Aug 1, 2009

Apabila ulama dipanggil pelacur kerana hanya berikan pendapat ke arah UMNO



1. BPN memandang berat tindakan blogger pembangkang di sini

( http://www.malaysiawaves.com) yang telah menyamakan Mufti Perak dengan gelaran pelacur.

2. Perbuatan ini sangat tidak patut dan begitu menghina seorang Mufti yang begitu dimuliakan di sisi masyarakat sebagai ikutan dalam hal hal agama Islam. Apatah lagi beliau dilantik dan dipilih oleh Sultan Perak sendiri selaku Ketua Agama Islam negeri Perak.

3. Mufti Perak tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti mahupun memegang jawatan politik dan bukan orang politik.. Seharusnya tidak patut beliau menjadi sasaran kecaman atau penghinaan yang memalukan tersebut meskipun ada pandangan beliau tidak disenangi oleh mereka..

4. BPN mendesak agar tindakan tegas dan keras dikenakan terhadap blogger Malaysiawave ini dan juga mana-mana blogger yang berani menghina tokoh agama di negara kita, yang mana jika tidak dibendung dari sekarang ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghina tokoh agama seperti Mufti ini yang jelas tidak ada kepentingan politik di dalam berfatwa atau memberi pandangan.

5. Diharap suara Blogger Pembela Negara ( BPN ) ini akan dibaca dan disebarkan agar menjadi isu yang tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.


Pesanan : Mohon diulas, disebar luas isu ini oleh sahabat sahabat BPN atau tidak sehinggalah ia diambil tindakan oleh pihak berkuasa negara kita.



Yang benar,


Panglima Perang Cyber

Ydp Blogger Pembela Negara

Jumaat / 31 Julai 2009 /10.35 malam

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s

Kepada penulis blog ini, sehina-hina manusia, anda lah yang PALING HINA dan BENGAP. Alangkah sedihnya mak ayah kamu kerana melahirkan manusia sebingai kamu. Sedih hati mereka agaknya mendapat anak yang sangat KURANG AJAR dan sangat bodoh seperti kamu.

Dan apabila seorang yang bodoh agama dan jahil dalam agama islam memberikan pendapat sebegini tentang seorang yang diangkat sebagai MUFTI maka jelaslah bahawa pemikiran orang itu memang tidak boleh pakai.

Mungkin apa yang paling sesuai dikatakan ialah apabila pelacur melacurkan diri untuk politik inilah akibatnya.

JANGAN JADI PELACUR POLITIK. Patutlah ada doa yang dibacakan oleh orang alim yang berbunyi.."ya allah tuhan yang empunya langit dan bumi dan diantaranya, maka lindungilah aku daripada syaitan yang dikutuk serta perempuan sihir yang cuba membuat kejahatan dan mencari jalan kejahatan kepada aku dan lindungi aku juga daripada politik".


0 Responses: