Aug 7, 2009

ibnu muslim: penulis harakah seorang pengkhianat negara?

saya membaca harakah semenjak berusia 10 tahun lagi!. Bapa saya seorang fanatik PAS dan sampai sekarang masih lagi sama juga. Hari2 beliau akan membeli harakah. Dan kolum IBNU MUSLIM dalam harakah antara yang saya suka baca.


Tapi membaca tulisan mantan menteri penerangan dalam kolum tetap beliau dalam utusan malaysia tentang zaman kontfrantasi membuatkan saya tertarik apabila beliau menceritakan tentang rakan beliau semasa dalam utusan malaysia dalam zaman konfrantasi.

Mantan menteri tersebut menceritakan akan kawan beliau yang menjadi tali barut indonesia dan terdapat beberapa peristiwa menarik tentang rakan beliau itu.

dan akhirnya dibongkarkan bahawa si talibarut indonesia tadi bertujuan bersengkongkol dengan pemerintah indonesia untuk mewujudkan indonesia raya (ingat: indonesia negara islam terbesar tetapi tidak menjadikan agama islam agama rasmi dan mereka ini ada pancasila yang terang-terang anti islam).

apa yang lagi menarik, si pengkhianat ini tadi bekerja dengan harakah lidah rasmi PAS yang sekarang memperjuangkan negara islam. ironik bukan?

0 Responses: