Seperti diduga, akhirnya Dato' Hassan Ali dan Ronnie Liu berjabat tangan dan mengisytiharkan isu kawalan penjualan arak di Selangor sudah selesai.
Beberapa hari sebelum itu, Hassan Ali dilaporkan berkata beliau sedia menghadapi tindakan disiplin kerana mendesak Ronnie Liu digugurkan dari memegang portfolio Kerajaan Tempatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, berkaitan isu ini.Kenyataan Hassan Ali itu dibuat sebagai reaksi kepada gesaan Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang meminta Pakatan Rakyat mengambil tindakan kepada beliau.
Sebelum itu, Tony Pua mengingatkan Hassan Ali agar jangan bersikap seperti "Menteri Besar UMNO" dalam isu tersebut.
Dua hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan nada yang hampir sama apabila beliau mengulas peluang PAS di Permatang Pasir.
Kata Lim Guan Eng, peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di situ adalah 50-50. Menurutnya lagi, ia disebabkan oleh tindakan PAS sejak kebelakangan ini dan parti itu harus melihat cermin mengenai apa yang dilakukan selama ini.
Dalam politik tidak sukar menduga bahawa akhirnya Hassan Ali dan Ronnie Liu akan berjabat tangan. Malah kalau mereka berpeluk pun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Itulah politik dan dunia politik di negara ini.
Bagi umat Islam, kita ingin melihat isu kawalan arak ini secara lebih luas; jauh menjangkaui kepentingan parti politik dan pemimpin-pemimpin politik.Islam mengharamkan umatnya minum arak. Bagaimanapun, orang bukan Islam bebas mengamalkan apa saja yang dibenarkan oleh agamanya. Itu usah kita pertikaikan dan kita tidak mahu bercakaran dengan orang bukan Islam dalam soal ini.
Apa yang kita tuntut ialah kerajaan harus mengambil langkah-langkah bagi menentukan umat Islam tidak melanggar undang-undang ini -- sekurang-kurangnya tidak melakukannya secara terbuka.Dalam perlaksanaan undang-undang Islam, ia harus dilakukan dengan bijaksana supaya keadilan Islam terserlah.Baru-baru ini seorang wanita dihukum rotan di Pahang kerana mengambil minuman keras.
Saya fikir tidak ada orang Islam yang waras yang akan membantah hukuman tersebut.Bagaimanapun, apabila hukuman itu dijalankan secara sempit, maka orang akan melihat kepincangan dalam penguatkuasaan undang-undang tersebut. Sudah menjadi rahsia terbuka ramai orang Islam meminum arak di pusat-pusat hiburan di Lembah Kelang (sebagai contoh). Mengapakah mereka boleh berbuat demikian secara terbuka? Ambil satu lagi contoh. Umat Islam bukan saja diharamkan meminum arak, tetapi juga menjual atau menghidangkannya.
Dalam pesawat Malaysia Airlines yang dimiliki oleh kerajaan, pramugara / pramugari beragama Islam menghidangkan arak tanpa segan-silu. Tanpa rasa bersalah, pramugara / pramugari beragama Islam membaca menu arak kepada penumpang. Begitu jugalah dengan pekerja beragama Islam di pusat-pusat hiburan.
Kita tidak menghalang orang bukan Islam untuk minum arak, persoalannya ialah mengapakah orang Islam yang menghidangkannya?Dalam soal kawalan arak ini, saya fikir semua Ahli Parlimen dan ADUN yang beragama Islam (tak kiralah sama ada dalam UMNO, PAS, PKR atau DAP) seharusnya senada.
Hukum Islam dalam soal ini cukup jelas; ia bukan sesuatu yang samar lagi.Tentulah baik kalau semua pemimpin politik kita senada bertegas mahukan kawalan terhadap penjualan, pembelian atau pengambilan arak oleh orang Islam -- tak kiralah sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor atau Melaka. Kalau kawalan arak itu baik untuk orang Islam di Shah Alam, mengapakah kita tidak berpakat untuk turut melaksanakannya di Georgetown, Kangar, Johor Baharu, Ipoh dan Alor Setar?Malangnya, itu tidak berlaku. Kita lebih suka bersorak antara satu sama lain -- "padan muka hang!"Mengapa?Inilah jadinya apabila yang diperjuangkan ialah politik, bukannya kebenaran!
dipetik dari: Nobisha
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB.
-
KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara
selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan
berkai...
4 weeks ago
0 Responses:
Post a Comment