Sep 4, 2009

PRK LAGI: KALI INI DI NEGERI SEMBILAN!

Jom poie Nogori..PRK kat sana pulak dah!

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh..

Nampaknya kali ni UMNO akan masuk gelanggang kembali dan lagi dan lagi..bilalah MCA dan MIC nak kena test pun tak tau..semoga kali ni BN beroleh kemenangan sebab masa PRU12 lepas majority BN lebih 2 ribu undi..

dipetik dari depakata

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s
Masa untuk BN/UMNO kembali bangkit. Kalau PRK dulu asyik di tempat kuat PR. Sekarang ini gelangang di tempat UMNO. Maka, masa untuk menyerang telah bermula. KASI HENTAM ITU PR!

Ini taktik yang disarankan digunakan:

Pertama: Gunakan teknik serangan peribadi individu. Kita selalu tengok kejayaan serangan peribadi dalam beberapa siri PRK sebelum ini oleh pihak PR. Maka ini masanya untuk kita "try test dan tengok" taktik sebegini kepada wakil PR.

Kedua: Gunakan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat dan info serta menyerang balas serangan pihak PR.

Ketiga: Cari lah calon yang tiada kontroversi. Mudah sedikit nak menang.

Keempat: Projek Mee Segera perlu dibuat segera. 

Kelima: Promosi! Promosi! dan Promosi!. Kali ini kasi gegar itu tempat dengan semua promosi BN. Ceritakan tentang job creation yang telah dibuat. Ceritakan konsep masa depan yang kita mahu. dan akhir sekali

Keenam: Jangan lupa orang muda. Yang tua memang sokong UMNO. Sekarang mari kita lihat yang muda. 

0 Responses: