Aug 1, 2009

perhimpunan anti dan pro ISA : menyusahkan! maka sila BERAMBUS DARI KL

Hari ini sabtu 1 Ogos 2009. Bertempat di beberapa kawasan di KL, maka berhimpunlah orang-orang yang menyokong dan anti ISA.

Mereka ini berhimpun dikawasan yang padat,sesak, tumpuan orang ramai dan pastinya di kawasan yang memang terkenal dengan "monumen" perhimpunan haram.



Atas nama kebebasan bersuara, maka mereka pun berhimpun. Atas alasan apa pun perhimpunan mereka perhimpunan haram kerana tidak dapat kebenaran dan permit untuk berhimpun daripada pihak berkuasa.


Atas nama kebebasan, maka jalan-jalan di KL menjadi sesak. Dari Putrajaya sehingga ke Kelang, jalan-jalan sesak dengan kenderaan yang tersangkut disebabkan oleh road blok pihak Polis yang cuba menghalang perhimpunan itu.



Atas nama kebebasan, maka orang-orang KL terutamanya, sesak nafas. Aktiviti hari sabtu terhenti. TAk dapat keluar rumah sebab takutkan kejadian ganas yang memang selalu terjadi apabila ramai orang berhimpun. Teori berkumpulan menyatakan bahawa apabila manusia mula berkumpul menjadi ramai, maka mereka menjadi agresif dan mampu meledakkan kerosakan yang teruk.

Atas nama kebebasan juga maka kedai-kedai tutup takutkan kejadian ganas terjadi. MAka terhentilah pintu rezeki sebentar bagi mereka. Maka rugilah peniaga-peniaga ini apabila terpaksa tutup kedai dan apabila kalau buka kedai pun tiada pengunjung akan datang membeli belah.

Atas nama kebebasan juga maka orang-orang kl menjadi sakit jiwa. Kenapa perlu di KL? mengapa perlu berarak? tak boleh kah dibuat ditempat lain? di tempat mereka sendiri? tak bolehkah dibuat di dikawasan tertutup?.

Atas nama kebebasan, kepada individu-individu penganjur perhimpunan ini, buatlah ditempat anda! jangan kacau orang KL. Kami memang sedia kala sesak dihari biasa, hari minggu untuk kami berehat berjalan mengunjungi keluarga dan tempat-tempat menarik. Tapi anda TELAH MENGHALANG kami daripada melakukan perkara itu!. ANda menafikan hak kami untuk hidup sejahtera dan aman. ANDA MEMANG PENYANGAK! BERAMBUS DARI KL!

Atas nama kebebasan juga, harap-harap anda semua tidak terkena selesema H1NI1 pula. INgat sehingga ke hari ini sudah ada 5 kematian H1NI1. Dan H1N1 itu mudah berjangkit. Terutama dalam kawasan sesak dengan orang ramai. Jangan jadikan anda mangsa seterusnya!

Dan jangan pula bawa anak-anak anda ke tempat sebegini. Jangan baring diatas jalan raya!. Jangan pula berlindung dibelakang anak-anak anda apabila pihak berkuasa menyerbu anda!. Jangan jadi pengecut dengan berlindung dibelakang anak-anak!. "Pejuang sejati" takkan berselindung disebalik mereka yang lemah.


P.S

BERAMBUS DARI KL!


0 Responses: