Sep 23, 2009

Apabila Komunis menjadi wira!

KOMUNIS VS ANAK MELAYU ISLAM

1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.

2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.

3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.

4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.

5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.

6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.

7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.

8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British?.

9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.

10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an.

11. (UNTUK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS) -- Kamu pun satu bodoh...di mana kamu berada ketika negara ini diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam di rantau ini.

12. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI.

13. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu.

14. Hairan dengan kaliannnn...kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa "AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT" dalam erti kata lain, agama itu melalaikan.

15. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.

16. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.

17. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.

18. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) -- Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan "Open Mind" anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti.

19. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

20. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu.

21. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala.

22. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara...ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok.

BERIKUT MERUPAKAN ISI KANDUNGAN EMEL YANG DITERIMA SAYA DARI ANAK WATAN NEGARA INI,
assalamualaikum saudara shahpaskal.

sya adalah antara pengikut laman blog saudara. tahniah diucapkan buat saudara diatas kesungguhan dan keberanian saudara dlm menyampaikan maklumat didlm laman blog tersebut. bnyak info menarik yg telah sya ketahui setelah mengikuti laman blog ini. bleh dikatakan kebanyakan dpd maklumat tersebut tidak pernah didedahkan dlm mana2 akhbar malah majalah dlm malaysia. ini telah menjadikan sya begitu addicted dngn laman blog saudara. terima kasih.

smlm sya telah dikejutkan dgn kewujudan laman blog 'REVOLUSI 48' melaui facebook sahabat sya. setelah menonton '10 tahun sebelum merdeka' sya menjadi tertanya-tanya dgn mesej yg ingin disampaikan oleh pengarah muda 'fahmi reza'. maklumat yg disampaikan dlm filem pendek itu agak bercanggah dgn apa yg telah sya pelajari sejak sekolah lagi. adakah ia salah satu dpd propaganda pihak tertentu untuk menghuru-harakan negara kita?? ataupun ia adalah satu pendedahan berani oleh golongan muda?? adakah mereka sedang meracuni pemikiran golongan muda kita supaya bangkit menentang kerajaan setelah mereka (komunis) gagal dlm cubaan mereka sebelum ini?? adakah selama ini sejarah yg kita pelajari telah dipesongkan oleh kerajaan demi mencapai cita-cita mereka??

adalah diharapkan saudara dpt mengupas isu ini dlm posting saudara nanti agar kita mengetahui kebenarannya. sekiranya ia ternayata satu propaganda musuh dlm selimut, adalah diharapkan pihak2 yg beranggungjawab segera mengambil tindakan agar tidak berlaku kekacauan kelak.

NOTA PENULIS : INI MERUPAKAN PERMULAAN, BANYAK LAGI YANG AKAN MENYUSUL. UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA SEPERTI PENGIRIM EMEL INI, SEJARAH TIDAK PERNAH MENGENEPIKAN PERJUANGAN PARTI LAIN SEPERTI DARI HALUAN KIRI MALAH SAYA YANG DILAHIRKAN PADA 70AN DAN MENGAMBIL SPM SERTA STPM PADA 90AN ADA BELAJAR MENGENAI PKMM, API, AWAS dan PKM.

SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU, CUMA ANAK MUDA HARI INI YANG CETEK DENGAN SEJARAH. APA TUJUAN REVOLUSI 48 MENGANGGUNGKAN LAMBANG KOMUNISME?

APA YANG HENDAK DIBANGGAKAN? SUDAH LUPAKAH BAGAIMANA KOMUNIS DIGAYANG CUKUP-CUKUP DI AFGHANISTAN MELALUI PEJUANG MUJAHIDIN, SUDAH LUPAKAN KEBANGKITAN ISLAM DI CELAH RUNTUHAN KOMUNIS DI YUGOSLAVIA (BOSNIA) DAN SOVIET (PEJUANG ISLAM CHENYA).

ISLAM MENOLAK KOMUNIS. CUKUPLAHHHHH...JANGANLAH ANAK MELAYU LEKA LAGI.

SHAMSIAH FAKEH SUDAH MENINGGAL...BIARLAH. DIA PUN TIDAK MINTA DIHORMATI. MAKAMNYA MUNGKIN ADA DI SISI TUHAN. BAGAIMANA DENGAN PAHLAWAN KITA YANG LAIN. TIDAK PERLULAH PERKARA INI DI MAIN-MAINKAN SEHINGGA MELUKAKAN HATI ORANG LAIN.

BAB UMNO KAT ATAS TUU, BUKAN PASAL NAK POLITIK, TAPI HAKIKAT, BUAT APA NAK DIKELIRUKAN LAGI....CUKUPLAH, KALAU PAS PERJUANGKAN KEMERDEKAAN NEGARA INI PUN SAYA TETAP AKAN MENEGAKKAN HAK PARTI ITU.

dipetik dari www.militaryofmalaysia.blogspot.com

0 Responses: