Aug 25, 2010

NEGARA ISLAM DAN HUDUD: PAS DAN KARPAL SINGH BERDEBAT SECARA LIVE DI TV?

PAS kata mereka memperjuangkan negara islam (negara kebajikan) dan hukum Hudud untuk digunakan di Malaysia. Untuk itu PAS sanggup melutut menadah tangan bergabung dengan DAP untuk satu "perkahwinan" yang haram.  

DAP pulak memang diketahui tidak akan menyokong negara islam (malahan waktu Kerajaan isytihar Malaysia adalah negara islam, DAP terang-terang menentang) dan hukum hudud digunakan di Malaysia. Walau macam mana pun dipujuk oleh PAS, DAP tetap tak mahu Islam dan Hudud di Malaysia.

Tetapi demi Politik, DAP sanggup menyambut tangan PAS untuk menang dalam PRU. Untuk itu dalam PRU12, macam yang kita semua tahu, perkahwinan haram antara DAP, PAS dan PKR telah berjaya mendapat banyak undi merajuk orang Melayu.

Pakatan haram itu mendiamkan negara islam dan hukum hudud PAS. Ternyata tindakan itu berjaya menipu ramai orang termasuk ahli PAS sendiri. Tetapi, bak kata orang, cantik diluar tak bermakna tenang di dalam. Kalau matlamat perjuangan itu dikompromi maka tentunya isu matlamat tersebut akan berbangkit semula. Akhirnya apabila PAS kata nak buat juga negara islam dan hukum hudud macam yang telah dipersetujui oleh wakil pakatan haram sebelum PRU12, maka DAP pun melalui Karpal Singh AKA the technical man in court, telah mengeluarkan kenyataan menentang agenda PAS tersebut.

 Bayangkan, wakil PAS si Nik Aziz kata Karpal setuju untuk negara islam dan hudud, tetapi Karpal kata mana ada dia setuju untuk itu. isunya disini, siapa yang betul? Nik Aziz mursidul am PAS atau Karpal Singh yang menipu? Perkahwinan haram ini nampaknya tak lama.

Jadi, bagi menyatakan siapa yang menipu, maka blog ini mencadangkan untuk NIk Aziz dan Karpal berdebat secara terbuka tentang isu ini. Bagi semua rakyat Malaysia tengok, siapa betul, siapa salah. Siapa menipu dan siapa tertipu. Itupun kalau Nik Aziz dan Karpal berani.



0 Responses: