PKR saran Badrul Hisham letak jawatan
KLANG 20 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyarankan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (gambar) melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat.
Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, saranan itu dibuat bagi memastikan tidak wujud masalah kepada pentadbiran pakatan pembangkang serta rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
"Jika dia (Badrul Hisham) rasa tak boleh beri khidmat (sebagai ADUN), dia patut serahkan jawatan itu.
"Namun PKR tidak minta dia meletak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis mewartakan tanah seluas 1.08 hektar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima II di Taman Sentosa, di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan Badrul Hisham yang merupakan wakil rakyat PKR akan menyertai UMNO kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas.
Dalam pada itu, Abdul Khalid memberitahu, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Badrul Hisham menyerahkan jawatannya kerana beliau yakin pakatan pembangkang mampu untuk memenangi DUN itu sekiranya berlaku pilihan raya kecil.
"Kita (pakatan rakyat) suka dengan pilihan raya kecil kerana berdasarkan pilihan raya yang diadakan sebelum ini, rekod kita baik," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi bagi mengesahkan sama ada Badrul Hisham akan menyertai parti itu memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenainya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya benar ADUN terbabit menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO, pihaknya akan mengumumkan perkara itu.
dipetik dari: www.utusan.com.my
www.rencahmalaysia.blogspot.com
p.s
Apa yang menarik hari ini ialah desas desus yang ADUN Pelabuhan Kelang akan masuk UMNO. Dan disebabkan itu, maka timbul isu bahawa ADUN ini tak perfom. Tak perfom sebab ADUN itu ada masalah mental. Senang citer ADUN itu gila. Ini citer dari Khalid Gagap. Jadi adakah ini betul? adakah cerita ini diadakan sebab nak menjatuhkan kredibiliti si ADUN tadi?
Sekiranya betul ADUN ini GIla. MAka UMNO akan ambil orang gila join mereka. MEmang gila kerja UMNO. Tetapi ini juga bermakna PKR memang Parti orang GIla. Dari gila kuasa sampai betul-betul gila.
Mana taknya, bayangkan, sebelum dilantik sebagai calon PKR untuk bertanding pilihanraya, PKR tak buat medical checkup ke kepada calon-calon mereka?
Kalau tidak, patutlah banyak orang gila dalam PKR rupa-rupanya, PKR main tangkap muat sahaja orang jadi pemimpin mereka.
Jadi PKR akhirnya terbukti Parti kepada orang-orang gila. Dan kata orang, kalau nak lihat karakter seseorang, lihat kawan-kawannya, maka kawan-kawan PKR adalah PAS dan DAP. Kalau begitu, memang sesuai lah. Si gila berkawan dengan orang gila juga. Satu gila bangsa cina. satu lagi gilakan si cina tu. memang sesuai. dan akhirnya, keluar juga pendapat gila, nak masuk syurga, jadi ahli si gila, takpun jadi kawan-kawan si gila. boleh lah masuk syurga.
Memang Pakatan gila.
Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB.
-
KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara
selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan
berkai...
4 weeks ago
0 Responses:
Post a Comment