Aug 13, 2009

Kata PAKATAN: Arak isu kecil dan tindakan MB Selangor itu betul

Isu arak:Pakatan anggap isu kecil, 'terima' tindakan MB Selangor
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) yang bermesyuarat hari ini bersepakat bahawa isu penjualan arak di Selangor dianggap selesai.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PR selama 3 jam di Tropicana Golf Resort di sini hari ini.

Antara pemimpin PR yang hadir ialah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa.

Anwar berkata, isu yang berlaku adalah masalah kecil namun media telah membesar-besarkan isu berkenaan.

"Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.

"Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat dibincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya," katanya.

dipetik dari :www.mstar.com.my
www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s

Akhirnya terbukti, PAS parti yang memperjuangkan negara islam, parti yang kononya islam dan parti yang mengkafirkan orang lain, ternyata akhirnya PAS juga parti politik. Arak boleh dijual. Dalilnya? sebab Khalid gagap kata boleh.

Dulu waktu sebelum berkuasa, PAS kata kilang arak akan ditutup dan arak tidak akan dijual lagi. Ternyata, di Kelantan pun mereka tak mampu buat dan janji-janji di Selangor hanyalah janji-janji munafik.

Dulu waktu sebelum berkuasa, PAS kata UMNO parti kafir kerana, antara lainnya, UMNO biarkan arak dijual berleluasa. Ternyata, PAS sekarang meludah ke langit. PAS buat benda yang sama. Lagi teruk, PAS ikut telunjuk DAP.

Dulu sebelum berkuasa di KEDAH. PAS dalam HARAKAH asyik bercerita hal jual arak berleluasa di LANGKAWI. PAS mengatakan bahawa ARAK diminum oleh orang islam terutama anak muda kerana arak mudah dibeli di kawasan MELAYU. Sekarang PAS telah berkuasa, ARAK tetap juga DIJUAL di LANGKAWI. Arak tetap juga dibeli oleh muda mudi islam.

PAS MAIN WAYANG KE?

Sekarang ini apa tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor? adakah beliau akan masih membantah penjualan arak tersebut atau akan melutut sama kepada DAP macam yang anwar dan Presiden PAS telah lakukan?

Siapa Hero siapa?

PAS memang MAIN WAYANG.

0 Responses: