdahulu.

2. Menganggap kafir siapa saja yang berbeza dengan mereka dari kalangan kaum muslimin (ulama atau lainnya), dan menjatuhkan hukuman kafir ini secara mu’ayyan (terarah kepada individu tertentu)

3. Mengkafirkan siapa saja yang keluar dari jama’ah mereka yang dahulu pernah bersama mereka, atau orang yang berbeza dengan dasar mereka.

4. Mengkafirkan masyarakat muslim (yang bukan dari mereka), dan menghukuminya sebagai masyarakat jahiliyah.

5. Menganggap kafir siapa saja yang tidak berhukum dengan hukum Allah secara mutlak dan tanpa perincian.

6. Mengkafirkan siapa saja yang tidak mau hijrah kepada mereka dan orang yang tidak mahu memboikot masyarakat dan yayasan-yayasan (organisasi-organisasi).

7. Mengangap kafir secara mutlak orang yang tidak mengkafirkan orang kafir menurut mereka.

SUMBER : Dari Artikel "Siapakah Jamaah Takfir Wal Hijrah" oleh Pena Minang

Sep 4, 2010

DAP: DADDY ANAK PARTY (PARTI ANAK BERANAK)

Dalam banyak-banyak parti pembangkang di Malaysia, Parti DAP yang dikuasai oleh kaum Cina adalah paling menarik. Mana taknya, DAP adalah parti anak beranak. Ini semua orang tahu. Lim Kit Siang dengan anaknya Lim Guan Eng manakala Karpal Singh dengan anaknya Gobind Singh. Kesemua mereka memegang tampuk pemerintahan DAP. Seolah-olah DAP adalah kepunyaan mereka dan ia ditadbir secara dinasti. Kalau lah ditadirkan parti ini memerintah Malaysia, pasti PM adalah bapak dan TPM 1,2 dan 3 adalah anak-anak mereka. Maka jadilah DAP parti yang ditadbir untuk kepentingan anak beranak. Ini lebih teruk daripada kroni dalam UMNO. Atleast dalam UMNO kroni adalah bukan selalunya anak beranak yang memegang tampuk kuasa.

Jadinya DAP bukan setakat parti yang mengamalkan budaya chauvenist malahan mereka juga mengamalkan nepotism dan kronism, dan mereka mengata UMNO buat semua itu.

sila baca kupasan di bawah ini untuk lebih faham Daddy Anak Party Sdn Bhd ini

dipetik daripada sini

DADDY ANAK PARTY



Salam 2 all.

Bagi yang mengenal DAP dengan mendalam sudah pasti akan dapat melihat bahawa ianya hanya parti anak & bapak sahaja. Orang lain semua kira kaki tempel je. Mereka yang pembodek & "toe the line" pak-anak niakan dianggap kroni dan pasti akan selamat.Dan siapa yang dianggap boleh mengancam kedudukan mereka atau juak-juak mereka, kira sayonara lah yop.


Artikel yang diperturunkan dibawah ini adalah analisa dan kupasan seorang veteran dalam DAP, yang pernah melihat si anak membesar dari pakai "pampers" sehingga menjadi "the pampered". Semoga analisa YB Wee Choo Keong, mantan Ketua Penerangan DAP Pusat yang dipecat tahun 1995 kerana "not showing enough affection to party leaders" ini akan menjadi pembuka mata kepada rakan-rakan sebantal Daddy Anak Party ini.


Adios amigos, grasias.


Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Ramadhan 1431
02 Sept 2010


##########################


YB Wee Choo Keong
www.weechookeong.wordpress


Exposing the 2-faced DAP supreme leaders that serve only the dynastic sdn bhd’s interest


Should it have escaped most of you so far, make no mistake the DAP party has been existing and still exists like a private business. A dynastic one that is to be served at all cost and its survival is all that matters.


All the while when the DAP Supreme Leaders messed things up against an accepted universal value like contravention of Rules of Natural Justice they will always switch mode to frantically cover things up or sweep their problems under the carpet. The DAP Supremos also believe that their acquired skill at diverting public attention will always bail them out and that the voters are easily duped and will forget in time.


The sacking of Tee Boon Hock (TBH) reeks of conspiracy and intrigue of the most repulsive kind that perhaps would even have escaped the internationally famous author for suspense, John Grisham, who periodically pens best-selling thrillers one after another.


What is most weird in this case is the fact TBH was dismissed on 11 August 2010 through a press conference and the actual dismissal letter from the Menteri Besar of Selangor himself (which should have rightfully being the duty of the Yang DiPertua of Majlis Perbandaran Klang) was only issued to him dated 30 August 2010. 19 DAYS AFTER THE FACT?! What utter rubbish is this, you tell me???!!!


Here is an extract of the said letter which I managed to get hold of from a reliable source in SUK and below is the content thereof …


SUBJECT: AHLI MAJLIS PERBANDARAN KLANG PENGGAL 2010 / 2011


Perkara di atas adalah dirujuk dan berkenaan.

2. Berhubung dengan isu penyalagunaan surat rasmi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dikaitkan dengan pihak tuan, Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN) bil. 29/20101 telah diadakan pada 11 ogos 2010 dan diputuskan:


i. Terdapat asas yang munasabah wujud penyalagunaan surat rasmi hingga membawa kepada penyalagunaan kuasa;


ii. Perkhidmatan tuan sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK) ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.


3. Kerajaan Negeri mengambil kesempatan ini munguapkan terima kasih ke atas perkhidmatan yang telah tuan laksanakan sebagai Ahli Majlis MPK dan segala usaha tuan membantu Kerajaan Negeri demi meningkatkan mutu pentadbiran Kerajaan Tempatan.


Sekian, Terima Kasih


(Signed)
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim


TBH, with regard to the now infamous Selangor councillor “letterhead scandal,” in the larger scheme of things is more expendable. The real culprit, though constantly being whispered in corridors by Daddy and Anak as a “walking disaster”, is to be protected (ahem, at least for now) for the preservation of the dynastic self-interest. If I have not been misinformed, I was told the Selangor sand scandal is also somehow connected with the temporarily blue-eyed-one and once all the dots are joined one will see where the money trail ends up. Ironically, I think, it was YB Jeff Ooi who has the penchant to urge his readers in some of his blog posts when exposing corporate wrong doings to always “follow the money.” Speaking of the ‘devil,’ so to speak, he has been strangely unusually quiet and inactive, even in his blog, these days, is it not? I wonder why.


Anyway TBH is to be wasted and nothing is to be spared for the final kill. Even when the real culprit was the one who had personally passed on the information to one of the MSM newspapers that underground “taikos” constantly hold meetings at the Selangor Executive Councillor’s office somehow fingers were mysteriously guided to point towards TBH’s direction. The initial “kill” was launched without even a mere suspicion from TBH as to who the schemer was. In retrospect, TBH was a sitting dead duck all along and he didn’t even know it. Poor man! (It’s like this Chinese saying: died and don’t even know the reason why!)


Supreme leaders of DAP, where are your clamors against injustice which you are so famous for? When are you going to launch a mass public campaign for “Justice for TBH-2!” which you were so ardent about and good at with “Justice for TBH-1 (Teoh Beng Hock)”? As you are well aware, TBH’s dismissal from DAP as well as an executive councillor of Selangor state are violations of the Rules of Natural Justice. Which is universally held in high esteem! Come on, don’t sit on your moral high horse and do nothing! Don’t be hypocrits and two-faced!


Why no calls for Royal Commissions that you are infamous for to be carried out for TBH’s sake. Why no Reformasi? Why not even a whimper in public of doing the right thing and coming to his defence?


Ah, I forget, the DAP that the supreme leaders project in public is not the same DAP in private, especially when it comes to the Daddy Anak Party sdn bhd.


Like I said before, politics of expediency is diametrically opposed to riding on moral high horses. Quit the sham. Quit the hypocrisy. Just quit the scene and stop making fools out of the Malaysian public whom you mistakenly take them for idiots!


Really, now is the most opportune moment for the nation to demand for a campaign for Justice for TBH-2! if the DAP supreme leaders do not have the sincerity, gumption or gonads!


To be continued … Part 2 “Why such a campaign should be launched!

www.rencahmalaysia.blogspot.com

FAKTA UNTUK AHLI PAS: HUKUM HUDUD BUKAN LAGI PERJUANGAN PAS!

Membaca tulisan YB Zul Kulim ternyata membuka banyak persoalan dan tentunya pekung didada PAS. YB Zul seorang YB yang dulunya dalam PAS dan kemudian bertanding atas tiket PKR merupakan orang yang paling layak memberi maklumat tentang hal ini.

Jadi kalau YB Zul yang dulunya ahli PAS/PKR yang disegani sudah bercakap sebegitu, adakah anda sebagai ahli PAS akan masih menyokong PAS?

Baca kenyataan penuh YB Zul disini



DEMO ANTI INDONESIA: BERSIH DAN HINDRAF AKAN HIMPUN 200,000 ORANG SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA MALAYSIA

Tajuk di atas memang tak akan jadi sampai kiamat pun. BERSIH dan HINDRAF kedua-dua badan yang tak guna ini hanya bagus untuk mengumpul orang bagi tujuan menjahamkan maruah, integriti dan keamanan negara.

Pemimpin-pemimpin mereka hanya pandai membuat tindakan yang merosakkan nama negara. Tetapi untuk mempertahankan negara, mereka ini memang tak boleh diharap. Jadi kesimpulannya, golongan-golongan seperti ini adalah tidak boleh diharap langsung untuk mempertahankan negara apatah lagi berjuang untuk negara.

Jadi kepada pemimpim BERSIH dan HINDRAF, selain merosakkan nama dan martabat negara, ada tak kegunaan lain diri kamu?

Sep 2, 2010

AJK SURAU JUAL AGAMA DEMI RM1000?

Seperti biasa, PAS dalam usahanya mendapatkan kucupan istimewa daripada DAP sanggup buat apa saja untuk menghalalkan tindakan DAP. Terbaru kes dua orang Yang Berhormat DAP masuk ke surau/masjid. Satu jantan dan satu lagi bukan jantan. AJK Surau pulak yang confirm-confirm ahli PAS sanggup benarkan si kafir tersebut masuk ke ruang solat dalam bulan ramadan dalam waktu isyak. Ahli Jawatankuasa tersebut sanggup melakukan ini hanya semata-mata kerana derma RM1000?. Kalau inilah kenyataannya maka ternyata pelacuran terhadap agama sudah mencapai tahap sehina ini dan ia perlu ditentang sehabis-habisan!.

Ada blog yang menyatakan tindakan membenarkan kafir harbi masuk ke dalam ruang solat sembahyang orang islam dengan tidak menutup aurat dan tidak dalam keadaan bersih adalah betul. Manakala ada blog yang menyatakan tindakan sebegini mencerminkan sikap jual agama oleh pihak PAS. Bermacam alasan dan sebab dari sudut agama diberikan oleh golongan pro dan kontra ini.

Disebabkan blog ini juga dibaca oleh golongan bukan islam yang menggunakan hukum logic dalam membuat pertimbangan maka wajiblah juga blog ini memberikan sedikir penjelasan dari segi logic mengapa tindakan masuk ke ruang solat orang islam dengan tidak mengikut syarat yang ditetapkan adalah tindakan yang salah.

Semua orang termasuk orang bukan islam layak masuk ke surau/masjid tempat beribadat orang islam. Tiada halangan untuk itu. Terdapat dua perkara yang perlu difahami oleh orang bukan islam terhadap tempat beribadat orang islam. Pertama kawasan sekitar surau/masjid, kedua kawasan dalam surau/masjid (bagi tujuan ini perkataan surau juga bermaksud masjid). Untuk masuk ke surau, seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua orang boleh masuk ke surau dengan beradap. apakah adapnya? untuk memudahkan pemahaman orang bukan islam. Ada dua adab untuk masuk ke surau, pertama pakaian mesti sopan (menutup kawasan tubuh badan) dan kedua seseorang mesti bersih.

Sebelum masuk ke dalam surau, seseorang mesti masuk sekitar surau dahulu. Untuk masuk sekitar surau, pakaian yang dipakai mestilah bersesuaian iaitu menutup kawasan tubuh badan. Kemudian untuk masuk ke dalam surau, adapnya adalah seseorang mestilah bersih. Bersih disini ialah dia mestilah, bagi lelaki, mandi junub (iaitu mandi membersihkan diri dalam islam) dan bagi wanita mestilah bersih dari segi mandi junub dan juga tidak didatangi period. Syarat yang sama juga terpakai kepada orang islam yang tidak memenuhi syarat di atas juga tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.

Jadi, apabila seorang bukan islam masuk ke surau dengan tidak memenuhi syarat di atas, dia TIDAK LAYAK masuk kedalam tempat tersebut.

nota:
ke dalam surau bermaksud tempat/ruang solat orang islam.

Kepada golongan PAS yang akan membaca entri ini, ada satu pesan saya, tidak semua perkara boleh dijual beli. TIdak semua perkara kita perlu sokong. Ada yang perlu kita bangkang. Perlu diingat, tugas kita adalah untuk menyedarkan. Jangan nanti, ada satu masa golongan kafir boleh berdiri di Mimbar dan memberi ceramah agama pada kita. Kalau dewan solat pun mereka boleh masuk, apatah lagi mimbar.

lihat juga komen YB Zul Kulim disini tentang hal yang sama disini 


Aug 28, 2010

PEMIMPIN MELAYU LEMAH: ORANG MELAYU UNDI BUKAN MELAYU

Melihat kepada senario sekarang, blog ini merasakan bahawa pemimpim melayu diserang. Semua pemimpim melayu, tidak kira daripada UMNO, PAS atau PKR telah diserang kredibiliti mereka sehinggakan mereka dilihat sebagai lemah.

Serangan ini bermula sebelum PRU12 lagi dan berterusan sehingga kini. Cuba saksikan, satu persatu pemimpim Melayu diserang. Baik PAS, baik UMNo atau PKR, pemimpin Melayu dilihat korup, tamak, haloba, tidak pentingkan negara, kaki perempuan (lelaki) dan akhir sekali pemimpin Melayu dikatakan lemah. Lemah untuk melawan tuntutan bangsa lain, lemah melawan provokasi negara luar dan lemah melawan kekalutan dalam parti atau komponen parti sendiri.

Apabila ini terjadi, akhirnya orang-orang Melayu akan mula membenci pemimpin melayu.Mereka akan melihat kepada alternatif yang lain. Akhirnya mereka akan pergi ke kaum Bukan Melayu untuk memperjuangkan hak rakyat. Inilah yang sedang terjadi.

Kepada pemimpin Melayu, sudah-sudah lah mengambil hati orang bukan Melayu. Kalau bukan hak mereka dari dulu, maka jangan dilayan tuntutan mereka. Andai kata kedaulatan negara kita terancam, maka janganlah dikompromi kepentingan itu. Jika tidak, anda akan diketepikan.



INDON BAKAR & LEMPAR NAJIS BENDERA MALAYSIA: AHLI PARLIMEN MALAYSIA ADALAH BACUL

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia telah membahaskan hal berkenaan kes maritim Malaysia yang mana dalam kes tersebut tiga orang pegawai maritim indonesia telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia manakala 7 rakyat Malaysia telah diculik oleh pegawai maritim indonesia.

Dewan Perwakilan Indo itu telah mengutuk serta mengarahkan Kerajaan Indon untuk ambil tindakan terhadap Malaysia. Menteri luar Indon yang memang baik terhadap Malaysia, telah dikutuk hebat oleh parti pembangkang indon dan juga parti Kerajaan indon.

Itu di Indon. Di Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia, langsung tak membahaskan hal ini. Yelah, alasan mereka ialah Parlimen tak bersidang macam mana nak bahaskan hal ini. Untuk makluman semua, sekiranya Parlimen tak bersidang pun, Parlimen boleh membuat usul tergempar dengan memanggil semua YB-YB untuk satu sesi Parlimen tergempar.

Tapi itu tak terjadi. Parlimen Malaysia tak buat apa-apa pun. ISu bakar bendera dan lempar najis pada Kedutaan Malaysia adala isu kedaulatan negara. Dalam hal ini, sepatutnya Parlimen ambil berat. Parlimen sepatutnya buat sesuatu. Kalau tak mampu nak putuskan hubungan diplomatik pun cukuplah dengan membahaskan perkara ini diParlimen. Tetapi nampaknya ahli parlimen lebih suka membising dan memekak pasal politik sahaja. kalau bab politik, satu sidang tergempar parlimen boleh diminta dibuat!. Mana karpal singh yang sangat bising tentang sidang parlimen tergempar. Mana dia mahfuz yang cakap berderau-derau hal kedaulatan negara. mana dia Bung Mokhtar yang sanggup ke Mahkamah untuk kawin dua tetapi bacul untuk bercakap hal kedaulatan negara. Mana dia si Khallid gagap dan Khalid Gereja yang sibuk hal survival politik masing-masing tetapi tak sanggup nak bangkitkan hal survival kedaulatan Malaysia.

Nampak gaya, YB-YB Malaysia kena tukar nama. Daripada Yang Berhormat, kepada Yang Bacul sangat.

Aug 26, 2010

KORPORAT: UNTUNG MELEBIHI 100% MESTI ADA YANG TAK KENA

Bayangkan, untung kamu 200%, 300% 150%. Mesti kamu rasa sangat bertuah. Tetapi sebenarnya ia menunjukan apa? ia menunjukan kamu telah mengambil untung berlebihan. sangat berlebihan sampai menekan orang lain. Itu pasal kamu untung banyak!.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

MELAYU BAWAK KEPALA LEMBU KENA DAKWA, CINA YANG BALIN CAT DAN ARAK KE SURAU HANYA PERLU MINTA MAAF!

Jabatan Peguam Negara memang hebat. Kes Melayu yang sorong kepala Lembu dalam satu perarakan ditangkap dan didakwa tetapi kes budak cina 4 orang yang menghina tempat beribadat orang Islam (surau) hanya dikenakan tindakan meminta maaf!.

Peguam Negara, kamu memang hebat dan pantas!

www.rencahmalaysia.blogpsot.com

DOA PAS: SEJAHTERA SI KAFIR, CELAKA LAH SI MUSLIM

Pada PAS, UMNO adalah seburuk-buruk umat. Lebih teruk dari si Kafir. Sebab itu ada ahli PAS yang mendoakan kesejahteraan si Kafir dan pada masa yang sama mendoakan kecelakaan pada orang muslim yang menjadi ahli UMNO.

Pasti lepas ini Nik Aziz akan keluarkan fatwa baru. Macam biasa, wahalaluntukPAS, walharamuntukUMNO.

p.s
Sehingga hari ini, Nik Aziz masih senyap lagi. Kutuk tindakan ahli PAS itu pun tidak, iyakan pun tidak. mungkin Nik Aziz tegah geleng dalam hati.

Aug 25, 2010

NEGARA ISLAM DAN HUDUD: PAS DAN KARPAL SINGH BERDEBAT SECARA LIVE DI TV?

PAS kata mereka memperjuangkan negara islam (negara kebajikan) dan hukum Hudud untuk digunakan di Malaysia. Untuk itu PAS sanggup melutut menadah tangan bergabung dengan DAP untuk satu "perkahwinan" yang haram.  

DAP pulak memang diketahui tidak akan menyokong negara islam (malahan waktu Kerajaan isytihar Malaysia adalah negara islam, DAP terang-terang menentang) dan hukum hudud digunakan di Malaysia. Walau macam mana pun dipujuk oleh PAS, DAP tetap tak mahu Islam dan Hudud di Malaysia.

Tetapi demi Politik, DAP sanggup menyambut tangan PAS untuk menang dalam PRU. Untuk itu dalam PRU12, macam yang kita semua tahu, perkahwinan haram antara DAP, PAS dan PKR telah berjaya mendapat banyak undi merajuk orang Melayu.

Pakatan haram itu mendiamkan negara islam dan hukum hudud PAS. Ternyata tindakan itu berjaya menipu ramai orang termasuk ahli PAS sendiri. Tetapi, bak kata orang, cantik diluar tak bermakna tenang di dalam. Kalau matlamat perjuangan itu dikompromi maka tentunya isu matlamat tersebut akan berbangkit semula. Akhirnya apabila PAS kata nak buat juga negara islam dan hukum hudud macam yang telah dipersetujui oleh wakil pakatan haram sebelum PRU12, maka DAP pun melalui Karpal Singh AKA the technical man in court, telah mengeluarkan kenyataan menentang agenda PAS tersebut.

 Bayangkan, wakil PAS si Nik Aziz kata Karpal setuju untuk negara islam dan hudud, tetapi Karpal kata mana ada dia setuju untuk itu. isunya disini, siapa yang betul? Nik Aziz mursidul am PAS atau Karpal Singh yang menipu? Perkahwinan haram ini nampaknya tak lama.

Jadi, bagi menyatakan siapa yang menipu, maka blog ini mencadangkan untuk NIk Aziz dan Karpal berdebat secara terbuka tentang isu ini. Bagi semua rakyat Malaysia tengok, siapa betul, siapa salah. Siapa menipu dan siapa tertipu. Itupun kalau Nik Aziz dan Karpal berani.



Aug 21, 2010

DINAR DAN DARHAM UNTUK KELANTAN, JONG EMAS UNTUK KEDAH, SELANGOR GUNA PASIR

MB Kelatan, seperti biasa, buat lawak lagi. Orang ini tak habis-habis buat kenyatakaan 3suku. Sama macam penasihat 20%nya juga. Isu Dinar Emas dan Dirham sebagai mata wang adalah perkara yang dibuat tak cukup masak. Masih banyak perkara teknikal yang perlu difahami oleh MB dan penasihatnya sebelum membuat suatu keputusan bodoh.

Banyak blog sudah pun mengupas isu tersebut, dan blog ini tidak mahu mengupas isu yang sama.Cuma perlu sahaja diingatkan bahawa kalau Kelantan boleh keluarkan emas dan perak sebagai matawang, selepas ini apa yang menghalang Kedah untuk gunakan Jong Emas? apa pula yang menghalang Pulau Pinang untuk gunakan matawang Yuan Emas sebagai matawang nya sendiri. Jadi selepas ini setiap negeri akan gunakan mawatang Emas sendiri untuk tujuan komersil. Kemudian apa yang jadi? akhirnya rakyat Malaysia akan mempunyai bukan satu tetapi 14 matawang untuk diperdagangkan dan siapa pula yang menentukan kadar matawang tersebut? ada orang akan kata tentulah pasaran emas semasa akan tentukan harganya. Memang betul, tetapi kalau tiba-tiba setiap negeri menambat matawangnya sendiri, apa akan jadi?

Mungkin Selangor akan gunakan matawang alternatif juga, iaitu pasir. Almaklumlah pasir Selangor kini memang berharga sampaikan berjuta ringgit lesap tak dapat dikesan.

PAKATAN DAP-MCA-GERAKAN : CINA TETAP BERSATU

Sejarah membuktikan bahawa kaum Cina di China sewaktu perang Jepun - China (Sino-Japan War 1937-1945) telah bersatu padu menentang Jepun yang dikatakan sebagai pemusnah bangsa dan negara china. Dalam satu perbincangan meja bulat, parti komunis dan parti koumintang telah bersetuju untuk bersatu menentang musuh yang satu. Musuh yang bertujuan memusnahkan China, memusnahkan identiti cina. Bayangkan, bagaimana kaum cina yang mempunyai dua ideologi, yang sebelum ini berbunuhan, sanggup meletakkan ketepi persengketaan mereka demia bangsa dan negara mereka.

Pada masa ini, sejarah berulang kembali. DAP yang berasal daripada PAP Temasik (yang memang dikenali sebagai parti chauvenist kiasu Cina), Gerakan dan MCA juga parti kaum cina yang mempunyai identiti cina yang kuat (dan juga mempunyai presiden yang moralnya diketahui ramai  yang skandal seksnya telah pun tersebar) telah kini bersatu suara terhadap kepentingan bersama mereka.

Mereka ini duduk sebagai satu suara, satu gabungan tenaga yang dulu berpecah tetapi kini sudah bersama. Dengan kekuatan ini, mereka akan menjadi lebih kuat. lebih ampuh untuk mintak apa saja. bayangkan, MCA dan Gerakan mampu "meminta" Kerajaan untuk itu dan ini yang pastinya demi kepentingan mereka dan kaum cina, manakala DAP pula boleh meminta kepada Pakatan DAP-PAS-PKR juga untuk kepentingan mereka dan kaum cina. Dalam keadaan mana pun, yang untung tetap kaum cina. Di pihak Kerajaan pun mereka sapu, dipihak pembangkang pun mereka sapu.

Yang rugi?tentunya kaum Melayu dan Bumiputera. Duduk di pihak mana pun yakni di pihak Kerajaan atau di pihak Pembangkang, Melayu dan Bumiputera akan tetap kalah. Kerana apa? kerana Melayu tidak bersatu. Melayu telah berpecah. Suara yang ramai itu telah menjadi puak-puak kecil. Puak-puak bodoh yang tidak tahu bahawa masa depan anak-anaknya, cucunya kini diambang diambil orang.

Aug 15, 2010

PAS-BERG: KALID BAGI GREEN LIGHT UNTUK ARAK BERKEMBANG MAJU DI SELANGOR


Berita Harian pada 15 Ogos pada muka surat 5 menyatakan bahawa Kalid Gereja seorang pemimpin PAS menawarkan kepada Kilang Arak di Shah Alam untuk memperbesarkan kilangnya.


Tahniah Kalid. Lepas kes penggunaan nama Allah oleh pihak gereja kristian, Kalid buat lagi kenyataan bahalul untuk besarkan kilang arak dan tentunya untuk menambah pengeluaran arak di Selangor. Mungkin Kalid fikir kalau buat begitu tentu lagi banyak peluang pekerjaan boleh diberi kepada orang-orang Melayu Islam di Selangor. 

Dulu sebelum PRU12, PAS beria-ria akan tutup kilang arak di Selangor sekiranya mereka menang, tapi kini sebenarnya inilah PAS, bukan berniat menutup kilang arak malahan PAS sanggup pula membesarkan operasi kilang tersebut.MAKA benarlah kata orang, PAS ini iala walharambuatmu walhalalbuatku. 

Kepada Kalid gereja, tahniah sekali lagi. Kau memang bagus berpura-pura. Dan TAHNIAH juga pada PAS, kau akan buat aku lagi bersemangat untuk memastikan PAS kalau teruk dalam PRU13!.

Aug 12, 2010

KENAPA RAMAI MELAYU KERJA DENGAN KERAJAAN?

Satu perkara yang menarik tentang kakitangan Kerajaan ialah ramainya orang Melayu dalamnya. Dari peringkat atasan sampailah ke kakitangan bawahan. Kenapa ini terjadi? nak kata sebab gaji lumayan tak juga. Nak kata tentang faedah yang banyak, tak juga, sekuriti pekerjaan? tak juga. Jadi disebabkan apa Melayu ramai dalam Kerajaan? sebabnya mudah sahaja. Kalau kerja swasta, kena pulak syarikat bukan Melayu alamatnya mati kena perah la si Melayu tu. Ini adalah kenyataan. Walaupun pahit tapi ia benar. Diskriminasi ini memang ada. Dari segi gaji, pangkat hinggalah ke cuti. Tak percaya? anda perlu percaya. cara mudah ialah dengan anda pergi ke pasar raya, tanya promoter Melayu dan bukan Melayu, berapa gaji mereka. Anda pasti terkejut kerana yang Melayu akan terima kurang seringgit sejam berbanding bukan Melayu. Itu tak termasuk pangkat dan cuti. Alahai Melayu, masih tak nampak ke keadaan sebenar? Hak kamu diambil. Kamu ia kan. Kamu di pijak pun kamu iakan. Akhirnya kamu menumpang dibumi sendiri.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Mahasiswa dan politik: kemana arah tuju?

Bercakap tentang mahasiswa dan politik bagai bercakap tentang kuih yang tak siap bikin lagi. Manakan tidak, dengan pengalaman yang sangat cetek tentang ilmu dunia apatah lagi ilmu kursus yang mereka tuntut, adakah mahasiswa layak bercakap hal politik?

Mereka layak bercakap. tetapi cakap yang tidak cukup syarat. kenapa? sebab mereka ini budak mentah yang layak diberi gula-gula untuk dimakan, manis sedap tetapi tidak tahu siapa yang memberi gula-gula itu. mereka ini tidak tahu apa yang mereka makan itu sebenarnya racun kepada pemikiran mereka. racun kepada diri dan akibatnya? mereka jadi dunggu dan bodoh.

Mak bapak menghantar mereka ini ke universiti dengan harapan mereka mampu menjadi yang terbaik. terbaik dalam pelajaran dan dalam bidang masing2. apa guna masuk ke universiti kemudian apabila result keluar, keputusan peperiksaan tidak segah mana.

Harus diingat, politik ini kotor. kotor dan jijik. lebih jijik dari pelacur. kalau pelacur melacurkan diri untuk wang, ahli politik melacurkan diri untuk kuasa. dan ahli politik boleh melacurkan diri dari satu parti ke parti yang lain sekiranya parti itu mampu memberikan apa yang mereka mahu.

Pelajar yang aktif berpolitik selalunya adalah loser. mereka tahu mereka bodoh dalam pelajaran. masuk universiti pun disebabkan oleh sistem quota. kalau tidak kerana sistem ini, sampai mati pun mereka tidak akan menjejakan kaki ke universiti. jadi untuk dapatkan kerja, mereka perlu popular. untuk popular kena masuk persatuan. persatuan terbaik ialah sport atau politik. pelajar politik ini selalunya lemah dalam sukan. jadi persatuan politik lah landasan terbaik untuk mereka jadi popular dan sekaligus menarik perhatian ramai orang dan boleh menjadi tiket mendapat kenalan untuk diberi peluang bekerja. kan mudah?

Pasti ada yang kata pelajar berpolitik sebab kesedaran. kesedaran apa? nak makan pun perlu minta duit mak bapak. nak berjalan pun nak duit mak bapak. ini kan nak berpolitik. siapa yang menghulur duit (gula2)? pastinya yang menghulur inginkan sesuatu balasan kepada gula2 tadi. no free lunch dalam dunia ini. siapa yang bodoh? pelajar itu juga. jadi pak turut.


Sebagai pelajar apa yang penting ialah peluang menambah ilmu dalam bidang yang diambil. ini untuk membantu membina suatu individu yang mampu menjana dan membantu perkembangan negara. tapi kalau dah asyik berpolitik, pasti belajar akan lingkup. kalau dah lingkup tak ada siapa lagi akan pandang kamu wahai pelajar! kalau tidak pun, kalau kamu berjaya habiskan exam pun, berapa kerat antara kamu yang dapat keputusan terbaik? kira dengan jari. setakat keputusan cukup2 makan tak payah nak berkokok!

Jadi, sebaiknya belajar. ambil tahu hal politik. tapi jangan susahkan diri dengan politik. kalau kamu gagal dalam pelajaran tak ada siapa akan membantu kamu. mak ayah juga yang malu. anak yang diharap mampu membantu rupanya menjadi duri dalam daging. menangis si ibu melihat anak harapannya lingkup. harapan sang ayah punah disebabkan kebodohan anaknya.


Selepas belajar, dah dapat pekerjaan, nah lunaskan kemeruapan hatimu, berpolitiklah selagi ia sah. Jangan terlalu berpolitik dalam kampus. kamu lebih pandai dari sesetengan ahli politik. jangan samakan rendahkan pemikiran kamu dengan mereka

dipetik dari:

Aug 10, 2010

BANGSA MELAYU: HAK DIAMBIL ORANG LAIN TAK MENGAPA, KALAU BANGSA SENDIRI YANG AMBIL TAK BOLEH!

Bangsa Melayu. Kalau hak nya diambil oleh orang lain. Tak mengapa katanya. Tapi kalau bangsa sendiri yang ambil hak itu, dimarahnya dikejinya dihinanya. Daripada hak melayu disapu oleh bangsa lain, baik pula yang men"yapu" adalah bangsa sendiri. Tetapi melayu memang macam itu. Dengki pada bangsa sendiri. Kalau pada bangsa lain, melutut, menangis, baring tengah jalan, membiarkan islam dipermainkan, sanggup dikorbankan demi bangsa lain itu. 

Orang Melayu ini sikapnya adalah tidak boleh tengok bangsa nya maju. kalau boleh, kalau dia tak dapat, orang bangsanya pun tak dapat. kalau tidak, marahnya berjela-jela. Kutuknya setinggi langit.


Dalam hal sekarang, cuba lihat, sedikit-demi sedikit hak melayu disapu bangsa lain. Bermula daripada hak diskaun rumah, hak biasiswa, hak pekerjaan, hak ASB, hak pendidikan, hak perundangan (syarie) semuanya hendak dikaut oleh bangsa lain. Tetapi melayu tetap macam itu juga. Langsung tak sedar. Bagi melayu jenis ini, "arr..bukan aku dapat pun" adalah cogankata hidup mereka. Mereka tak nampak kesan 20 tahun lagi. Profesional Melayu kena sedar bahawa golongan Melayu pertengahan adalah produk daripada hak yang digubal tadi. Hak-hak ini membawa kepada pembentukan identiti Melayu pertengahan baru. Kalau tidak kerana hak-hak ini, melayu masih menjadi orang kampung yang hanya bercucuk tanam dan pandai jual tanah sahaja. Kalau melayu hendak berkongsi hak, maka bangsa lain mesti bersikap adil kepada Melayu. 

NOTA:
cuba bertanya kepada pekerja melayu diperusahaan milik bukan melayu. Berapa gaji mereka. Berapa pula gaji kawan mereka yang bukan melayu yang bekerja disana yang sama taraf pendidikan. Banyak betul bezanya.

bagi melayu haram jadah ini, melayu yang kaya disebabkan hak melayu adalah seteruk-teruk manusia. pada mereka biarlah bangsa asing yang kaya dengan hak melayu. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Aug 8, 2010

TOL JALAN AKAN DIHAPUSKAN?

NKRA adalah nama payah nak sebut dan payah nak faham. Pak-Pak Menteri suka guna nama bombastik mr lova2 yang orang kampung payah nak faham. Bukan setakat orang kampung, orang bandar pun ada yang tak faham.



Ini mungkin orang semua faham. NKRA : Hapuskan TOLL!. Lembaga Lebuhraya Malaysia patut ambil alih pengurusan lebuh raya. Bila LLM ambil alih tentu TOL yang dikenakan akan hanya untuk cover kos lebuh raya bukan untuk keuntungan. Tentu TOL pun dah tak perlu. kalau perlu pun mestilah hanya TOL minimum sahaja. Benda ini bukan baru pun, ada TOL di Langkawi yang dikutip oleh JKR. Boleh pun buat. LLM ditubuhkan untuk uruskan hal lebuh raya. Mungkin fungsi ini perlu dibuat semula.



Aug 3, 2010

Bekas ADUN Umno, Pembantu Wanita Mati Ditemba

Sungai Buloh 3 Ogos - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan pembantu peribadi yang dikenali sebagai Siti Norazah, 43, dipercayai mati akibat ditembak menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan seperti yang dilaporkan.


Abdul Aziz, 64, dikatakan telah ditembak di kepala sehingga menyebabkan kematian.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memaklumkan status kejadian di laman sosialnya, Facebook kira-kira pukul 1.25 petang tadi.
Khalid berkata siasatan awal menunjukkan ada kesan kecederaan di kepala akibat tembakan di kedua-dua kepala mangsa. Tembakan itu dipercayai datang dari dalam kereta yang dinaiki mereka.
Polis turut menjumpai sepucuk pistol di tempat kejadian. Pihaknya juga percaya pistol tersebut adalah kepunyaan Abdul Aziz.
Senjata itu sekarang ini disimpan oleh pihak polis sebagai bahan bukti.
Sebelum itu, pihaknya melaporkan bahawa Abdul Aziz mati akibat kemalangan berdekatan Sungai Buloh, beberapa kilometer selepas kawasan hentian rehat  R&R Sungai Buloh, kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Pihaknya memetik laporan Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abd Rahim Abdullah,yang berkata berdasarkan maklumat awal, kereta yang dipandu mangsa terbabas dan berpusing sehingga menyebabkan kemalangan.
Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon KEADILAN, Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.
Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak daripada Umno.

Aug 2, 2010

MB Khalid Lantik Isteri Muda Sebagai Pegawai Sendiri ?

Sebaik sahaja nama Khalid Ibrahim disebut-sebut sebagai MB Selangor pada malam 8.mac.2008 sudah kedengaran suara-suara yang mengatakan beliau akan mentadbir Selangor sebagaimana dia mentadbir sebuah syarikat.


Telahan itu menjadi kenyataan, satu demi satu yang diperlakukan oleh Khalid yang lagaknya seolah-olah beliau mentadbir sebuah syarikat. Banyak keputusan yang dilakukan oleh Khalid tidak disenangi oleh orang-orang PAS dan PKR.

Antaranya ialah:

Melantik rakan-rakan korporat dia dalam jawatan-jawatan penting di Selangor termasuk dalam GLC milik Kerajaan Selangor.

Meminta PKNS membayar dan menghantar lembu korban ke kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak.

Menggunakan wang kerajaan negeri untuk penyelenggaraan kenderaan peribadinya (lexus).

Itu antaranya, saya difahamkan banyak lagi yang ada.

Ini pula kisah yang baru sampai ke pengetahuan saya.

Difahamkan wanita dalam gambar di bawah ini adalah isteri muda Khalid Ibrahim yang dilantik oleh Khalid untuk bekerja dengannya.

Nama : Rahimah Bt Kamarudin

K/P : 5x12x0 - 04 - 5x60

Jawatan : Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor

Gaji : RM 5000.00 Elaun : RM 2000.00
Gaji dibayar oleh MBI

Alamat : Shah Alam dan Taman Cahaya Ampang
(alamat penuh saya tidak boleh siarkan)

Untuk pengetahuan pembaca semua, jawatan Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor tidak wujud semasa zaman pemerintahan BN dahulu.

Difahamkan jawatan tersebut diwujudkan oleh Khalid semata-mata untuk meletak Rahimah di situ. Dan beliau mengarahkan MBI supaya membayar gaji Rahimah. Inilah tandanya kerajaan pimpinan Khalid
Mengkronikan Ekonomi Selangor. SloganMerakyatkan Ekonomi Selangor hanya pembohongan semata-mata. Buktinya ada di sini.

Jika benar seperti yang didakwa bahawa Rahimah adalah isteri muda Khalid, maknanya Khalid telah melakukan kesalahan moral yang serius. Ini kerana belum pernah lagi dalam pentadbiran negara atau negeri kita mendengar seseorang pemimpin melantik isteri mudanya bekerja satu pejabatnya dengannya. Jika dalam sesebuah syarikat sendirian berhad ianya perkara biasa.

Berita yang sampai kepada saya juga mengatakan kakitangan-kakitangan di pejabat MB Selangor dan pejabat-pejabat exco amat tidak senang dengan Rahimah. Dia cuba mengawal segalanya dan mereka-mereka semua perlu merujuk kepada Rahimah terlebih dahulu. Pendek kata, Rahimah berkuasa dalam segala hal.

Rakan blogger unspinners juga pernah menulis kisah Rahimah 
Dipetik daripada sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jul 30, 2010

APABILA MENTERI NAIK TOCANG!- PENJAWAT AWAM AKAN BOIKOT KERAJAAN?

APABILA MENTERI NAIK TOCANG!


INI adalah contoh menteri yang akan membuatkan kakitangan Kerajaan menyampah pada anggota Pentadbiran. Pertama sekali dia cakap tak ikut otak. kedua dia cakap tak sensitf langsung pada perasaan kakitangan Kerajaan. 

YB Menteri tak ikut otak bila bercakap apabila dia kaitkan Kekalahan BN pada PRU yang lepas yang dikatakan disebabkan oleh Kakitangan Kerajaan. Dia kata pasal perkhidmatan kakitangan Kerajaan lah maka rakyat undi Pembangkang. Haiya tambi, memang betul la disebabkan kakitangan Kerajaan la BN kalah tetapi itu terjadi apabila  kakitangan Kerajaan vote pembangkang. Kalau tidak takkan KL dan Selangor jatuh ke tangan Pembangkang. KL dan Sgor banyak kakitangan Kerajaan. Kekalahan BN bukan disebabkan oleh layanan dan perkhidmatan kakitangan Kerajaan tapi disebabkan sikap anggota Pentadbiran yang bongkak dan sombong. 

Ada beberapa kes yang mana menyebabkan kakitangan Kerajaan bersatu hati dengan memangkah pembangkang. Pertama kes bonus. Sudahlah Kerajaan pada masa itu naikkan harga minyak dan harga barang pun turut melambung, Kerajaan pula tidak mahu memberi bonus kepada Kakitangan Kerajaan walaupun perkhidmatan Kerajaan bertambah baik. Kes kedua berkaitan dengan Tan Sri KSN sendiri yang dilihat pro anggota pentadbiran menjadikan ramai kakitangan Kerajaan bertambah sakit hati. Kes ketiga melihatkan kepada campur tangan anggota pentadbiran yang terlalu sangat MAKAN duit rakyat. Kontrak yang patutnya beberapa juta jadi berjuta-juta disebabkan campur tangan ini. Ini yang menjadikan kakitangan Kerajaan mengamuk. 

So kalau YB Menteri kata dia akan ambil tindakan kepada kakitangan Kerajaan, maka cerminlah diri mu sendiri. Perkataan ini tidak sensitif langsung kepada perasaan kakitangan Kerajaan. Adakah setiap aduan yang diberikan kepada kamu itu wahai YB Menteri menjadikan Kakitangan Kerajaan salah? adakah disebabkan kakitangan Kerajaan tidak mahu melayan surat kuat MENTERI maka YB Menteri kata kakitangan salah?

Kalau inilah gaya YB Menteri maka tak mustahil BN AKAN KALAH LAGI DALAM PRU13!.

cuba YB Menteri renungkan ini:

Ahli Politik, Mereka datang dan pergi. 
Ahli Politik, pegang jawatan sepenggal dah berlagak
Yang tinggal adalah kakitangan awam. Kerana mereka berkhidmat under the pleasure of YDPA and NOT Members Of Administration!. 

dipetik daripada sini  

www.rencahmalaysia.blogspot.com