Aug 30, 2009

isi borang masuk syurga

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2009.
Serakahdaily.com

Kaki-kaki ponteng puasa, pelacur, mak ayam, bapak ayam, kaki judi, perogol, pencuri, pembunuh, perompak berpusu-pusu membeli borang hijau dari pejabat parti hijau hari ini. Ini berikutan fatwa dari pemimpim parti hijau bahawa "sign borang jadi ahli kami, pasti masuk syurga".

Encik KK seorang kaki ponteng puasa memaklumkan wartawan serakahdaily bahawa beliau beratur untuk membeli borang ahli hijau sejak jam 4 pagi tadi. "sahur? saya malas nak puasa, so tahu-tahulah, orang yang tak puasa ni dosanya banyak, jadi saya ni malas nak ganti puasa, beli je lah borang ini, boleh lah jugak masuk syurga".

Kawan beliau, yang tidak mahu dikenali, seorang penagih dadah pula menyatakan dia beratur dari jam 1 pagi tadi, "itu pun orang dah ramai beratur".

Puan MM, seorang pelacur di jalan chow kit pula mengatakan borang itu telah diberi kepada beliau bulan lepas lagi, tetapi baru hari ini beliau hendak menghantar borang itu kerana tertarik kepada masuk syurga tersebut.

Borang yang dahulunya percuma itu kini dijual RM10 satu keping dan dikabarkan di pasaran gelap borang itu dijual sehingga RM50 satu keping.

Apa yang menarik, borang parti hijau itu kini dibeli oleh orang bukan islam juga. Encik Maniam seorang yang beragama hindu apabila ditemuramah mengatakan "aiya..saya itu hindu juga tapi kalau itu hindu tarak betul, tarak apa, saya sign ini borang, saya pun boleh masuk syurga, janji sign saja".

Ustaz RR, Ketua Bahagian Promosi Keahlian Parti Hijau apabila ditemuramah oleh serakaidaily, mengingatkan orang awam bahawa hanya borang yang asli sahaja akan diterima oleh pejabat parti hijau, ini berikutan adanya borang cetak rompak yang dikesan dijual berleluasan. "kalau borang cetak rompak yang diberikan kepada kami, kami tidak akan proses borang itu dan kamu tidak akan masuk syurga".

ketua Bahagian Promosi itu menambah lagi, tema parti hijau pada perayaan kemerdekaan ini ialah "merdekakan jiwa kamu, kini semua orang boleh masuk syurga'.

serakahdaily.

0 Responses: