Dialog antara suami isteri pada tahun 1829
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Isteri: abang hendak kemana tu? [sambil mendokong anak kecil yang merengek-rengek minta susu.]
Suami: [bersiap memakai baju melayu, dan songkok] Hendak berjumpa Ah Seng. Dia bawa anak saudara dia yang baru datang dari negeri Cina. Katanya hendak carikan kerja untuk anak saudara dia tu. Aku hendak bawak dia jumpa Tuk Penghulu. Manalah tau kalau-kalau ada kerja untuk mereka. Menebas ke, mendulang bijih ke.
Isteri: Abang hendak tolong ke si Ah Seng tu? dia tu bangsa asing. Boleh percaya ke dengan dia?
Suami: ishh awak ni, yelah hendak lah aku tolong dia tu juga, kesian menengokkan Ah Seng dengan cina-cina lain hidup mereka tu payah benor. Hari ni hari dia, esok-esok hari kita. Yelah mana le tau kalau-kalau kita pulak perlukan bantuan mereka. Mereka tu tetamu kita di negeri melayu ni, jadi kenalah bantu. Mereka tu kan manusia, ada hati dan perasaan. Kena lah hormat skit.
Isteri: tetamu,tetamu juga bang, tetapi daripada awak menolong mereka tu kan baik awak tolong anak sedara abang tu. Si Lazim, Buyung dan Awang, pun tak ada kerja sangat. Baik menolong anak beranak sendiri daripada orang lain bang oi. Lagipun, tetamu abang tu bangsa asing, silap hari bulan, lepas leher mereka leher kita pula dipulasnya.
Suami: Awak ni memang suka berleter lah. Nak tolong anak sedara apa nyer, anak sedara kita tu dah le pemalas, kerja nak gaji mahal. Orang Cina kerja bagus gaji nya murah. Tak banyak kerenah pulak tu.
Isteri: Dah kita empunya negeri, takkan gaji nak sama dengan orang asing. Lagipun bang makin lama mereka tu makin banyak. Satu hari nanti, bila mereka dah berkampung, ha..nak diberikan tanah pulak ke pada mereka? ingat bang, mereka tu tetamu, bukan semua benda kita kena beri pada tetamu.
Suami: dah la malas nak layan awak. Tuk Penghulu nak pakai pekerja banyak dengan gaji murah. Cina-Cina ni boleh kerja dengan gaji murah. Cuma Cina-Cina ni hendak tanah untuk rumah saja. Itu yang aku nak cakap dengan Tuk Ketua. Pasal Kampung tu, ala..aku dan Tuk Penghulu tau yang mereka tu tetamu saja. Takkan lah nak bagi tanah pula pada mereka. Dan satu lagi, mereka pun bukan lama kat sini. Nanti balik semula lah tu ke Cina. Adat pendagang, dah ada untung balik lah semula, bukan hendak tunggu lama ditempat orang. [sambil turun ke tanah dan berjalan ke arah baruh].
Isteri: [sambil mengeleng kepala, anak masih merengek kelaparan susu].
Dialog antara suami isteri pada tahun 2009
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Isteri: Abang hendak kemana tu? [sambil membetulkan tudung ikin yang baru dibeli]
Suami: Aku nak ke rumah YB. Nak cakap skit pasal Ah Seng dan kuncu-kuncunya tu.
Isteri : Kenapa dengan Ah Seng?
Suami: Dah melampau benar si Ah Seng tu, tanah kat hujung kampung tu, ada ke dia nak bina kedai 3 tingkat kat sana.
Isteri: la..baguslah tu, kalau ada kedai dekat ngan kita kan bagus takde lah jauh sangat nak ke kedai si minah tu.
Suami: Bagus apa nyer, kedai tu semua cina yang punya. Ah Seng dah cakap, kedai tu untuk anak beranak cina dia. Orang lain tak boleh sewa. Aku nak marah sangat sebab kawasan tu dah ada 5 buah kedai 3 tingkat Cina punya, satu pun Melayu tak boleh sewa. Macam mana nak berniaga macam tu. Patutnya, tanah ni tanah Melayu, kalau bina apa benda pun biarlah ada faedah pada orang Melayu.
Isteri: Ehh..kan tanah tu bapak dia punya. Dari dulu lagi ayah si Ah Seng dah diberi tanah tu.
Suami : Tu la dia, dulu-dulu orang Melayu kita juga yang biar mereka berkampung. Dah berkampung, Cina-Cina tu minta tanah pulak. Skang dah dapat tanah, siapa yang untung? dah-dah aku nak pergi ni, si Mail dah lama tunggu dalam kereta tu. Aku balik lambat, tak payah masak malam lah.
Dialog antara suami isteri pada tahun 2029
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Isteri: [sambil tengok TV] sekarang ini kan bang, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan macam-macam orang luar, dah boleh jadi warga negara kita. Senang sungguh tetamu luar ni jadi rakyat negara ini.
Suami: Nak buat macam mana, kita dari dulu lagi memang sanjung orang luar datang negara kita. Dah datang kita bagi pulak peluang bekerja dan hidup kat negara kita ni sampai tanah pun kita bagi kat mereka. Dah tu nak jadi warganegara pun kita beri. Dah jadi warganegara nak hak sama macam orang Melayu pun kita bagi. Skang ni semua orang sama taraf dah. Kan tahun lepas dah buat pindaan Perlembagaan, siapa saja jadi warganegara Malaysia akan dapat hak sama rata, tak kita le dia tu Cina ke, India ke, Serani ke, Indonesia ke, Pakistan ke apa ke. Janji warganegara semua boleh dapat. Hak sama rata.
Isteri: Abang rasa anak kita nak masuk MRSM macam mana? boleh ke? si Along tu nak masuk UiTM tahun ni, abang rasa dapat tak?
Suami: Entah le, kena berlawan juga dengan anak-anak Cina, India, Pakistan tu semua. MRSM dan UiTM kan dah dibuka kepada semua kaum. Itu le yang aku risau, nak hantar tempat lain, duit kita tak cukup. Kuata bumiputera/Melayu pun dah terhapus dalam semua IPT. Nak hantar IPTS mahal sangat. Kerja kita ni pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau Ah Seng kata tak de kerja, tak de la duit untuk hari ni. hmm....
Isteri: Rumah ni pun kita sewa atas tanah Ah Seng. Kalau dia tak nak bagi kita sewa, nak kemana lah kita pergi kan bang?.
Suami: Entahlah, dulu ada tanah kita bagi orang luar. Dah tu nak warganegara pun kita bagi. Dan penamatnya, nak hak sama rata pun kita beri. Skang ni apa yang tinggal pada kita orang Melayu? satu habuk pun tak dak. YB-YB kita pun ada lah 2-3 kerat. Yang duk mengundi lain daripada bangsa Melayu banyak. Si mamat Bangla tu, si mamat Pakistan tu dan si Indonesia yang duk sebelah rumah kita ni, semua undi bangsa mereka. Dah satu kawasan tu mereka ramai, tentu YB bangsa mereka juga yang menang. Yang kita ni, dulu majoriti skang dah jadi minoriti.
Isteri: apalah nasib anak cucu kita nanti kan bang.
Suami: hmm....
0 Responses:
Post a Comment