Sep 27, 2009

Proses membuat undang-undang: satu penerangan ringkas

Bagaimana undang-undang itu dibuat di Malaysia?


Dalam hal ini, kita ambil pembuatan undang-undang (sam ada subsidiari atau pun Akta) di peringkat Federal.

Begini kronologinya-

1. Apabila ada dasar yang memutuskan untuk dibuat atau meminda undang-undang berkenaan sesuatu hal maka proses membuat undang-undang pun dilaksanakan. Kita ambil contoh Kementerian Pengangkutan. Kementerian akan mendapatkan mandat daripada kabinet untuk membuat Akta atau pindaan Akta tersebut. Hanya dengan kebenaran tersebut maka bolehlah dilaksanakan proses seterusnya.

2. Kementerian akan membuat dasar dan menyelesaikan semua hal berkaitan dasar. Kemudian satu draf akan disiapkan oleh sama ada Bahagian Korporat atau oleh Firma Guaman yang diupah oleh Kementerian. Mereka akan menghantar draf tersebut kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian untuk ulasan.

3. Pejabat Penasihat Undang-Undang akan melihat draf tersebut memberi komen dan kemudian memanjangkan draf tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses seterusnya.

4. Andaikan bahawa tiada masalah wujud dalam draf tersebut, maka Jabatan Peguam Negara (terutama Bahagian Gubalan) akan menyemak draf tersebut.

5. Setelah disemak, maka ia akan diangkat ke Penggubal Undang-Undang Parlimen (iaitu ketua di Bahagian Gubalan) untuk semakan kedua.

6. Setelah disemak oleh Penggubal Undang-Undang Parlimen dan diluluskan, maka draf undang-undang tersebut akan diangkat kepada Peguam Negara melalui Peguam Cara Negara untuk kelulusan.

7. Setelah diluluskan oleh Peguam Negara, maka draf tersebut akan dihantar ke Kementerian semula untuk tujuan percetakkan blue bill.

8. Blue Bill merupakan draf undang-undang dalam kertas biru.

9. Blue Bill dan semua undang-undang akan dicetak oleh Pencetakan Nasional Berhad sebagai pencetak Kerajaan.

10. Setelah dicetak Blue Bill tersebut akan dihantar kepada parlimen untuk diberikan kepada YB-YB yang anda untuk proses bacaan pertama, kedua dan ketiga di kedua-dua Dewan di Parlimen.

11. Setelah diluluskan di Parlimen maka persetujuan YDPA perlu didapati dan sekiranya YDPA tidak menandatangani Draf tersebut maka draf tersebut tetap menjadi Undang-Undang.

12. Tamat proses ringkas.

dipetik dari : www.ideapelampau.blogspot.com

0 Responses: