Akhirnya DAP membawa utusan malaysia dalam dewan di DUN PP. Dalam sejarah itu terjadi. Kononnya atas alasan bahawa Utusan menyemarakkan rasa benci kepada DAP atas sebab komentar kolumunis Utusan mengenai peristiwa 13 Mei yang perlu dijadikan sebagai hari yang diingati. Hari muhibbah kata Utusan macam yang PAP Singapura (abang kepada DAP) buat. Di Singapura PAP menggunakan 13 Mei sebagai hari perpaduan kaum. PAP bersungguh-sungguh membuat demikian kerana mahu masyarakat Cina di Singapura mengingati kejadian tersebut. Mengapa demikian? tentulah sebab yang paling nyata, peristiwa 13 Mei mengingatkan masyarakat Cina Singapura bahawa ia mungkin terjadi lagi. Dengan ingatan tulus ikhlas tersebut pastilah PAP akan terus mendapat undi Cina Singapura yang tak mahu Melayu berkuasa semula di Singapura.
Senario ini berbeza di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Melayu yang mana peristiwa 13 Mei diingati sebaliknya oleh masyarakat Melayu. Sudah tentu ini menakutkan DAP. Kalau rakyat Malaysia faham sejarah, tentu-tentu peristiwa 13 Mei dan DAP tidak dapat dipisahkan. Akhirnya DAP tahu bahawa hari tersebut akan menyebabkan DAP "bungkus" pada PRU13 nanti.
Jadi, disebabkan ini maka subjek sejarah yang wajib lulus pada SPM nanti tentu tidak disenangi oleh DAP. Yelah mana taknya, sejarah tak pernah menipu. Terutama kepada si penipu dan pengacau. Kerana dengan adanya sejarah maka kisah mereka takkan hilang.
0 Responses:
Post a Comment