Sep 27, 2009

SELCAT: Hassan Ali sebagai pelakon drama terhebat Malaysia!

Dua tiga menjak ini, kedengaran kutukan terhadap SELCAT yang dikatakan membuat inkuiri ala gestapo yakni mencari kesalahan bukan kebenaran. Pegawai Kerajaan negeri iaitu kakitangan awam yang dah berpuluh tahun berkhidmat dengan kerajaan dilayan dan disoal bagai penjenayah oleh 2-3 kerat ahli politik yang baru naik.


Suka diingatkan bahawa ahli politik datang dan pergi. Yang tinggal akhirnya adalah kakitangan kerajaan, jadi memanglah adat bagi yang baru (terutama baru dapat kuasa sedikit) untuk menyoal yang lama untung-untung dapat dikorek satu dua rahsia yang boleh dijadikan senjata untuk menyerang musuh politik atau kakitangan itu sendiri.

Ahli politik ini kebanyakkan bodoh dan bangang dalam pentadbiran. Mereka pandai berniaga tetapi bangang dalam hal pentadbiran kerajaan. Dalam perniagaan yang dikira untung dan rugi. Nilai-nilai seperti kemanusiaan dan juga keselamatan negara memang tidak difikirkan. Apa yang penting dalam perniagaan ialah "for each dollar been spend, how much dollar can we get back" itu prinsip orang bisnes macam Khalid gagap.

Bagi kakitangan kerajaan yang dah berpuluh tahun membuat pentadbiran, mereka tahu selok belok dan cara mengatasai sebarang hal yang ada. Maka terdapatnya birokrasi yang wujud untuk menyelamatkan kakitangan ini andaikata ada 2-3 ahli politik keldai yang berlagak pandai cuba "mengenakan" kakitangan kerajaan ini. Macam biasa, apa-apa terjadi kelak, yang kena, kakitangan kerajaan, yang sedap makan, ahli politik.

Jadi apabila SELCAT yang dianggotai oleh ahli politik separuh masak, separuh tiang dan rasa dirinya macam bagus, mula menyoal kakitangan kerajaan yang dah berpuluh tahun membuat pentadbiran, maka terdetik rasa bahawa, apa yang dicari? kesalahan atau penambahbaikan? penambahbaikan hanya boleh dilakukan kalau kita tahu proses dan cara kerja. Setakat baru masuk gelanggang pentadbiran baru setahun dah mula nak berkokok, baik tak payah.

Dan kalau setakat duduk diluar negara dan cuba bandingkan cara kerja diluar negara dengan Malaysia, lagilah tak payah. Ini jenis ahli Politik auta lebih. Cara negara luar takkan sama dengan negara kita. Kita mungkin mengambil dasar yang sama (dulu lah) tetapi kini kita sudah berubah membentuk pentadbiran sendiri. Dey thambi, lu sudah lupa kah negara kita sudah merdeka lama tau!.

Maka dalam keadaan sekarang, muncul Hassan Ali dari PAS yang menghentam SELCAT yang dipimpin oleh DAP. Akhirnya, Hassan kena hentam kiri dan kanan. Hassan jadi hero kakitangan kerajaan Selangor. Yelah, akhirnya muncul juga orang dalam Pakatan yang mampu mempertahanan kakitangan kerajaan setelah kakitangan ini dihina oleh orang Pakatan juga.

Pandai kan cara kerja ini. Teringat kisah arak. Mula-mula gaduh. Ugut mengugut. Akhirnya bersalaman semula. Ini lakonan terbaik yang akan diulangi semula. Percayalah.

Hassan Ali memang pandai berlakon.

Dan kepada media perdana, usah tertipulah dengan PAS. Apa pun, PAS akan kekal dalam Pakatan di Selangor. Ini kerana PAS hendak memerintah. PAS akan hilang lebih banyak sekiranya mereka keluar daripada Pakatan. DAP dan PKR tahu hal ini.

Tindakan Hassan Ali dan geng-geng Pakatan hanyalah sandiwara sahaja. Tak perlulah percaya. Sekali sudah tertipu takkan nak percaya lagi?. Lakonan semata-mata. Dibelakang kamera, mereka ini bergelak ketawa dan bertepuk tampar di bangunan SUK walaupun di Pejabat SUK dah ramai kongsi gelap duduk berhimpun.

Hassan Ali takkan keluar dari PAS dan PAS akan kekal di Selangor dalam Pakatan dan PAS akan tetap TAKE BEER sampai la PRU 13.

www.ideapelampau.blogspot.com


0 Responses: