Main-main wayang: UMNO, MIC dan MCA
UMNO Lembah Pantai memang pandai bermain wayang. Disebabkan kepandaian Abang Yusry bermain wayang maka hilang rasa hormat warga Lembah Pantai kepada UMNO. Jadi, apabila hilang rasa hormat kepada UMNO maka yang menjadi mangsa ialah Dato' Seri Shahrizat.
Dato' Seri Shahrizat telah disogokkan dengan gambaran bahawa orang Lembah Pantai akan mengundi beliau. Cakap-cakap dari orang UMNO mengesahkan bahawa walaupun Dato' Seri Shahrizat agak risau dengan perkembangan pengaruh pembangkang tapi UMNO Lembah Pantai masih menyatakan pengaruh itu sangat kurang. Kurangnya maklumat yang diberikan kepada Dato' Seri Shahrizat membuatkan strategi silap telah digunakan semasa tempoh berkempen. Ini membuatkan kempen Dato' Seri Shahrizat menjadi lesu, lemah, tidak menarik apatah lagi penuh dengan retorik lama.
Setelah beberapa kali membuat ceramah, Dato' Seri Shahrizat dapat melihat kesan pengaruh pembangkang. Ini dapat dilihat pada suatu malam apabila Parti Keadilan membuat ceramah di Kg Haji Abdullah Hukum. Mantan TPM hadir memberikan ceramah. Beribu orang menghadiri ceramah tersebut sampaikan jalan jem dibuatnya. Walaupun hari hujan namun ceramah itu mendapat sambutan yang hangat.
Pada malam yang sama juga suatu ceramah BN sedang diadakan di Bangsar Baru dan yang membuat ceramah tersebut bukan calang-calang orang, TPM datang membantu Dato' Seri Shahrizat berkempen. Namun apa yang dapat dilihat ialah, dalam keheningan rintik-rintik hujan, tidak ramai yang hadir ke ceramah tersebut. Jalan lengang. Orang pun lengang. Yang ada cuma pak polisi yang mengawal lalu lintas. Jelaslah kini Dato' Seri Shahrizat diambang kekalahan.
Dalam hal ini UMNO Lembah Pantai perlu dipersalahkan. Mereka gagal bersatu. Asyik nak berkelahi untuk merebut jawatan dalam UMNO. Sibuk mencari lubang duit. Ada diceritakan bahawa terdapat suatu cawangan UMNO di suatu bukit yang ketuanya sudah 3 tahun tak menjejakkan kaki ke cawangan. Ini lah rupa UMNO di Lembah Pantai. Orang yang mengetahu cerita UMNO ini sibuk menjaja hal itu. Tak hairanlah ada kalangan penyokong UMNO yang mengibarkan bendera Keadilan di rumah masing-masing.
Saling tak tumpah jalan kerja MIC dan MCA. Masing-masing langsung tak membantu. Tiada koordinasi dalam gerak kerja. Mungkin MIC dan MCA menyangka bahawa UMNO tentu akan menang di Lembah Pantai. Tapi mereka silap. Apabila undi siap dikira, saluran Bangsar melihatkan kejutan besar. Saluran ini didominasi oleh pengundi Cina dan India dan selalunya dimenangi oleh BN/UMNO. Tetapi kali ini peti undi kawasan Bangsar menyatakan bahawa pengundi India dan Cina beralih arah ke PKR.
Ini jelas menunjukkan kegagalan MIC dan MCA memainkan peranan dalam membantu UMNO memenangi Lembah Pantai. Jadi disebabkan main wayang inilah maka Dato' Seri Shahrizat kalah.
Ikuti bahagian keempat mengapa Dato' Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
1 day ago
0 Responses:
Post a Comment