Sep 9, 2009

Duit Bantuan Sara HIdup Untuk Kakitangan Sokongan: yang profesional macam mana pulak YAB PM?



Akhirnya diumumkan bahawa kakitangan sokongan Kerajaan akan diberi RM500 pada tahun ini. Bolehlah dikira sebagai bonus. Rm250 akan diberikan sebelum raya dan selebihnya akan diberikan akhir tahun. Ini perkara biasa.

Yang tak biasanya, apa ke jadahnya hanya kakitangan sokongan sahaja yang dapat wang bantuan ini? apa pegawai pengurusan dan profesional (PNP) tak layak dapat bantuan ke? yang keje sampai jam 2-3 pagi tu kakitangan sokongan ke?

Ini yang ramai pegawai PNP marah betul. Perlu kita tahu bahawa kumpulan sokongan terbahagi kepada 2. Kumpulan Dua terdiri daripada gred 1 - 16, dan kumpulan Satu terdiri daripada gred 17-40.

Gaji kumpulan sokongan 2 memang rendah. Padanlah mereka mendapat duit bantuan tersebut. Tetapi gaji kumpulan sokongan 1 ada adakalanya melebihi pegawai yang gred 44!. Jadi sasaran kerajaan untuk membantu kakitangan sokongan yang berpendapatan rendah adalah amat silap!.

Kepada si Omar Osman Presiden Cuepacs, baik letak jawatan je. Mentang-mentanglah hang ni kumpulan sokongan, hang setuju je kata PM. Hang langsung tak bising pasal memperjuangkan hak PNP. Hang dan kuncu-kuncu hang dalam Cuepacs tu baik tukar slogan, letak slogan baru "kami Cuepacs memperjuangkan hak kumpulan sokongan sahaja, PNP boleh pergi mati".

Keparat betul Cuepacs. Dah dapat kat dia, perut dia dah kenyang, orang lain dia dah tak peduli.

KEPALA HOTAK KAU LAH OMAR!

dipetik dari : www.ideapelampau.blospot.com

1 Responses (Leave a Comment):

Anonymous said...

berpendidikan, tetapi kurang bahasa.