Sep 2, 2010

AJK SURAU JUAL AGAMA DEMI RM1000?

Seperti biasa, PAS dalam usahanya mendapatkan kucupan istimewa daripada DAP sanggup buat apa saja untuk menghalalkan tindakan DAP. Terbaru kes dua orang Yang Berhormat DAP masuk ke surau/masjid. Satu jantan dan satu lagi bukan jantan. AJK Surau pulak yang confirm-confirm ahli PAS sanggup benarkan si kafir tersebut masuk ke ruang solat dalam bulan ramadan dalam waktu isyak. Ahli Jawatankuasa tersebut sanggup melakukan ini hanya semata-mata kerana derma RM1000?. Kalau inilah kenyataannya maka ternyata pelacuran terhadap agama sudah mencapai tahap sehina ini dan ia perlu ditentang sehabis-habisan!.

Ada blog yang menyatakan tindakan membenarkan kafir harbi masuk ke dalam ruang solat sembahyang orang islam dengan tidak menutup aurat dan tidak dalam keadaan bersih adalah betul. Manakala ada blog yang menyatakan tindakan sebegini mencerminkan sikap jual agama oleh pihak PAS. Bermacam alasan dan sebab dari sudut agama diberikan oleh golongan pro dan kontra ini.

Disebabkan blog ini juga dibaca oleh golongan bukan islam yang menggunakan hukum logic dalam membuat pertimbangan maka wajiblah juga blog ini memberikan sedikir penjelasan dari segi logic mengapa tindakan masuk ke ruang solat orang islam dengan tidak mengikut syarat yang ditetapkan adalah tindakan yang salah.

Semua orang termasuk orang bukan islam layak masuk ke surau/masjid tempat beribadat orang islam. Tiada halangan untuk itu. Terdapat dua perkara yang perlu difahami oleh orang bukan islam terhadap tempat beribadat orang islam. Pertama kawasan sekitar surau/masjid, kedua kawasan dalam surau/masjid (bagi tujuan ini perkataan surau juga bermaksud masjid). Untuk masuk ke surau, seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua orang boleh masuk ke surau dengan beradap. apakah adapnya? untuk memudahkan pemahaman orang bukan islam. Ada dua adab untuk masuk ke surau, pertama pakaian mesti sopan (menutup kawasan tubuh badan) dan kedua seseorang mesti bersih.

Sebelum masuk ke dalam surau, seseorang mesti masuk sekitar surau dahulu. Untuk masuk sekitar surau, pakaian yang dipakai mestilah bersesuaian iaitu menutup kawasan tubuh badan. Kemudian untuk masuk ke dalam surau, adapnya adalah seseorang mestilah bersih. Bersih disini ialah dia mestilah, bagi lelaki, mandi junub (iaitu mandi membersihkan diri dalam islam) dan bagi wanita mestilah bersih dari segi mandi junub dan juga tidak didatangi period. Syarat yang sama juga terpakai kepada orang islam yang tidak memenuhi syarat di atas juga tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.

Jadi, apabila seorang bukan islam masuk ke surau dengan tidak memenuhi syarat di atas, dia TIDAK LAYAK masuk kedalam tempat tersebut.

nota:
ke dalam surau bermaksud tempat/ruang solat orang islam.

Kepada golongan PAS yang akan membaca entri ini, ada satu pesan saya, tidak semua perkara boleh dijual beli. TIdak semua perkara kita perlu sokong. Ada yang perlu kita bangkang. Perlu diingat, tugas kita adalah untuk menyedarkan. Jangan nanti, ada satu masa golongan kafir boleh berdiri di Mimbar dan memberi ceramah agama pada kita. Kalau dewan solat pun mereka boleh masuk, apatah lagi mimbar.

lihat juga komen YB Zul Kulim disini tentang hal yang sama disini 


1 Responses (Leave a Comment):

Anonymous said...

Salam...

Dah rujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010?