Sep 5, 2009

Khalid Gagap: MB Selangor mulakan saman pemula kepada Peguam Negara

Khalid Gagap yang bakal bankrupt kerana hutang, membuat satu saman pemula untuk membatalkan saman pemula yang dibuat oleh Peguam Negara.

Alasan si gagap? sebab Peguam Negara tiada locus standi untuk membuat saman pemula sebab Peguam Negara tidak ada kena mengena dalam hal ini. Bagi Khalid Gagap sepatutnya yang membuat saman pemula ialah SPRM sebagai pihak yang berkepentingan.

Ini lawaknya, pertamanya Khalid Gagap hendak cakap bahawa SPRM lah yang kena buat saman pemula untuk batalkan pekeliling kerajaan Negeri Selangor. Kalau SRPM buat tidak mengapalah. Maknanya, memang si MB Selangor ini tahu bahawa confirm pekelililng yang dia buat itu akan dileburkan oleh Mahkamah kerana ultra vires undang-undang. Jadi apa yang dia buat sekarang ini hanyalah mencari alasan untuk melewatkan tindakan sahaja. Macam bos PKR punya cara. Kalau tidak tumpah kuah kemana lagi hendak kuah itu pergikan?

Keduanya, Peguam Negara ada locus standi untuk berbuat sedemikian atas kapasiti penasihat kepada Kerajaan Persekutuan. ini yang tertulis dalam Pelembagaan Persekutuan. SPRM adalah organ kepada Kerajaan Persekutuan. Sebarang tindakan ke atas organ Persekutuan adalah bermaksud serangan kepada Persekutuan. Maka untuk itu, sebarang tindakan yang akan mengugat Kerajaan Persekutuan maka pembelanya adalah Peguam Negara takkan pula si Khalid gagap!.

Ketiga, SPRM bukanlah suatu badan berkanun dalam ertikata sebenar. SPRM adalah organ Kerajaan Persekutuan. Ia tidak berdiri sendiri kerana punca kewangan datangnya dari Persekutuan. Dan SRPM TIDAK memiliki sebarang punca kuasa pentadbiran seperti Badan Berkanun yang lain. Disebab ia wujud oleh kerana AKTA tidak bermakna pula ia adalah Badan Berkanun. Kalau macam itu, APMM pun adalah badan berkanun kerana ia ditubuhkan melalui AKTA.

Hakikatnya SPRM dan APMM adalah sama. Cuma nama sahaja yang membezakan keduanya.

Dan Keempat, mengapa writ saman pemula dibuat oleh firma guaman luar dan bukannya Penasihat Undang-Undang Negeri? mungkin sebab pertamanya adalah PUU Negeri adalah Pegawai Jabatan Peguam Negara yang mungkin tidak dipercayai oleh Khalid Gagap dan keduanya mungkin Firma guaman itu peguamnya bodoh-bodoh belaka dan boleh dikudakan oleh Khalid gagap atau ketiganya Firma itu kroni PKR. Dapat lagi kontrak guaman macam si Zaid Ibrahim waktu dalam UMNO yang mana Firma beliau ZICO dapat banyak kontrak guaman kerajaan.

www.rencahmalaysia.blogspot.com


0 Responses: