Aug 28, 2010

PEMIMPIN MELAYU LEMAH: ORANG MELAYU UNDI BUKAN MELAYU

Melihat kepada senario sekarang, blog ini merasakan bahawa pemimpim melayu diserang. Semua pemimpim melayu, tidak kira daripada UMNO, PAS atau PKR telah diserang kredibiliti mereka sehinggakan mereka dilihat sebagai lemah.

Serangan ini bermula sebelum PRU12 lagi dan berterusan sehingga kini. Cuba saksikan, satu persatu pemimpim Melayu diserang. Baik PAS, baik UMNo atau PKR, pemimpin Melayu dilihat korup, tamak, haloba, tidak pentingkan negara, kaki perempuan (lelaki) dan akhir sekali pemimpin Melayu dikatakan lemah. Lemah untuk melawan tuntutan bangsa lain, lemah melawan provokasi negara luar dan lemah melawan kekalutan dalam parti atau komponen parti sendiri.

Apabila ini terjadi, akhirnya orang-orang Melayu akan mula membenci pemimpin melayu.Mereka akan melihat kepada alternatif yang lain. Akhirnya mereka akan pergi ke kaum Bukan Melayu untuk memperjuangkan hak rakyat. Inilah yang sedang terjadi.

Kepada pemimpin Melayu, sudah-sudah lah mengambil hati orang bukan Melayu. Kalau bukan hak mereka dari dulu, maka jangan dilayan tuntutan mereka. Andai kata kedaulatan negara kita terancam, maka janganlah dikompromi kepentingan itu. Jika tidak, anda akan diketepikan.



0 Responses: