Oct 10, 2010

KISAH 1MDB, PHB DAN DPSB

Satu Malaysia dah kenal apa dia 1MDB. 1MDB adalah nama kepada 1 Malaysia Development Corporation yang dulunya dikenali sebagai TIA Berhad (Terengganu Investiment Agency) . Antara yang dikaitkan dengan 1MDB adalah Jho Low. Pemuda Cina ini adalah antara yang duduk dalam BOD 1MDB.


Apa yang menariknya tentang JL ialah dia ini merupakan orang yang dikatakan membawa
Mudabala Development Corporatioan (MUDALA) ke Malaysia. MUDALA ini dikatakan akan melabur sebanyak RM22Bilion dalam projek di Malaysia.

Dari laporan yang diterima, JL pernah bersekolah di UK dan dia ini memang baik dengan seorang putera arab daripada Abu Dhabi. Putera raja ini kemudiannya memberikan JL menguruskan pelaburan putera tersebut. Atas sebab itu maka JL dapat membawa pelaburan putera itu ke Malaysia. Dan pastinya pelaburan itu adalah dalam bentuk MUDALA. Dan JL dikatakan dilantik menjadi special advisor kepada seseorang yang sangat hebat.

Jadi, apa kena mengena nama PHB dan DPSB dalam tajuk di atas?. Apa yang ramai orang tahu ialah 1MDB telah diberikan hak untuk membangunkan kawasan TUDM Sg Besi dan kawasan di sekitarnya iaitu kawasan Dataran Perdana. Kedua-dua kawasan ini bernilai jutaan ringgit dan keuntunganya pula adalah bernilai RM150 Bilion dalam masa 10 tahun.

Apa yang orang ramai tidak tahu ialah sebelum ini, kawasan Dataran Perdana telah diserahkan untuk dimajukan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). PHB pula dipunyai olehYayasan Bumiputera.

Jadi, siapa pula DPSB? DPSB adalah Dataran Perdana Sdn Bhd sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. DPSB telah diberikan hak untuk "memajukan" Dataran Perdana. Kedua-dua PHB dan DPSB akan mendapat untung besar sekiranya mereka berjaya membangunkan tanah Dataran Perdana.

Untuk mendapat tanah di Dataran Perdana. PHB dan DPSB telah membelanjakan jutaan ringgit untuk pampasan dan urusan tanah. Urusan ini pula membabitkan usaha selama 10 tahun.

Setelah menandatangani perjanjian beli tanah dengan Pejabat Tanah dan Galian, dan hanya menunggu masa untuk PTG menukar nama dalam geran tanah tersebut, tiba-tiba PHB dan DPSB ditolak tepi dan tanah tersebut diberikan kepada 1MDB!. Nasib baik BOD PHD dan DPSB tidak melatah. Kalau tidak hmm...

Jadi, iktibar dari cerita ini adalah hak yang sepatutnya diberikan kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya di berikan kepada orang lain. Kesian bumiputera, kalau tidak tanah di Sg Besi dan sekitarnya pasti milik bumiputera.

http://www.rencahmalaysia.blogspot.com/

0 Responses: