Kuala Lumpur, 31 Ogos 2009.
Serakahdaily.com
Kaki-kaki ponteng puasa, pelacur, mak ayam, bapak ayam, kaki judi, perogol, pencuri, pembunuh, perompak berpusu-pusu membeli borang hijau dari pejabat parti hijau hari ini. Ini berikutan fatwa dari pemimpim parti hijau bahawa "sign borang jadi ahli kami, pasti masuk syurga".
Encik KK seorang kaki ponteng puasa memaklumkan wartawan serakahdaily bahawa beliau beratur untuk membeli borang ahli hijau sejak jam 4 pagi tadi. "sahur? saya malas nak puasa, so tahu-tahulah, orang yang tak puasa ni dosanya banyak, jadi saya ni malas nak ganti puasa, beli je lah borang ini, boleh lah jugak masuk syurga".
Kawan beliau, yang tidak mahu dikenali, seorang penagih dadah pula menyatakan dia beratur dari jam 1 pagi tadi, "itu pun orang dah ramai beratur".
Puan MM, seorang pelacur di jalan chow kit pula mengatakan borang itu telah diberi kepada beliau bulan lepas lagi, tetapi baru hari ini beliau hendak menghantar borang itu kerana tertarik kepada masuk syurga tersebut.
Borang yang dahulunya percuma itu kini dijual RM10 satu keping dan dikabarkan di pasaran gelap borang itu dijual sehingga RM50 satu keping.
Apa yang menarik, borang parti hijau itu kini dibeli oleh orang bukan islam juga. Encik Maniam seorang yang beragama hindu apabila ditemuramah mengatakan "aiya..saya itu hindu juga tapi kalau itu hindu tarak betul, tarak apa, saya sign ini borang, saya pun boleh masuk syurga, janji sign saja".
Ustaz RR, Ketua Bahagian Promosi Keahlian Parti Hijau apabila ditemuramah oleh serakaidaily, mengingatkan orang awam bahawa hanya borang yang asli sahaja akan diterima oleh pejabat parti hijau, ini berikutan adanya borang cetak rompak yang dikesan dijual berleluasan. "kalau borang cetak rompak yang diberikan kepada kami, kami tidak akan proses borang itu dan kamu tidak akan masuk syurga".
ketua Bahagian Promosi itu menambah lagi, tema parti hijau pada perayaan kemerdekaan ini ialah "merdekakan jiwa kamu, kini semua orang boleh masuk syurga'.
serakahdaily.
Aug 30, 2009
isi borang masuk syurga
amirrash Aug 30, 2009 Comments (0 )
Aug 28, 2009
beza blogger pro kerajaan dan pro pembangkang (sama terpakai untuk penyokong)
Ada orang tanya apa beza bloggers pro kerajaan dengan pro pembangkang ?
Jawapannya:
pertama: cara menjawab isu, menulis isu dan mengupas isu.
penulis pro kerajaan tidak akan menjawab isu dengan memaki hamun individudengan tidak tentu pasal. tetapi penulis pro pembangkang pula suka maki hamun dan mencarut untuk apa-apa jua isu. maklumlah bloggers pro pembangkang akan masuk syurga walaupun dikatakan orang minum arak.
kedua. bloggers pro kerajaan dalam mengupas isu, tidak akan takut menghentam kerajaan. tetapi berlainan hal untuk bloggers pro pembangkang. Penulis jenis pro pembangkang ini takut untuk mengkritik apa-apa tindakan pembangkang yang bersalahan dari segi moral ataupun undang-undang. senang citer, bloggers pro pembangkang, wa halal bagi ku, wa haram bagi mu.
ketiga. bloggers pro kerajaan kebanyakkan nya idea yang diberikan oleh kerana pendidikan yang tinggi. pro pembangkang? hmm..tepuk dahi tanya kepala. apa ada dalam kepala mereka?
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Aug 28, 2009 Comments (0 )
Aug 26, 2009
Lembah Pantai: adakan je satu lagi PRK !
Asyik2 kalau PRK di tempat dan kawasan luar KL. apa kata kali ini, PRK di adakan di kawasan lembah pantai. Yelah, nurul izzah wakil rakyat lembah pantai selepas melahirkan anak beliau, gagal menjalankan tanggungjawab dan fungsi sebagai wakil rakyat.
apa kata, beliau letak jawatan dan biarkan orang lain yang boleh menjalankan fungsi YB dicalonkan untuk kerusi MP Lembah pantai.
Di KL ini baru kita boleh lihat sama ada momentum pakatan rakyat boleh diteruskan. kalau memang di kl maknanya kuat lagilah pakatan.
tetapi kalau kalah di kL maknanya, pakatan hanya kuat di kawasan kubu kuat mereka sahaja.
KL ini , peluang nak memang adalah 50/50. ini betul2 punya 50/50. so, ada berani?
amirrash Aug 26, 2009 Comments (0 )
Aug 23, 2009
ADUN LUNAS KELUAR PKR: Satu lagi ADUN PKR keluar parti.
ADUN Lunas Radzhi keluar PKR
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas di Kedah, Mohammad Radzhi Salleh pagi tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam parti selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
Beliau berkata keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.
"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas.
Beliau berkata seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran itu.
"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Jamaluddin.
Mohd Radzhi berkata walaupun keluar dari PKR, beliau akan terus kekal berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebagai Adun bebas di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata akan terus kekal dengan jawatan itu kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah.
Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.
"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.
Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S.Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.
Di PADANG SERAI, Bekas Ketua PKR cawangan Padang Serai, Hamid Osman, 68, berkata beliau telah menduga cawangan itu hanya menanti masa untuk dibubarkan.
"Saya ucapkan tahniah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzi Salleh yang sedar parti itu tidak akan ke mana yang menghadapi terlalu banyak masalah," kata Hamid kepada Bernama semasa dihubungi.
Hamid yang mengetuai cawangan itu sejak 2004 dan mengisytiharkan keluar parti April lepas, berkata beliau dan lebih daripada 500 yang lain sedang menimbang untuk menyertai Umno.
Seorang lagi bekas pemimpin PKR Padang Serai, Sarji Singh, 45, pula tidak terperanjat dengan pengisytiharan Mohd Radzhi keluar parti itu kerana beliau dan lebih 1,000 orang anggota PKR telah keluar parti itu untuk menyertai MIC tahun lepas.
Menurut Sarjit, faktor utama ramai anggota meninggalkan PKR kerana sudah muak dengan sikap angkuh anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang tidak mengambil tahu masalah rakyat yang diwakilinya selain tidak menghormati undang-undang negara.
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan berkata UMNO sedia menerima bekas anggota PKR demi perpaduan orang Melayu dan pembangunan sejagat.
Pengerusi Gerakan Padang Serai, Tang Liang Hiang pula berkata parti itu sentiasa membuka pintunya kepada penyokong dan bekas anggota PKR. BERNAMA
dipetik dari www.mstar.com.my
wwww.rencahmalaysia.blogspot.com
p.s
PKR, parti yang semakin lemah. Padang Serai memang sudah lama menanti belah. Kepada go blok bala krishna, MP Padang Serai, your time is nearing end. for a buuger like you, who look more like the LTTE rather than a true indian malaysian politician, you better quit your post. it is your time to think right now whether you've got the "sokongan" from "akar umbi".
amirrash Aug 23, 2009 Comments (0 )
Aug 22, 2009
CALON PERMATAN PASIR: KALAH PRU 4 kali dalam sejarah pencalonan beliau!
Maka, pengundi permatang pasir perlu tahu. Calon PAS di permatang pasir dah 4 kali kena tolak (senang citer kalah pilihanraya) ditempat sendiri. Ini termasuk pru12 tahun 2008.
kalau pengundi ditempat beliau menolak beliau, takkan pengundi permatang pauh nak terima beliau? mesti ada sebab beliau kalah 4 kali di tempat sendiri.
tgk sini untuk cerita lengkap
amirrash Aug 22, 2009 Comments (0 )
ADUN PELABUHAN KELANG: Masuk UMNO? Gila?
PKR saran Badrul Hisham letak jawatan
KLANG 20 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyarankan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (gambar) melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat.
Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, saranan itu dibuat bagi memastikan tidak wujud masalah kepada pentadbiran pakatan pembangkang serta rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
"Jika dia (Badrul Hisham) rasa tak boleh beri khidmat (sebagai ADUN), dia patut serahkan jawatan itu.
"Namun PKR tidak minta dia meletak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis mewartakan tanah seluas 1.08 hektar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima II di Taman Sentosa, di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan Badrul Hisham yang merupakan wakil rakyat PKR akan menyertai UMNO kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas.
Dalam pada itu, Abdul Khalid memberitahu, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Badrul Hisham menyerahkan jawatannya kerana beliau yakin pakatan pembangkang mampu untuk memenangi DUN itu sekiranya berlaku pilihan raya kecil.
"Kita (pakatan rakyat) suka dengan pilihan raya kecil kerana berdasarkan pilihan raya yang diadakan sebelum ini, rekod kita baik," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi bagi mengesahkan sama ada Badrul Hisham akan menyertai parti itu memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenainya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya benar ADUN terbabit menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO, pihaknya akan mengumumkan perkara itu.
dipetik dari: www.utusan.com.my
www.rencahmalaysia.blogspot.com
p.s
Apa yang menarik hari ini ialah desas desus yang ADUN Pelabuhan Kelang akan masuk UMNO. Dan disebabkan itu, maka timbul isu bahawa ADUN ini tak perfom. Tak perfom sebab ADUN itu ada masalah mental. Senang citer ADUN itu gila. Ini citer dari Khalid Gagap. Jadi adakah ini betul? adakah cerita ini diadakan sebab nak menjatuhkan kredibiliti si ADUN tadi?
Sekiranya betul ADUN ini GIla. MAka UMNO akan ambil orang gila join mereka. MEmang gila kerja UMNO. Tetapi ini juga bermakna PKR memang Parti orang GIla. Dari gila kuasa sampai betul-betul gila.
Mana taknya, bayangkan, sebelum dilantik sebagai calon PKR untuk bertanding pilihanraya, PKR tak buat medical checkup ke kepada calon-calon mereka?
Kalau tidak, patutlah banyak orang gila dalam PKR rupa-rupanya, PKR main tangkap muat sahaja orang jadi pemimpin mereka.
Jadi PKR akhirnya terbukti Parti kepada orang-orang gila. Dan kata orang, kalau nak lihat karakter seseorang, lihat kawan-kawannya, maka kawan-kawan PKR adalah PAS dan DAP. Kalau begitu, memang sesuai lah. Si gila berkawan dengan orang gila juga. Satu gila bangsa cina. satu lagi gilakan si cina tu. memang sesuai. dan akhirnya, keluar juga pendapat gila, nak masuk syurga, jadi ahli si gila, takpun jadi kawan-kawan si gila. boleh lah masuk syurga.
Memang Pakatan gila.
amirrash Comments (0 )
Aug 21, 2009
Aug 18, 2009
Kelab Penyokong PAS: adakah kamu akan masuk syurga juga?
Soalan yang patut ditanya oleh Kelab Penyokong PAS ialah: adakah mereka akan masuk syurga juga sebab mereka pun ahli PAS (walau bersekutu).
Kalau mereka tak masuk syurga, maka ada double standard dalam PAS.
Sebab Nik AZIZ kata, vote for PAS masuk syurga. Jadi ahli PAS pun masuk syurga.
Takkan Ahli PAS bersekutu macam mereka tak masuk syurga?
Ada Fatwa terbaru tak pasal hal ini? komen skit.
amirrash Aug 18, 2009 Comments (0 )
Aug 17, 2009
off topik politik: H1N1-soalan-soalan lazim
1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?
Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu
Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.
Common Cold
Disebabkan oleh berbagai jenis virus
Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari
Pharyngitis / radang tekak
Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya
Pneumonia/ jangkitan paru-paru
Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital
2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.
4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en
5.Apakah gejala virus ini?
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
7.Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?
Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.
8.Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
Berehat dan meminum banyak air
Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan
9.Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam
Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
10.Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?
Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
Adab batuk yang baik (cough etiquette)
Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
Pengudaraan dalam rumah yang baik
Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
11.Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.
Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).
12.Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.
13.Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?
Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.
14.Bolehkah kita ke luar negara?
Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.
Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.
15.Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?
Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.
Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.
Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.
16.Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut
Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut
17.Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?
Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.
18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?
Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.
Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.
19.Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.
20.Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.
Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.
21.Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti
22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.
25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.
26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?
Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my
dipetik dari: www.moh.h1n1.com.my
amirrash Aug 17, 2009 Comments (0 )
biaDAP: si bongok yang pandai berlakon: sakit lutut, satu kaki plaster!
WONG CHUAN HOW: pelakon yang hebat!
C-bOk ada melihat rakaman tangkapan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor di dalam TV baru-baru ini. Apa yang jelas, pembantu khas tersebut yang cuba melarikan diri, meronta-ronta sehingga cedera lututnya akibat terjatuh.
Hari ini keluar di dalam beberapa akhbar utama gambar Wong Chuan How yang berbalut satu kaki. Berdasarkan kepada kenyataan beliau, kaki itu dibalut akibat kecederaan yang berlaku semasa tangkapan berkenaan.
Wah hebat lakonan Wong Chuan How ini. C-bOk musykil sedikit dan nak bertanya. Kalau ada yang boleh jawab, silalah jawab.
Kalau lutut yang cedera kenapa balut sampai ke buku lali?
Doktor mana yang merawat kecederaan lutut tapi balut kat betis kaki?
Doktor ini (balut kat betis, sedangkan lutut yang cedera) lulusan dari mana?
Siapa pengarah drama ini?
dipetik dari: c-bok
amirrash Comments (0 )
Aug 16, 2009
Biadap: Wong Chuan How penipu macam si ronnie jugak
SPRM nafi tolak Wong Chuan How hingga terjatuh
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan mereka menggunakan kaedah gestapo semasa menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada seorang daripada Exco kerajaan negeri Selangor, pada Jumaat lepas.
"Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong (Ahli Majlis Perbandaran Sepang) sehingga beliau jatuh. Kecederaan yang dialami oleh Wong tidak akan berlaku sekiranya beliau mematuhi arahan yang telah diberikan dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyempurnakan siasatan yang dijalankan," menurut SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Ahad.
SPRM berkata siasatan awal mendapati beberapa program dan bantuan yang menggunakan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek telah tidak disampaikan kepada pihak pemohon walaupun kelulusan telah diberikan dan cek-cek telah diserahkan kepada Wong.
"Penemuan hasil siasatan ini menjadikan Wong sebagai suspek utama dan keputusan dibuat agar beliau ditangkap untuk siasatan lanjut, dan untuk itu SPRM pada 5 Ogos telah berusaha menghubungi Wong melalui panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya tetapi tidak dibalas.
"Akhirnya, pada 13 Ogos 2009, Wong telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pegawai SPRM memaklumkan bahawa beliau bersetuju untuk bertemu dengan pegawai SPRM di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Pelek pada 14 Ogos 2009 jam 9 pagi," kata SPRM.
Pada hari Jumaat lepas, sepasukan pegawai SPRM telah bertemu dengan Wong berserta dua peguamnya di tempat yang dijanjikan dan pegawai SPRM telah menunjukkan kad kuasa SPRM kepada mereka bertiga.
"Beliau (Wong) telah dimaklumkan bahawa beliau perlu dibawa ke Pejabat SPRM Putrajaya bagi tujuan siasatan lanjut kerana dokumen-dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat berada di Ibu Pejabat SPRM," katanya.
SPRM berkata Wong dan kedua-dua peguamnya membantah kerana dikatakan Wong terikat dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bil. 4 Tahun 2009 dan lanjutan daripada keengganan tersebut, Wong telah ditangkap oleh pegawai SPRM berhubung kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 406 Kanun Keseksaan.
"Wong juga seterusnya enggan menurunkan tandatangannya apabila notis di bawah Seksyen 53 (3) Akta SPRM 2009 dibaca dan diserahkan kepada beliau," katanya.
Beliau berkata Wong melalui peguamnya meminta pegawai SPRM membenarkan beliau pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis berhubung tangkapan ke atasnya sebelum beliau mengikut pegawai SPRM ke Putrajaya.
Pegawai SPRM bersetuju dan memaklumkan bahawa Wong adalah di bawah pengawasan SPRM dan beliau perlu menaiki kereta pegawai SPRM untuk ke balai polis.
Kata SPRM apabila Wong yang tidak digari hendak dimasukkan ke dalam kereta pegawai SPRM yang sudah pun menunggu di luar pusat tersebut, beliau secara tiba-tiba menepis tangan pegawai SPRM yang mengiringi beliau dan cuba melarikan diri.
"Pegawai SPRM terpaksa mengambil tindakan menghalang Wong dari melarikan diri dengan memeluk beliau dari belakang kerana beliau mula meronta-ronta dan akhirnya menjatuhkan dirinya di atas lantai kaki lima deretan kedai di situ.
"Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong sehingga beliau jatuh," katanya.
Dengan itu SPRM memohon kerjasama orang ramai untuk memerangi jenayah rasuah dan bukannya memburukkan SPRM dengan mengeluarkan kenyataan melulu berasaskan kepada sentimen semata-mata. BERNAMA
sumber: www.mstar.com.my
amirrash Aug 16, 2009 Comments (0 )
Aug 15, 2009
DAP 3 : PAS 1
mari kita tengok beberapa isu yang berbangkit dalam PR yang mana DAP vs PAS
Isu negara islam
PAS memperjuangkan negara islam
DAP memperjuangkan Malaysia for Malaysians (No Islamic Nation)
PAS gugurkan konsep negara islam gantikan dengan Negara berkebajikan. (komunis pun memperjuangkan agenda negara berkebajikan)
Maka DAP berjaya mempengaruhi PAS untuk gugurkan negara islam dalam menifesto PAS PRU12.
DAP 1 PAS 0
Isu babi di Kedah.
DAP membantah hasrat PAS nak tutup ladang babi di suatu tempat di Kedah.
DAP keluar Pakatan di KEdah.
PAS membatalkan nak tutup ladang babi tersebut.
DAP join semula Pakatan Kedah.
DAP menang.
DAP 2 PAS 0
isu 50% kuota melayu bumiputera di Kedah.
DAP bantah. PAS teruskan juga.
DAP terima sebab 50% ini hanya melibatkan tanah rizab melayu.
PAS menang.
DAP 2 PAS 1 RAkyat melayu ; Kena kelentong hidup.
ISu arak di Selangor
PAS bantah.
DAP suka.
PKR on je (pasal dorang pun teguk jugak)
Khalid gagap sokong
PAS akur.
Maka
DAP 3 PAS 1 Rakyat melayu 0
Tahniah PAS. Ikut bontot DAP.
mereka PASti pengikut yang BIAdap!
amirrash Aug 15, 2009 Comments (0 )
Aug 14, 2009
RE POST: Mengapa Dato' Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai : Bahagian Pertama
Baca disini mengapa shahrizat kalah di Lembah Pantai
Dan
Mengapa PRU13 nanti, si Nurul Izzah akan kalah pula. sebabnya? sama macam apa yang shahrizat dah rasa. dan paling pasti, Nurul Izzah gagal nampakan muka beliau di Lembah Pantai, at least, mana perginya anggota PKR yang kena bantu nurul izzah dalam "mentadbir" Lembah Pantai?
amirrash Aug 14, 2009 Comments (0 )
GEGAR DAN DEDAH: DOKUMEN RAMPASAN ARAK DI SELANGOR DIDEDAH!
KLik sini kalau hendak lihat dokumen berkenaan kes rampasan arak di shah alam oleh Dewan Bandaraya Shah Alam. Lihat juga si Dalang Ronnie the Don.
DOKUMEN ARAK--KLIK SINI
amirrash Comments (0 )
Arak Selangor: Hassan Ali, "hero" yang kecundang
Seperti diduga, akhirnya Dato' Hassan Ali dan Ronnie Liu berjabat tangan dan mengisytiharkan isu kawalan penjualan arak di Selangor sudah selesai.
Beberapa hari sebelum itu, Hassan Ali dilaporkan berkata beliau sedia menghadapi tindakan disiplin kerana mendesak Ronnie Liu digugurkan dari memegang portfolio Kerajaan Tempatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, berkaitan isu ini.Kenyataan Hassan Ali itu dibuat sebagai reaksi kepada gesaan Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang meminta Pakatan Rakyat mengambil tindakan kepada beliau.
Sebelum itu, Tony Pua mengingatkan Hassan Ali agar jangan bersikap seperti "Menteri Besar UMNO" dalam isu tersebut.
Dua hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan nada yang hampir sama apabila beliau mengulas peluang PAS di Permatang Pasir.
Kata Lim Guan Eng, peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di situ adalah 50-50. Menurutnya lagi, ia disebabkan oleh tindakan PAS sejak kebelakangan ini dan parti itu harus melihat cermin mengenai apa yang dilakukan selama ini.
Dalam politik tidak sukar menduga bahawa akhirnya Hassan Ali dan Ronnie Liu akan berjabat tangan. Malah kalau mereka berpeluk pun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Itulah politik dan dunia politik di negara ini.
Bagi umat Islam, kita ingin melihat isu kawalan arak ini secara lebih luas; jauh menjangkaui kepentingan parti politik dan pemimpin-pemimpin politik.Islam mengharamkan umatnya minum arak. Bagaimanapun, orang bukan Islam bebas mengamalkan apa saja yang dibenarkan oleh agamanya. Itu usah kita pertikaikan dan kita tidak mahu bercakaran dengan orang bukan Islam dalam soal ini.
Apa yang kita tuntut ialah kerajaan harus mengambil langkah-langkah bagi menentukan umat Islam tidak melanggar undang-undang ini -- sekurang-kurangnya tidak melakukannya secara terbuka.Dalam perlaksanaan undang-undang Islam, ia harus dilakukan dengan bijaksana supaya keadilan Islam terserlah.Baru-baru ini seorang wanita dihukum rotan di Pahang kerana mengambil minuman keras.
Saya fikir tidak ada orang Islam yang waras yang akan membantah hukuman tersebut.Bagaimanapun, apabila hukuman itu dijalankan secara sempit, maka orang akan melihat kepincangan dalam penguatkuasaan undang-undang tersebut. Sudah menjadi rahsia terbuka ramai orang Islam meminum arak di pusat-pusat hiburan di Lembah Kelang (sebagai contoh). Mengapakah mereka boleh berbuat demikian secara terbuka? Ambil satu lagi contoh. Umat Islam bukan saja diharamkan meminum arak, tetapi juga menjual atau menghidangkannya.
Dalam pesawat Malaysia Airlines yang dimiliki oleh kerajaan, pramugara / pramugari beragama Islam menghidangkan arak tanpa segan-silu. Tanpa rasa bersalah, pramugara / pramugari beragama Islam membaca menu arak kepada penumpang. Begitu jugalah dengan pekerja beragama Islam di pusat-pusat hiburan.
Kita tidak menghalang orang bukan Islam untuk minum arak, persoalannya ialah mengapakah orang Islam yang menghidangkannya?Dalam soal kawalan arak ini, saya fikir semua Ahli Parlimen dan ADUN yang beragama Islam (tak kiralah sama ada dalam UMNO, PAS, PKR atau DAP) seharusnya senada.
Hukum Islam dalam soal ini cukup jelas; ia bukan sesuatu yang samar lagi.Tentulah baik kalau semua pemimpin politik kita senada bertegas mahukan kawalan terhadap penjualan, pembelian atau pengambilan arak oleh orang Islam -- tak kiralah sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor atau Melaka. Kalau kawalan arak itu baik untuk orang Islam di Shah Alam, mengapakah kita tidak berpakat untuk turut melaksanakannya di Georgetown, Kangar, Johor Baharu, Ipoh dan Alor Setar?Malangnya, itu tidak berlaku. Kita lebih suka bersorak antara satu sama lain -- "padan muka hang!"Mengapa?Inilah jadinya apabila yang diperjuangkan ialah politik, bukannya kebenaran!
dipetik dari: Nobisha
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Comments (0 )
Aug 13, 2009
Kata PAKATAN: Arak isu kecil dan tindakan MB Selangor itu betul
Isu arak:Pakatan anggap isu kecil, 'terima' tindakan MB Selangor
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) yang bermesyuarat hari ini bersepakat bahawa isu penjualan arak di Selangor dianggap selesai.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PR selama 3 jam di Tropicana Golf Resort di sini hari ini.
Antara pemimpin PR yang hadir ialah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa.
Anwar berkata, isu yang berlaku adalah masalah kecil namun media telah membesar-besarkan isu berkenaan.
"Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.
"Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat dibincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya," katanya.
dipetik dari :www.mstar.com.my
www.rencahmalaysia.blogspot.com
p.s
Akhirnya terbukti, PAS parti yang memperjuangkan negara islam, parti yang kononya islam dan parti yang mengkafirkan orang lain, ternyata akhirnya PAS juga parti politik. Arak boleh dijual. Dalilnya? sebab Khalid gagap kata boleh.
Dulu waktu sebelum berkuasa, PAS kata kilang arak akan ditutup dan arak tidak akan dijual lagi. Ternyata, di Kelantan pun mereka tak mampu buat dan janji-janji di Selangor hanyalah janji-janji munafik.
Dulu waktu sebelum berkuasa, PAS kata UMNO parti kafir kerana, antara lainnya, UMNO biarkan arak dijual berleluasa. Ternyata, PAS sekarang meludah ke langit. PAS buat benda yang sama. Lagi teruk, PAS ikut telunjuk DAP.
Dulu sebelum berkuasa di KEDAH. PAS dalam HARAKAH asyik bercerita hal jual arak berleluasa di LANGKAWI. PAS mengatakan bahawa ARAK diminum oleh orang islam terutama anak muda kerana arak mudah dibeli di kawasan MELAYU. Sekarang PAS telah berkuasa, ARAK tetap juga DIJUAL di LANGKAWI. Arak tetap juga dibeli oleh muda mudi islam.
PAS MAIN WAYANG KE?
Sekarang ini apa tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor? adakah beliau akan masih membantah penjualan arak tersebut atau akan melutut sama kepada DAP macam yang anwar dan Presiden PAS telah lakukan?
Siapa Hero siapa?
PAS memang MAIN WAYANG.
amirrash Aug 13, 2009 Comments (0 )
Aug 12, 2009
Lim Kit Siang: Kerajaan populist tidak akan kekal lama?
amirrash Aug 12, 2009 Comments (0 )
Demokrasi dah mati dalam PR: gag order to MPs and ADUNs PR
Pakatan may gag its MPs, reps
By SARBAN SINGH
newsdesk@thestar.com.my
SEREMBAN: Pakatan Rakyat leaders will meet Thursday to discuss the possibility of imposing a gag order to prevent their respective MPs and state assemblymen from openly criticising their colleagues.
PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim said both DAP adviser Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had agreed to the meeting.
“Each party will be represented by about 30 leaders. We will discuss whatever problems we have. We do not want Pakatan’s credibility to be undermined due to open squabbling, especially through the media,” he said.
The meeting will be held at PKR’s headquarters at Merchant Square in Tropicana, Damansara.
Anwar said although Pakatan leaders encouraged constructive criticism, they were however often manipulated by the media to portray it as if the coalition was breaking apart.
“We do not want to be too rigid when it comes to these things but when our wakil rakyat (elected representatives) make a stand against a colleague, it is perceived as unhappiness within our ranks.
“We will make a firm decision on where we draw the line. We want to establish the perimeters so that our supporters will not think that we are at odds with each other over everything,” he said during a dialogue at a private club here on Tuesday night.
PAS and DAP have recently been at odds in Selangor over the selling of beer in Muslim-majority areas in the state.
The Kedah DAP had threatened to pull out of the state government last month over the relocation of an illegal pig abattoir.
In Penang, there was a rift between the state DAP and PKR over the appointment of municipal councillors in the state.
dipetik dari : www.thestar.com.my
www.rencahmalaysia.blogspot.com
p.s
Akhirnya, PR mengambil langkah "mendiamkan" MP dan ADUN mereka. Inilah orang yang kata bahawa mereka pejuang demokrasi. Pejuang hak dan free speech. Poo dahh..Dey Tambi, AhPek dan Amat, lu orang percaya ke?
Ni ha depan mata ada bukti bahawa PR ini membunuh demokrasi dalam pakatan mereka sendiri. Semua orang kena jadi YES man. Semua orang kena senyap walaupun tak suka, kena senyap walaupun Islam dan hak-hak melayu dalam PR dibuli. Memang pandai lah LIM KIT SIANG dan ANWAR.
LIM tak nak lagi orang PAS lawan dia tentang hal islam.
ANWAR pula tak nak orang PKR meludah sesama sendiri pasal isu-isu kontrak kroni dan juga kuasa (terutama pasal khalid gagap).
yang PAS? PASti setuju juga, sebab banyak sangat perbalahan dalam PAS yang akhirnya akan menengelamkan parti itu nanti. Kiranya macam nilah, PAS ni wujud lagi sebab NIk AZIZ je, lepas NIK AZIZ meninggal dunia, PAS akan PASti pecah dua. Itu yang PASti.
DALAM PR, DEMOKRASI IS DEAD!
amirrash Comments (0 )
APabila si biaDAP bercakap!: Loo Siew Fook yang memualkan!
Dipetik dari blog tomyampoktek:
Pemimpin DAP seakan sudah menunjukkan wajah sebenar mereka, sesudah isu Ronie Liu dan Jeff Ooi masih belum diselesaikan dengan baik, kini Loo Siew Fook pula yang cuba memburukkkan Islam, dalam sebuah laman blog Ketua Pemuda DAP ini telah memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam yang dihormati.
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
(Dr pu... apa awak ni);
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
amirrash Comments (0 )
Aug 8, 2009
Anak luar nikah dan seks bebas dalam Pakatan Rakyat: penyokong utama
Apabila seorang penceramah Cina Muslim Dr Ridzuan Tee Abdullah dan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah dihina dan diaibkan oleh seorang YB DAP, Loke Siew Foo Fuck, muslimah-muslimah ini tunduk membisu, menyembunyikan diri di balik kain suami. Izikan saya memanggil mereka Betina Pakatan Haram.
amirrash Aug 8, 2009 Comments (0 )
Aug 7, 2009
ibnu muslim: penulis harakah seorang pengkhianat negara?
saya membaca harakah semenjak berusia 10 tahun lagi!. Bapa saya seorang fanatik PAS dan sampai sekarang masih lagi sama juga. Hari2 beliau akan membeli harakah. Dan kolum IBNU MUSLIM dalam harakah antara yang saya suka baca.
amirrash Aug 7, 2009 Comments (0 )
jeff oii!: dari seorang blogger ke goblok (bodoh dalam bahasa melayu) ke
"Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini."
amirrash Comments (0 )
Aug 1, 2009
Apabila ulama dipanggil pelacur kerana hanya berikan pendapat ke arah UMNO
1. BPN memandang berat tindakan blogger pembangkang di sini
5. Diharap suara Blogger Pembela Negara ( BPN ) ini akan dibaca dan disebarkan agar menjadi isu yang tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Yang benar,
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Jumaat / 31 Julai 2009 /10.35 malam
www.rencahmalaysia.blogspot.com
p.s
Kepada penulis blog ini, sehina-hina manusia, anda lah yang PALING HINA dan BENGAP. Alangkah sedihnya mak ayah kamu kerana melahirkan manusia sebingai kamu. Sedih hati mereka agaknya mendapat anak yang sangat KURANG AJAR dan sangat bodoh seperti kamu.
Dan apabila seorang yang bodoh agama dan jahil dalam agama islam memberikan pendapat sebegini tentang seorang yang diangkat sebagai MUFTI maka jelaslah bahawa pemikiran orang itu memang tidak boleh pakai.
Mungkin apa yang paling sesuai dikatakan ialah apabila pelacur melacurkan diri untuk politik inilah akibatnya.
JANGAN JADI PELACUR POLITIK. Patutlah ada doa yang dibacakan oleh orang alim yang berbunyi.."ya allah tuhan yang empunya langit dan bumi dan diantaranya, maka lindungilah aku daripada syaitan yang dikutuk serta perempuan sihir yang cuba membuat kejahatan dan mencari jalan kejahatan kepada aku dan lindungi aku juga daripada politik".
amirrash Aug 1, 2009 Comments (0 )
Arak dan Ronnie Liu? : Peristiwa arak dipulangkan semula atas bantahan si Ronnie?
Ini insiden terbaru, berlaku di shah alam ibu negeri selangor. ahli parlimennya adalah khalid gereja samad, adun batu tiga rodziah ismail dan adun kota anggerik yakop sapari. 3 mangkok pakatan ini adalah melayu dan beragama islam.
di shah alam majoriti penduduknya adalah melayu. istimewanya shah alam dibandingkan dengan ibu negeri lain adalah shah alam tiada punyai panggung wayang,rumah urut dan judi ekor. itu cerita dahulu sebelum pilihanraya mac 2008.
2 hari lepas iaitu pada hari rabu telah berlaku insiden yang boleh dikategorikan sebagai kurang ajar. ronnie liu selaku exco PBT selangor telah menggertak dan menghentak meja pada mesyuarat tergempar majlis bandaraya shah alam. kerana apa ? kerana membantah tindakan penguatkuasa mbsa merampas berkaton tin minuman keras seperti guiness,anchor dll yang dijual berleluasa di bandar shah alam.
ceritanya bermula begini. pada bulan april tahun 2009, mesyuarat jabatan penguatkuasa mbsa telah MELULUSKAN SATU RESOLUSI UNTUK MELARANG PENJUALAN ARAK DI SHAH ALAM. lokasi larangan ini berkuatkuasa bermula di seksyen 1 hingga ke seksyen 24 shah alam. kawasan ini menjadi lokasi penguatkuasaan kerana majoriti permastautinnya adalah berbangsa melayu.
penguatkuasaan penjualan arak ini berlangsung baik hinggalah berlaku satu peristiwa, ia terjadi pada hari rabu yang lepas. satu serbuan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa mbsa di sebuah kedai 7-11 di jalan liku seksyen 8 shah alam.
satu rampasan besar arak telah dilakukan oleh penguatkuasa mbsa. arak-arak yang berjenama telah dirampas. petugas penguatkuasa ini hanya menjalankan tanggungjawap dan mereka tidak mahu melihat penjualan arak yang tidak dbendung ini dijalankan secara terbuka dan berleluasa. ketegasan mereka harus dipuji..sehinggalah berlaku satu kejadian biadap pada hari ini.
ronnie liu, kepala samseng yang menjawat jawatan exco pbt telah hadir di pejabat mbsa shah alam. dia telah mengetuai mensyuarat adhoc, yang membincangkan aduan pemilik kedai 7-11 terhadap rampasan arak yang dilakukan.
ronnie liu dengan angkuh mengarahkan kesemua arak yang dirampas dipulangkan semula dengan seberapa segera. 'saya ronnie liu, exco pbt lu tara kenal sama saya ka'! sambil menghentak meja tanda angkuh. pegawai penguatkuasa menggelengkan kepala. sikap biadap ronnie telah diadukan kepada beberapa orang ahli majlis pakatan berbangsa melayu, namun mereka telah melarikan diri tatkala diminta pertolongan.
sebentar tadi kabarnya arak-arak tersebut telah dipulangkan semula kepada pekedai, walaupun rampasan tersebut telah memenuhi syarat dan keputusan larangan penjualan arak secara terbuka.
khalid gereja samad ahli parlimen pas, adun kota anggerik yakop sapari bekas ahli ABIM dan adun batu tiga rodziah ismail bekas ahli wanita JIM. kenapa mereka diam ? mana pergi janji-janji 'memperjuangkan islam' seperti yang pernah kamu lalak kan dahulu ? hipokrit atau bingai wahai YB pakatan ?
kamu tidak akan kami (gap) lepaskan...kamu harus bertanggungjawap menyokong keputusan mesyuarat yang telah diluluskan, apakah kamu lebih takutkan ronnie daripada tuhanmu wahai (YB yang bingai) !
bantahan penduduk melayu shah alam semakin memuncak,protes semakin kuat ! kita akan saksikan selepas ini samada 3 YB mangkok hayun ini bersetuju dengan bantahan orang melayu atau tunduk an to'at kepada dap ronnie liu !?
Dipetik dari GAP
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Comments (0 )
perhimpunan anti dan pro ISA : menyusahkan! maka sila BERAMBUS DARI KL
Hari ini sabtu 1 Ogos 2009. Bertempat di beberapa kawasan di KL, maka berhimpunlah orang-orang yang menyokong dan anti ISA.
Mereka ini berhimpun dikawasan yang padat,sesak, tumpuan orang ramai dan pastinya di kawasan yang memang terkenal dengan "monumen" perhimpunan haram.
amirrash Comments (0 )