Aug 12, 2010

Mahasiswa dan politik: kemana arah tuju?

Bercakap tentang mahasiswa dan politik bagai bercakap tentang kuih yang tak siap bikin lagi. Manakan tidak, dengan pengalaman yang sangat cetek tentang ilmu dunia apatah lagi ilmu kursus yang mereka tuntut, adakah mahasiswa layak bercakap hal politik?

Mereka layak bercakap. tetapi cakap yang tidak cukup syarat. kenapa? sebab mereka ini budak mentah yang layak diberi gula-gula untuk dimakan, manis sedap tetapi tidak tahu siapa yang memberi gula-gula itu. mereka ini tidak tahu apa yang mereka makan itu sebenarnya racun kepada pemikiran mereka. racun kepada diri dan akibatnya? mereka jadi dunggu dan bodoh.

Mak bapak menghantar mereka ini ke universiti dengan harapan mereka mampu menjadi yang terbaik. terbaik dalam pelajaran dan dalam bidang masing2. apa guna masuk ke universiti kemudian apabila result keluar, keputusan peperiksaan tidak segah mana.

Harus diingat, politik ini kotor. kotor dan jijik. lebih jijik dari pelacur. kalau pelacur melacurkan diri untuk wang, ahli politik melacurkan diri untuk kuasa. dan ahli politik boleh melacurkan diri dari satu parti ke parti yang lain sekiranya parti itu mampu memberikan apa yang mereka mahu.

Pelajar yang aktif berpolitik selalunya adalah loser. mereka tahu mereka bodoh dalam pelajaran. masuk universiti pun disebabkan oleh sistem quota. kalau tidak kerana sistem ini, sampai mati pun mereka tidak akan menjejakan kaki ke universiti. jadi untuk dapatkan kerja, mereka perlu popular. untuk popular kena masuk persatuan. persatuan terbaik ialah sport atau politik. pelajar politik ini selalunya lemah dalam sukan. jadi persatuan politik lah landasan terbaik untuk mereka jadi popular dan sekaligus menarik perhatian ramai orang dan boleh menjadi tiket mendapat kenalan untuk diberi peluang bekerja. kan mudah?

Pasti ada yang kata pelajar berpolitik sebab kesedaran. kesedaran apa? nak makan pun perlu minta duit mak bapak. nak berjalan pun nak duit mak bapak. ini kan nak berpolitik. siapa yang menghulur duit (gula2)? pastinya yang menghulur inginkan sesuatu balasan kepada gula2 tadi. no free lunch dalam dunia ini. siapa yang bodoh? pelajar itu juga. jadi pak turut.


Sebagai pelajar apa yang penting ialah peluang menambah ilmu dalam bidang yang diambil. ini untuk membantu membina suatu individu yang mampu menjana dan membantu perkembangan negara. tapi kalau dah asyik berpolitik, pasti belajar akan lingkup. kalau dah lingkup tak ada siapa lagi akan pandang kamu wahai pelajar! kalau tidak pun, kalau kamu berjaya habiskan exam pun, berapa kerat antara kamu yang dapat keputusan terbaik? kira dengan jari. setakat keputusan cukup2 makan tak payah nak berkokok!

Jadi, sebaiknya belajar. ambil tahu hal politik. tapi jangan susahkan diri dengan politik. kalau kamu gagal dalam pelajaran tak ada siapa akan membantu kamu. mak ayah juga yang malu. anak yang diharap mampu membantu rupanya menjadi duri dalam daging. menangis si ibu melihat anak harapannya lingkup. harapan sang ayah punah disebabkan kebodohan anaknya.


Selepas belajar, dah dapat pekerjaan, nah lunaskan kemeruapan hatimu, berpolitiklah selagi ia sah. Jangan terlalu berpolitik dalam kampus. kamu lebih pandai dari sesetengan ahli politik. jangan samakan rendahkan pemikiran kamu dengan mereka

dipetik dari:

0 Responses: