Aug 17, 2009

biaDAP: si bongok yang pandai berlakon: sakit lutut, satu kaki plaster!

WONG CHUAN HOW: pelakon yang hebat!





C-bOk ada melihat rakaman tangkapan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor di dalam TV baru-baru ini. Apa yang jelas, pembantu khas tersebut yang cuba melarikan diri, meronta-ronta sehingga cedera lututnya akibat terjatuh.

Hari ini keluar di dalam beberapa akhbar utama gambar Wong Chuan How yang berbalut satu kaki. Berdasarkan kepada kenyataan beliau, kaki itu dibalut akibat kecederaan yang berlaku semasa tangkapan berkenaan.

Wah hebat lakonan Wong Chuan How ini. C-bOk musykil sedikit dan nak bertanya. Kalau ada yang boleh jawab, silalah jawab.

Kalau lutut yang cedera kenapa balut sampai ke buku lali?

Doktor mana yang merawat kecederaan lutut tapi balut kat betis kaki?

Doktor ini (balut kat betis, sedangkan lutut yang cedera) lulusan dari mana?

Siapa pengarah drama ini?

dipetik dari: c-bok

0 Responses: