Aug 28, 2010

INDON BAKAR & LEMPAR NAJIS BENDERA MALAYSIA: AHLI PARLIMEN MALAYSIA ADALAH BACUL

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia telah membahaskan hal berkenaan kes maritim Malaysia yang mana dalam kes tersebut tiga orang pegawai maritim indonesia telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia manakala 7 rakyat Malaysia telah diculik oleh pegawai maritim indonesia.

Dewan Perwakilan Indo itu telah mengutuk serta mengarahkan Kerajaan Indon untuk ambil tindakan terhadap Malaysia. Menteri luar Indon yang memang baik terhadap Malaysia, telah dikutuk hebat oleh parti pembangkang indon dan juga parti Kerajaan indon.

Itu di Indon. Di Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia, langsung tak membahaskan hal ini. Yelah, alasan mereka ialah Parlimen tak bersidang macam mana nak bahaskan hal ini. Untuk makluman semua, sekiranya Parlimen tak bersidang pun, Parlimen boleh membuat usul tergempar dengan memanggil semua YB-YB untuk satu sesi Parlimen tergempar.

Tapi itu tak terjadi. Parlimen Malaysia tak buat apa-apa pun. ISu bakar bendera dan lempar najis pada Kedutaan Malaysia adala isu kedaulatan negara. Dalam hal ini, sepatutnya Parlimen ambil berat. Parlimen sepatutnya buat sesuatu. Kalau tak mampu nak putuskan hubungan diplomatik pun cukuplah dengan membahaskan perkara ini diParlimen. Tetapi nampaknya ahli parlimen lebih suka membising dan memekak pasal politik sahaja. kalau bab politik, satu sidang tergempar parlimen boleh diminta dibuat!. Mana karpal singh yang sangat bising tentang sidang parlimen tergempar. Mana dia mahfuz yang cakap berderau-derau hal kedaulatan negara. mana dia Bung Mokhtar yang sanggup ke Mahkamah untuk kawin dua tetapi bacul untuk bercakap hal kedaulatan negara. Mana dia si Khallid gagap dan Khalid Gereja yang sibuk hal survival politik masing-masing tetapi tak sanggup nak bangkitkan hal survival kedaulatan Malaysia.

Nampak gaya, YB-YB Malaysia kena tukar nama. Daripada Yang Berhormat, kepada Yang Bacul sangat.

0 Responses: