MB Kelatan, seperti biasa, buat lawak lagi. Orang ini tak habis-habis buat kenyatakaan 3suku. Sama macam penasihat 20%nya juga. Isu Dinar Emas dan Dirham sebagai mata wang adalah perkara yang dibuat tak cukup masak. Masih banyak perkara teknikal yang perlu difahami oleh MB dan penasihatnya sebelum membuat suatu keputusan bodoh.
Banyak blog sudah pun mengupas isu tersebut, dan blog ini tidak mahu mengupas isu yang sama.Cuma perlu sahaja diingatkan bahawa kalau Kelantan boleh keluarkan emas dan perak sebagai matawang, selepas ini apa yang menghalang Kedah untuk gunakan Jong Emas? apa pula yang menghalang Pulau Pinang untuk gunakan matawang Yuan Emas sebagai matawang nya sendiri. Jadi selepas ini setiap negeri akan gunakan mawatang Emas sendiri untuk tujuan komersil. Kemudian apa yang jadi? akhirnya rakyat Malaysia akan mempunyai bukan satu tetapi 14 matawang untuk diperdagangkan dan siapa pula yang menentukan kadar matawang tersebut? ada orang akan kata tentulah pasaran emas semasa akan tentukan harganya. Memang betul, tetapi kalau tiba-tiba setiap negeri menambat matawangnya sendiri, apa akan jadi?
Mungkin Selangor akan gunakan matawang alternatif juga, iaitu pasir. Almaklumlah pasir Selangor kini memang berharga sampaikan berjuta ringgit lesap tak dapat dikesan.
0 Responses:
Post a Comment